Pages

Tuesday, 4 October 2016

Best ke jadi GP ni?

Eh. Dah lama diam, tiba-tiba muncul. 

Hehe. Lama tak keudara. Mak busy sikit melayan kerenah anak-anak yang berduyun tu (berduyun la tu kalu dah 3 hihihi). Sebenarnya ikut mood nak menulis ni. Kalau tengah bersemangat waja, boleh buat dua tiga entri satu hari. Kalu mood kelaut, tahun depan pun belum tentu boleh muncul. Haa gitcheww skala mood kita. Haha.

Masuk bulan Oktober 2016 ni-- lebih kurang setahun 7 bulan sejak aku bergelar GP (general practitioner). Walaupun bukan bekerja di klinik kepunyaan sendiri, aku tetap nak gelarkan diri aku doktor GP. Hehe. Tak kisahlah. Banyak cerita suka duka sejak aku bukan lagi bergelar penjawat awam. 

Aku takde kawan sangat

Maksud aku kawan-kawan yang boleh hang out lunch sama-sama contohnya. Memang. Kawan aku cuma staff klinik aku je. Haha. Sedih kan hidup aku. Dulu masa kat klinik kesihatan, ramai orang aku boleh buat kawan, sebab colleague pun ramai. Dengan misi-misi lagi. Kat klinik swasta, kawan-kawan aku hanyalah handphone aku. Staff (yang ada hanya 2-3 staff) hanya kawan bersembang masa kerja saja. Dan bila aku balik kerja, kawan setia aku sudah tentu suami dan anak-anak aku. Hehe. Kehidupan aku cuma berkisar di tempat kerja dan rumah.

Rasa lebih relax tanpa tekanan kerja yang bertimbun

Kerja aku cuma perlu merawat pesakit (yang tidak begitu ramai berbanding di KK dulu). Aku tiada kerja-kerja tepi (isi SKT, buat preparation untuk seminar etc). Memang dari segi itu kerja aku sangat enjoy. Masuk kerja pukul 9 pagi, balik pukul 5 petang. Sepanjang 8 jam aku kerja, pendek kata aku tak menghadapi sebarang tekanan. Melainkan tekanan daripada pesakit-pesakit yang kadang-kadang ada juga yang tak faham bahasa (tak semua hehe).

Ilmu tak berkembang

Sebenarnya, pesakit la buku teks doktor. Makin ramai pesakit kita jumpa hari-hari, makin banyak benda yang kita belajar (ye, doktor sebenarnya banyak belajar daripada pesakit). Kalau jumlah pesakit tidak begitu ramai, pengetahuan kita sebenarnya berkisar pada tahap tu sahaja. Tapi, masih bergantung pada usaha kita sendiri untuk menambah pengetahuan sedia ada. Ilmu perubatan sentiasa berkembang. Kadang-kadang boleh berubah. Sebab tu seorang doktor kena alert dengan update-update terkini dalam dunia perubatan. Ini untuk mengelakkan kita merawat pesakit bukan pada tahap optima. Silap haribulan, management kita pun tak berapa berkesan.

Dulu masa di KK/ hospital, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali mesti ada kursus (atau seminar) perubatan yang wajib dihadiri. Kebaikan menghadiri kursus sebegini semestinya boleh menambah (atau refresh ilmu yang sudah mula kita lupa masa belajar dulu). Selain daripada tu, kau boleh escape sekejap dari beban kerja yang menimbun. Haa yang ni memang betul. Kalau kau diberi pilihan untuk duduk terbongkang mendengar talk/ seminar, dengan melihat pesakit 100 orang sehari, yang mana satu agaknya kau pilih. Mestila duduk terbongkang dan tidur. Betul?

Tapi, kalau kau bekerja di klinik swasta, kau takkan dapat semua tu. Goodbye la kursus seminar bagai. Mereput la kau kat klinik sampai kau resign. Haha. Aku tak tau tempat lain macam mana. Tapi kalau kat tempat aku, dekat 2 tahun aku kerja kat sini, langsung takde kursus. Aku cuma bergantung pada ilmu-ilmu sedia ada, buku-buku medical dan sudah tentu google (yang ni penting hehe). Sendu kan hidup aku. *lap hingus. 

Gaji lebih promising

Yela, kalau gaji yang kau dapat di swasta sama saja dengan doktor kerajaan (untuk gred yang sama), tak kan kau sanggup nak resign kerajaan. Betul tak? Tapi perlu diingatkan, working hours pun mungkin akan bertambah kalau kau kerja swasta. Untuk yang masih bekerja kerajaan, kau boleh buat locum, kalau gigih locum, boleh cecah RM 10k sebulan tau (locum sahaja). Reason kenapa aku resign dulu? Nanti-nantilah aku cerita. Gaji adalah salah satu faktornya.

Tapi, doktor swasta tak semestinya duit banyak. Kalau kau tak pandai uruskan kewangan kau, poket bocor juga. Sendiri mau ingatlah. 

Tiada lagi benefit seperti penjawat awam

Sad truth. Tapi sebab ni pilihan aku, kita bersyukur apa adanya. Sedikit yang kita dapat, Allah gantikan dengan sesuatu yang lain. Hikmah saja yang perlu kita cari. Kau masuk hospital kerajaan pun tiada GL (cuma harapkan GL suami, syukur alhamdulillah). Ye. Apa-apa hal, walaupun aku kerja swasta, aku masik prefer untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan (refer pada bersalin ye kawan-kawan). Entahla. Sebab aku selesa di situ. Kalau aku nak cuba dapatkan loan bank pun, ya Rabbi punya lah banyak cekadak bank ni. Kalau penjawat awam, mudah saja. Takpe. Bukan kau nak mintak loan setiap bulan pun kan. Hahaha.

Banyak lagi benefit yang kau takkan dapat. Pandai-pandai lah kau cari.



Aku cerita semua ni tak bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang telah aku buat setahun lepas. Pilihan yang aku buat menentukan  corak hidup aku hari ini. Bekerja di klinik swasta banyak benefit juga. At least aku belajar dan sudah lali dengan selok-belok, ragam pesakit swasta. Awal-awal dulu, bukan sekali dua aku kena komplen. Tapi, aku ambil kritikan tu secara positif, dan cuba atasi kelemahan yang ada. Pengalaman mendewasakan kita orang kata. Hehe. Aku belajar melihat pesakit dari perspektif yang berbeza. Bukan hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Aku belajar untuk banyak bersembang dengan pesakit (walaupun pada dasarnya aku bukanlah seorang yang peramah). Masa kat KK dulu, aku tak berkesempatan nak buat semua tu disebabkan waiting queue yang panjang. Sekarang, aku boleh tau pesakit beli tudung diorang kat mana (haha melampau).

Nantikan 'surprise' daripada aku sedikit masa lagi. Doakan apa yang dirancang menjadi kenyataan dan berjalan lancar. Ameenn. Terima kasih sudi baca.