Pages

Sunday, 29 May 2016

Pengalaman bersalin anak ke 2 (Lydia)

Anak pertama dah ada entri, anak ke 3 pun dah. Yang ke 2 nya mana? Haha. Takpelah, aku ceritakanlah juga sebagai kenangan. Mana tau nanti anak-anak dah besar, mereka boleh baca balik betapa susah payahnya ibu nak melahirkan mereka adik-beradik. Tu diaaa aihhh. Haha.

Pengalaman melahirkan Lydia adalah yang paling mudah kalau nak dibandingkan mereka 3 beradik. Bukan maksud aku nak bandingkan anak-anak aku. Cuma nya, melahirkan Lydia adalah yang paling senang. Ketiga-tiga pengalaman melahirkan memang la ada susah payahnya. Sakit nya sama sahaja. Sakit nak bersalin, apa lagi yang boleh kita kata kan, memang lah SAKIT. Haha. Orang perempuan je yang tau perasaan ni. Ehem. 

Dari awal mengandungkan Lydia alhamdulillah takde banyak masalah. Aku follow up biasa macam anak pertama di klinik kerajaan (masa tu aku masih lagi staf di hospital kerajaan). Hemoglobin, uri, tumbesaran baby alhamdulillah semuanya ok. Cuma sama seperti pengalaman melahirkan Sofiya 2 tahun sebelum tu, Lydia ni pun terlebih hari dari EDD. Sofiya aku post date 6 hari, Lydia pula post date 5 hari. Sepatutnya due date 4 Januari 2014. Lydia lahir 9 Januari 2014. Hehehe.

Sama juga jalan ceritanya macam kelahiran Sofiya, aku start sakit main-main (irregular contraction) sejak pagi around pukul 8 pada 9 Januari itu. Masih lagi boleh melakukan kerja-kerja rumah seperti basuh baju, jemur baju, sapu rumah, masak? Entah lupa masak ke tak. Haha. Masa tu aku dah ambil cuti bersalin awal 2 minggu. Baby pulak decide nak keluar lewat. Haih la. Haha. 

Contraction bertambah kuat menjelang waktu maghrib sampai ke malam sebelum tidur. Sempat lagi pukul 9 tu aku makan nasi goreng kampung kat depan tv (laki aku tapau). Tapi makan dalam keadaan menahan kesakitan. Masa tu seingat aku contraction dah 1 in 30 minutes. Bertambah kuat dan kerap. Suap nasi sesuap, stop kejap tarik nafas sambil tahan sakit. Bila nak tidur malam tu (dalam pukul 10), aku doa-doa la supaya boleh bertahan at least selepas subuh. Haha berangan je. Tak sampai pukul 12 tengah malam aku dah kejut laki aku cakap dah tak tahan sangat. Dia pun memang tidur-tidur ayam je katanya haha. Selepas bersiap semua benda yang perlu dibawa, dan siap-siap masuk kereta, kami bergegas ke rumah pengasuh Sofiya dulu untuk tinggalkan Sofiya kat situ. Alhamdulillah kami dapat pengasuh yang baik dan tak berkira. Jangan risau katanya, dia akan jaga Sofiya macam anak sendiri. Dan dia doakan supaya proses bersalinku dipermudahkan.

Tanpa melengahkan masa, suami aku terus memecut ke HSA. Macam ribut dia bawak. Cuak katanya. Risau aku terberanak dalam kereta. Haha. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit (tengah malam, kereta tak banyak). Kami tak ke Hospital Kulai seperti sebelum ni, risau takut kena naik ambulan lagi haha. 

Sampai sahaja di bilik saringan, pesakit tak begitu ramai. Selepas didaftar, aku diminta baring untuk pemeriksaan VE. Alhamdulillah HO yang memeriksaku adalah HO perempuan. Os dah 5 cm katanya. Station low. Perghh. Patut lah sakit tak hagak. Haha. Dia terus melakukan ARM (artificial rupture of membrane, aka pecahkan ketuban). Bila ketuban pecah, terus aku rasa tulang pinggulku seperti terbukak. Memang sakit yang amat. Haha. Tak lama lepas tu, aku ditolak menggunakan wheel chair ke labour room. CTG dipasang, IV line pun aku rasa tak sempat pasang. Haha. Sebab beberapa minit lepas tu aku rasa macam nak buang air besar yang amat. Seolah-olah kau sembelit dan benda alah tu dah berada kat hujung-hujung dah. Ini la masanya untuk aku melahirkan. Dah berazam dari awal supaya dapat meneran dengan sepenuh tenaga dan daya. Tak henti-henti mulut aku baca doa nabi Nuh mintak dipermudahkan. 

Masa berjalan dengan begitu pantas. Tak sampai setengah jam aku masuk labour room os aku dah full, nurse dan MO (perempuan) dah ramai-ramai standby untuk mengendalikan proses bersalin aku. Memandangkan ni anak kedua aku, agak mudah bagi aku untuk meneran dengan betul (meneran ikut mulut, sambil kepala anak mesti descend sekali). Alhamdulillah, lebih kurang 15-20 minit bertarung, Lydia pun keluar melihat dunia. Nurse yang conduct delivery tu adalah JM. Ok je takde masalah, cuma ada sedikit tear (1st degree tear) dan juga tear dekat dengan urethral opening (lubang kencing). Baby keluar sahaja terus diletakkan atas perut untuk baby-mother bonding. Alhamdulillah dapat baby girl lagi. Hehe. 

Proses mengeluarkan uri dan darah beku berjalan lancar. Cuma tear yang ada perlu direpair supaya tak berlaku bleeding. Kata MO tersebut, tear di bahagian lubang kencing tu juga perlu dijahit dan LA (ubat bius) tak dapat diberikan. Agak sakit lah part tu tapi redha aje lah yang penting semuanya dah selamat.

Proses bersalin kali ke 2 ni agak special sebab suami aku berpeluang untuk melihat dan menemani aku sepanjang proses tersebut. Tapi seingat aku dalam menahan kesakitan tu, aku cuma dapat rasa dia tolong angkat kepala aku je dan pegang tangan bagi semangat. Suara dia langsung aku tak dengar. Riuh rendah sangat agaknya suara misi dan doktor dalam labour room tu. Haha. Rupa-rupanya katanya dia pening-pening lalat masa tu. Aku pernah tau yang sebelum dia agak alllergic kalau tengok darah ni. Haha. Takpe la suami, yang penting dia berani masuk join sekali crowd mak limah malam tu. Tu pun aku dah appreciate sangat. Nasib baik tak pengsan je huhu :p

Dah selesai semuanya, aku dan baby ditolak menaiki wheel chair ke wad bersalin kelas 1. Tiba masa untuk aku berehat selepas bertarung nyawa melahirkan anak ke 2 kami. Masa tu sakit semua dah tak ada. Cuma rasa letih dan lemah aje. Rasanya proses melahirkan Lydia berlaku begitu pantas. Aku sampai hospital dalam pukul 12 tengah malam, masuk labour room dalam 1 pagi, dalam 1.45 pagi macam tu aku dah selesai bersalin. Kurang dari 2 jam dah lahir Lydia ke dunia. Alhamdulillah sangat auratku juga terjaga kali ni. Daripada HO yang buat VE, masuk ke labour room sampai delivery proses semuanya staf perempuan yang terlibat. Syukur sangat-sangat.

Suami aku suruh balik je pagi tu sebab dia tak boleh stay dalam wad bersama aku, Lagipun masa tu Lydia ok je tidur je haha. Anak dah masuk 2 maknanya aku takde la kekok sangat kalau nak uruskan sorang-sorang. Lagipun nurse ada kalau aku perlukan bantuan. Malam tu aku tak tidur sangat, cuma tutup-tutup mata je. Aku dah pun maklumkan berita kelahiran tersebut kat famili di terengganu. 

Petang esoknya aku boleh discaj kerana takde apa-apa masalah. Kami singgah dulu di rumah pengasuh untuk pick up Sofiya. Respon nya agak terkejut bila tengok aku memangku adik baru. Awal-awal tu Sofiya agak jeles dengan adik dia, yelah selama ni dia sorang je, tiba-tiba dah ada orang lain yang perlu berkongsi umi abah dia. Haha. Tapi fasa tu sekejap je, lama-lama dia jadi terlebih sayang pulak kat baby baru. Yela masa Lydia lahir dia baru 1 tahun 10 bulan :p

Proses berpantang aku adalah yang paling sempoi. Aku berpantang sorang-sorang je kali ni. Mak aku takde tengah jaga anak adik aku kat KL. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Lydia sangat lah baik budaknya. Nangis sikit-sikit kalau nak susu je. Kuning langsung tak de. Maknanya aku tak perlu berulang-alik ke klinik untuk cek kuning nya. Cuma nurse sahaja yang buat home visit. 4 hari pertama kami pulang ke kampung mertuaku di Batu Pahat. Kat sana la aku berurut bagai. Lepas 4 hari kami pulang ke JB sambung pantang sendiri. Pantang tak pantang sangat lah. Haha. Cukup syarat je.

Alhamdulillah juga, rezeki susu ibu aku agak murah. Aku berjaya melengkapkan perjalanan exclusive breastfeeding selama 6 bulan tanpa campur susu fomula. Kemudian aku sambung lagi breasfeed Lydia sampai setahun. Masa tu dia dah makan makanan pejal lah (dari 6 bulan lagi). Aku consistently pam susu untuk stok EBM di tempat kerja. Maksudnya, dari dia lahir sampai setahun lebih dia cuma consume susu ibu dan solid foods sahaja. Masuk sahaja usia dia setahun 3 bulan, susu aku drop bila aku disahkan mengandung anak ke 3. Masa tu la baru aku campurkan susu formula, sampai sekarang :p Nak cerita tentang breasfeeding, aku buat entri lain lah. Sebagai perkongsian sahaja, bukan untuk bermegah-megah. Mana tau bermanfaat. 

Secara kesimpulannya (macam karangan sekolah pulak), proses bersalin ketiga2 anak-anak aku ni memang berbeza-beza. Setiap daripada kita pun mempunyai cerita pengalaman bersalin yang tersendiri kan? Takde kelebihan dan kekurangan pun sebab aku percaya setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahya. Kita je yang kena pandai cari mana himahnya. Buruk yang kita lihat, buruk la yang kita dapat, begitu lah sebaliknya. Apa yang penting, kita bersyukur dan berusaha untuk mendidik amanh Allah itu dengan sebaiknya. Doakan anak-anak aku sihat, bijak dan jadi anak-anak solehah ye. Terima kasih sudi baca :p


LYDIA BT MOHD FAIZAL 

Monday, 16 May 2016

Strom Color Diamond Pan Set, kali pertama shopping di GoShop

Ok. Sejak bila pulak aku terjebak dengan GoShop ni. Haha. Gara-gara selalu sangat ternampak kat tv konon-konon kuali best la, bila goreng telur tak perlu pakai minyak la, langsung tak melekat la. Excited pulak aku nak cuba. Haha. Lagipun periuk lama dah uzur. Dah dua tahun lebih pakai, dah semakin menipis. Kalau masak lama sikit mula la berkerak. Dah tak semangat nak masak guna periuk. Last-last guna kuali je kalau nak masak masakan berkuah. Guna periuk lama tu kalau nak masak sup simple-simple je untuk anak-anak. (eceh, gaya macam rajin masak sangat kannnn, puiii).

Bila tertengok review Strom Color Diamond Pan ni, berkobar-kobar aku nak beli. Jenis spesis mudah terpikat betul. Harap tak mudah terpedaya lah haha. Aku pun suarakan keinginan pada cik abang untuk merembat satu set pan ni. Dia pun ok je. Layan jela bini dia ni haha. Lagipun pada aku harganya affordable. Tak terlalu mahal untuk dapatkan 1 wok 28cm, frying pan 28cm dan egg frying pan 20cm. Hanya RM 149 sahaja untuk satu set. Ok la tu kan. Tengok review pun bagus, rata-rata berpuas hati. Adalah beberapa komen negatif, tapi lumrah lah. Tak semua benda 100% perfect.

Suami aku order melalui www.goshop.com.my je. Order hari isnin, ahad depan baru dapat. Rupa-rupanya GdEx dah datang hari jumaat, tapi tak dapat deliver sebab klinik tutup. Kalau tak dah boleh masak asam pedas guna wok baru hari sabtu tu. Haha. Takpe la, janji selamat sampai dan tak perlu pick up sendiri di ofisnya. Terima sahaja parcel, excited nak tengok kejadian pan set ni. Adakah indah khabar dari rupa? Kali pertama pegang, rasa agak kecewa sebab materialnya agak ringan (sebab pada firasat aku lagi berat lagi tahan lama haha). 

Sampai sahaja di rumah, mak aku buat experiment pertama menggunakan egg frying pan. Korang nak tau telur lekat tak? Jawapannya-- ok, tak lekat. Haha. Excited sebab tak guna minyak langsung. Cuma kalau goreng terlalu lama, telur tu akan menjadi kering seperti crepe. Haha. Tapi okla, dah jimat minyak, boleh kurangkan kolesterol juga. Ececey. Macam poyo je kan.

Petang tu aku masak sup ayam pula menggunakan wok 28cm tu. Yeay, memang best guna wok ni. Aku ingat kuah tak banyak boleh masak, tapi aku berpuas hati sebab sup aku habis dimakan malam tu juga. Kuah banyak. Anak aku pun berselara makan nasi malam tu, tambah telur mata goreng tanpa minyak. Ko rasa? Wok tu yang menyedapkan masakan aku ke, atau pun aku je yang perasan sedap. Haha. Nasib la kau periuk lama, tersadai la kau kat bawah kabinet tu nanti, mereput. Haha.

Overall, aku berpuas hati dengan pan set kali ni. Mungkin tak setanding Tefal, tapi untuk aku yang masak tak selalu sangat ni, sangat ok. Agak ringan, tapi senang dicuci. Tak banyak cekadak sangatlah. Cuma frying pan 20cm tu, sebab dia ringan, handle dia tiba-tiba rasa lebih berat. Mudah tertonggeng (tak tau perkataan apa yang sesuai haha). Yang pasal viral telur melekat tu, aku rasa dia tak pandai goreng telur lah. Haha. Kena tunggu pan tu panas betul-betul, baru pecahkan telur. Tak kan melekat punya. Sikit-sikit tu akan melekat juga kalau dimasak terlalu lama. Janji teknik kena betul. Heaaa. Untuk mengelakkan calar pulak, guna la dengan cermat. Elakkan lah guna sudu besi senduk besi sudip besi segala. Kata nak guna lama. Pandai-pandai lah korang. Hahah. Kalau dalam tv langsung kata takde calar kan, tipu je tu. Sebenarnya kalau perati betul-betul ada je calar sikit-sikit. Mungkin tak ketara lah. 

Over pulak kan review set pan ni. Takpela sekali sekala. Haha. mana la tau korang ada niat nak beli. Aku tolong racunkan korang. Haha. Ada rezeki lebih, boleh la aku beli untuk hadiahkan pada mak aku pulak. Dia pun macam berminat je, walaupun tak cakap. Haha.

Sekian, esok saja. Doakan aku bertambah rajin untuk masak lepas ni. Haha.

Monday, 9 May 2016

Co- sleeping (sleep sharing) bersama anak, pening nak susun katil?

Co- sleeping (tidur bersama) dengan anak mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Bila anak seorang sahaja mungkin tak ada masalah sangat bila nak tidur malam. Katil queen pun boleh muat 3 beranak. Kalau anak tu masih kecil dan tak kisah tidur dalam baby cot, boleh la sediakan baby cot di tepi katil utama. Kadang-kadang masa Sofiya dulu dia tidur dalam buai je. Dah lena betul baru angkat letak tepi kita. Tu pun masa anak belum pandai pusing-pusing. Dah besar sikit kena rapatkan katil ke dinding. Nanti ada pulak yang jatuh gedebuk tengah-tengah malam. Tak ke haru. Haha.

Bila Lydia dah keluar, penghuni katil bertambah jadi 4 orang. Ok, bertambah sesak la nampaknya. Haha. Dulu kami tidak tinggal di rumah sendiri (tinggal bersama kakak ipar, rumah kakak ipar punya). Bilik agak sempit sebenarnya. Ruang tepi katil muat-muat untuk solat sahaja. Jadi, kami masih guna katil queen yang sama. Cuma bila dah berempat terpaksa tidur melintang (kadang-kadang abahnya terpaksa tidur bawah bentang toto). Haha. Untuk anak-anak ok lagi. Tapi untuk mak ayah mereka yang agak panjang ni kaki terpaksa la terjuntai. Lebih-lebih lagi abahnya yang tinggi macam galah tu. Penat kot bila bangun pagi. Haha.

Bila dapat rezeki pindah ke rumah sendiri baru lah lega sikit. Kami beli katil king satu set (second hand je), dan letak di master bedroom. Murah je set katil ni, tilam king (hotel punya) yang masih elok beserta dgn katil king dapat harga lebih kurang RM 500 je. Berbaloi- baloi kan? Dah hampir 2 tahun kami guna, sangat puas hati. Tau la tilam hotel camane. Tip top. Haha. Muatlah kami 4 beranak.

Tapi lama kelamaan terasa juga sempitnya. Kena tahan nafas bila nak tidur. Tak boleh berpusing-pusing sangat sebab kawasan terhad. Haha. Sebagai solusinya, kami angkut katil bilik sebelah (queen) dan gabungkan dengan katil king yang sedia ada di master bedroom. Maka nya jadi luaslah tempat budak-budak bergolek. Baru lah lega. Bila dah bertambah seorang lagi anak pun masih muat dan luas.


Macam ni lah rupa bilik kami (lebih kurang). Luas kan? Gambar dari pinterest. Nak tunjuk gambar bilik sendiri malu. Ahaks.



Yang ni la biasa jadi kalau semua dah nak berkumpul satu katil. Haha. Dah anjing tu kenapa nak menyibuk jugak kan?

Yang ni pun ok juga.


Cuma nak pasang cadar yang sama katil king dan queen pada masa yang sama adalah agak sukar. Bagi anda yang mempunyai banyak masa deko bilik bolehla cari cadar yang matching setiap kali tiba masa menukar cadar. Ataupun cari aje bedspread yang besar yang boleh cover keseluruhan katil. Baru lah rasa seronok nak baring. Yelah, tengok katil dan bilik yang kemas dan cantik pun merupakan satu terapi yang boleh membuatkan mood kita happy sepanjang hari. Walaupun sleep sharing dengan anak, tiada alasan untuk membiarkan tempat tidur kita lintang pukang tidak berkemas. 

Ada quote mengatakan "Want to change the world? Start by making your bed everyday".

So true. Kalau kita dah kemas katil kita setiap pagi, semua selimut dilipat elok, bantal disusun rapi, anda sebenarnya telah berjaya menyelesaikan tugas pertama pada hari tersebut. Dan itu sebenarnya menjadi titik tolak (a small sense of pride) untuk kita menyelesaikan kerja-kerja yang lain (mengemas rumah, dapur dan sebagainya). Nampak macam benda kecil saja, tapi sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.

"if you can't do the little things right, you will never do the big things right" Haaa kannnn. Jadi, sila kemas katil anda hari-hari, suami pun kena bantu isteri kalau isteri tak sempat. Baru la bila malam nak tidur rasa tenang tengok katil berkemas rapi.

Co-sleeping ada pro dan kontranya. Tu cerita lain lah. Kalau anak dah besar, dah masuk 6 tahun contohnya, mungkin dah kena latih tidur di bilik sendiri, belajar berdikari. Boleh deko bilik anak dengan kartun kegemaran mereka contohnya, untuk menarik minat mereka tidur sendiri. Untuk mereka yang mempunyai bayi kecil (yang masih menyusu badan), tidur bersama bayi memudahkan si ibu untuk menyusu anak di tengah malam. Macam Nayla yang baru 4 bulan tu, tempat tidur dia paling hujung, dan aku tidur di sebelahnya sahaja. Memudahkan aku, menyusu sambil baring pun boleh. Badan pun tak penat. Kena pastikan juga kakak-kakaknya yang lain tidur jauh sikit daripada baby. Yelah, faham-fahamlah mereka tidur macam mana-- lintang pukang tak hengat. Kadang-kadang kaki Sofiya ada atas muka mak nya, kepala Lydia pulak dekat kaki. Haha. Kita pulak jangan lah tidur mati, kena pastikan keselamatan anak yang masih kecil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kerjasama dengan suami memang penting. Masing-masing perlu faham memahami. 

Sekian untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat. 

Sunday, 8 May 2016

Babywearing Nayla

Aku mula berjinak - jinak dengan babywearing ni selepas melahirkan anak ke 3 aku iaitu Nayla. Kenapa sebelum ni aku tak terfikir pun nak babywearing? Yela, sebelum ni anak 2 je. Kalau nak ke mana - mana, sorang suami aku pegang, sorang lagi aku yang pegang. Tapi, bila anak masuk 3 ni, aku perlukan tangan 'sotong' supaya lebih mudah untuk kami mengawal anak - anak solehah kami yang sedang membesar tu. Sangat struggle ye kalau keluar berjalan, walaupun hanya ke shopping mall nak cari beras je pun -- tapi mood happy boleh bertukar jadi stress. Haha. Sebab tu aku perlukan 'sesuatu' untuk memudahkan kerja aku. Nak pakai stroller je tapi saiznya yang bulky dan agak menyusahkan nak bawak keluar simpan dalam bonet, tambah pulak anak bukannya nak duduk dalam tu pun. Haha. Sebab tu aku cuba cari option lain. Aku pun senang bawak anak, sambil - sambil boleh kawal jugak kakak - kakak dia yang berdua tu (sebab dua - dua tangan dah free kalau babywear Nayla). Aku dan suami pun tak stress, budak - budak pun happy sebab kurang kena marah (harapnya lah, haha).

Sebelum ni pengetahuan aku cetek tentang babywearing ni. Tak tau pun yang penggunaan crotch carrier sangatlah tak ergonomik dan boleh memudaratkan baby. Ada pelbagai cara nak babywearing, bergantung pada usia baby anda. Boleh join group Malaysian Babywearer kat facebook untuk timba ilmu sedikit sebanyak berkenaan babywearing ni. Aku tak berhajat nak menerangkan semuanya di sini. Anda boleh ke sana untuk tau lebih lanjut. Jangan malas. Haha.

Cuma perkara basic yang perlu kita tau (untuk anda yang memang zero knowledge tentang baby carriers):
1. jenis - jenis carrier yang sesuai untuk peringkat umur
2. kumpulan carriers yang ergonomik
3. kumpulan carriers yang tak ergonomik (tidak digalakkan langsung, contohnya crotch carrier)
4. kumpulan carriers yang tak selamat digunakan (used at own risk)

Jom la kita layan gambar - gambar di bawah (diambil dari Malaysian Babywearers FB):


Gambar atas tu adalah contoh crotch carrier. Kedudukan anak tak ergonomik, sebab tidak berada dalam kedudukan "M Shape"/ "knee to knee position" (refer gambar bawah sebelah kanan). Komplikasi seperti "hip dysplasia" boleh berlaku kalau tak ergonomik. Anak pun tak selesa sebenarnya.

Hip dysplasia yang boleh belaku sekiranya menggunakan crotch carrier


Jenis - jenis carrier yang sesuai untuk peringkat umur. 


Rules for babywearing. Nak babywear anak pun ada rules tau. Tak boleh hentam kromo je. Haha.

Disebabkan Nayla pun dah masuk 4 bulan, dan head control dia pun dah ok, maknanya dia sesuai untuk SSC (soft structured carrier). Lagipun kalau nak suruh aku guna wrap ataupun ring sling, aku pun tak reti. Haha. Tau lah kan, aku mestilah nak yang mudah - mudah je. Yang complicated macam wrap bagai tu aku belum terasa nak belajar pakai. Haha. Guna SSC senang. Bila nak guna sarungkan aje ikut step - step dia. Tak sampai 5 minit masukkan anak dah boleh pergi jalan. Haha.

Untuk first SSC aku, aku beli Andrea SSC. Affordable, tak sampai RM 200 pun. Bagi aku ok la tu, takde la mahal sangat. Nak yang RM 100 ke bawah? Banyak je, tapi kebanyakannya crotch carrier ataupun fake SSC. Apa? SSC pun ada yang fake ke? Mesti lah ada. Bahaya sebenarnya beli yang fake. Contohnya Ergobaby. Kalau dah dijual dengan harga RM 100 ke bawah tu, hmm sendiri mau ingatla ye. Memang lah jimat. Tapi kena fikirkan keselamatan anak kita jugak. Tu yang paling penting. Ada kes anak terjatuh dari SSC sebab buckle patah dan macam - macam lagi. Nak ke benda tu jadi kat anak kita? Haaa.. melabur sikit pun takpe asalkan berbaloi demi keselamatan anak, nyawa kita kan. 





Nah. Belanja gambar sikit. Nampak tali bahu kanan tu sedikit longgar. Tak sempat setting. Bolehje ketatkan lagi tu supaya selesa. Tapi ok je. Best je gendong Nayla ni. Tak terasa. Hehe.


Ok. Ada satu perkara aku nak share. Aku beli Andrea SSC ni sebelum aku join group Malaysian Babywearers kat FB tu. Aku beli ni sebab design dia cantik (biasa la mak - mak kan, nak yang cantik saje. Puii). Satu lagi sebab panel dia (tempat letak bontot baby tu) lebih wide. Masa aku nak beli tu ada lagi satu option iaitu Cuddle Me. Tapi panel Cuddle Me lebih kecil. Aku fikir kalau panel wider, baby boleh duduk dalam SSC tu sampai 1 tahun lebih. Kalau Cuddle Me mungkin sekejap je baby boleh duduk. Haa tu la kalau membeli tanpa ilmu (sebab tak tau kewujudan group babywearing ni kat FB huhuhu). 

Rupa - rupanya, SSC Andrea tak approve di group tersebut. Kenapa tak approve? Sebab katanya webbing dia licin, jadi mudah menggelongsor. Pulak dah kan. Tak menepati safety measure yang perlu dititikberatkan katanya. Cuddle Me approve pulak. Waaaa.. Nak nangis tepi bucu katil jap. 

Tapi sebab benda dah beli, guna jela apa yang ada. Janji kena buat extra precaution kalau guna SSC ni. Lagipun aku baru test sekali dua je kat Nayla. Masa kat rumah dia ok je duk dalam benda alah tu. Tapi bila aku cuba kat luar, dia agak mengamuk. Haha. Terpaksa keluarkan dan dukung macam biasa. Mungkin masa tu dia panas, nak tidur atau lapar. Jadi, kena pastikan dia tak mengantuk, tak lapar dan selesa tak panas sebelum dipakaikan SSC. Sekali dua cuba guna mungkin fail, haha. Lain kali kena cuba lagi, sampai dia rasa selesa. Jangan putus asa ye? Haha. **pujuk diri sendiri hukhuk.

Personally, bagi aku babywearing ni seronok. Rasa macam peluk baby je. Setakat aku cuba Andrea ni, agak selesa bila pakai. Janji kena ketatkan mengikut keselesaan kita dan baby. Nak kata webbing licin tu, belum rasa lagi. Setakat ni ok je. Mungkin sebab aku baru guna kejap - kejap je. Tangan kita dua - dua pun free. Agak senang nak buat kerja rumah (kalau baby jenis yang clingy, hehe). Cuma perkara yang aku agak kurang gemar bila memakai SSC ni, pinggang kita macam tercekik. Lagi - lagi untuk orang yang slim melim macam aku ni, rasa macam pinggang kerengga dowh. Haha. Jadi, penyelesaiannya, aku pakai cardigan untuk cover bentuk badan yang makin jelas kalau kita pakai SSC. Haaa, bijak tak aku. Korang pakai cardigan dulu, baru klipkan buckle kat pinggang tu, dalam cardigan. Korang cuba lah. Haha. 

Nasihat aku, sebelum anda nak beli tak kira jenis carrier untuk anak anda, buat la research dahulu. Dapatkan ilmu tentang apa yang boleh, apa yang tak boleh. Join la group Malaysian Babywearers kat FB tu, memang banyak ilmu yang boleh kita dapat. Tapi, kalau anda dah guna ergonomic carrier, janganlah pula pandang rendah pada mereka yang masih guna crotch carrier. Mungkin mereka masih tak tau tentang penggunaan carrier yang betul. Apa pun, kita berbabywearing untuk anak kita dan untuk memudahkan kerja kita kan?

Selamat berbabywearing daripada saya :))

Ps: Saya tak nasihatkan anda untuk beli Andrea SSC buat masa ni. Katanya, pihak mereka sedang membuat penambahbaikan. Mungkin masa akan datang Andrea akan diapprove. Option selain Andrea adalah Cuddle Me :)).