Pengenalan:
Mazlina Ibrahim- blogging? Bukanlah suatu perkara yang sinonim sebenarnya. Lama dulu ada la jugak pernah simpan niat nak buka personal blog. Malah, seingat aku, masa zaman mengaji di universiti dulu, pernah rasanya aku buat blogspot sendiri. Malangnya, sampai sekarang, aku masih gagal menjejak adress blogspot aku tu. Bukan dia lari. Aku tuan punya blog tu sendiri yang lupa kat mana duduknya. Erm. Agak pelik kan. Kalu adress pun boleh lupa, apatah lagi passwordnya. Entri pun seingat aku, satu je. Huhu. Itu lah akibat hangat2 taik ayam. Minat memang ada. Tapi. Mungkin disebabkan masa tu, kemudahan internet agak terhad. Itu adalah salah satu sebab yang kuat. Hmm. Betul. Jadi, pada tahun 2011 ni, aku cuba buat satu anjakan paradigma. Gilap balik minat berblog aku tu. Yelah. Sekarang ni, internet di hujung jari. WIFI pun dah ada. Paling kurang, broadband yang lembap tu. Sebab itu la, Mazlina sekarang ingin berblog semula. Hmm..
Bercerita tentang konsep penulisan.. Of course la konsepnya BEBAS kan. Ni adalah platform untuk aku berceloteh. Maknanya, suka hati aku la kan apa yang aku nak tulis. Perlu diingatkan, aku sebagai tuan empunya blog ini, bebas untuk menconteng apa saja kat sini. Tapi. Anda semua tak perlu risau. Aku sebagai penulis beragama Islam, berbangsa Melayu, insyaAllah 'berpelajaran', tak akan merepek yang bukan2 di luar norma kehidupan. InsyaAllah setiap apa yang digarapkan, kalu anda semua pandai mengorek, pasti akan ada manfaat yang terselit. Walaupun sedikit. Allah tak suka perkara yang sia - sia kan?
Jadi, kalu anda mengikuti blog aku ni, anda akan terserempak dengan entri2 seperti ini: kisah kehidupan seharian, entri penuh beremosi, makanan, dan macam2 lagi. Pendek kata, apa yang terlintas dalam fikiran aku, apa yang aku nampak depan mata aku, apa yang aku rasa waktu tu, tidak mustahil kesemuanya aku akan muatkan di sini. Kenapa? Jawapannya mudah. Sebab ni blog aku. Aku punya suka lah. Hehehe. Selain itu, anda juga akan perasan, setiap entri akan diselitkan dengan gambar2. Mungkin gambar yang ada kaitan. Dan mungkin juga gambar yang langsung tidak berkaitan. Kenapa? Sekali lagi. Jawapannya tetap sama. Sebab ni blog aku. Aku punya suka ok.
Sedikit gambaran mengenai penulis. Tak kenal maka tak cinta. Kan.
Ok. Kita mulakan dari zaman dahulu kala. Saat aku masih kecil tak tau apa2.
Kalu nak diikutkan, perjalanan hidup aku ni dari kecik sampai besar panjang macam ni, takdela sesusah mana. Memangla masa kecik2 dulu, kami sekeluarga hidup susah. Nak beli pape bukan boleh main mintak2 je macam budak2 lain yang mak ayah dia ada duit masa tu. Nak beli baju baru setahun sekali pun payah. Bayangkan. Tapi takpela. Ada masa aku elaborate panjang lebar lagi pasal ni.
Tapi. Aku bersyukur la sebab boleh dikatakan aku ni budak yang senang belajar. Nak kata pandai sangat tu tak la. Tapi. At least, walaupun aku hidup susah. Aku boleh dikatakan berjaya la dalam pelajaran. Alhamdulillah sebab aku dipermudahkan Allah. Perjalanan aku dalam hidup sebagai seorang pelajar macam berjalan lancar je. Yela. Berkat usaha dan doa mak ayah aku jugak.
Start dari sekolah menenengah, aku masuk sekolah asrama penuh, sampai Form 5. Dan alhamdulillah jugak. Result PMR dan SPM aku agak memberansangkan lah. Boleh la nak masuk U orang kata. Lagipun. Dalam family aku, waktu tu aku la anak yang pertama dapat masuk U. Rezeki kan. Dalam pale otak aku waktu tu cuma nak berjaya je. Nak ubah nasib keluarga aku. Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan aku.
Ni la logo sekolah aku. Dulu SMKARA. Sekarang dah jadi SMKAKA. Buruk no bunyi.
Start dari sekolah menenengah, aku masuk sekolah asrama penuh, sampai Form 5. Dan alhamdulillah jugak. Result PMR dan SPM aku agak memberansangkan lah. Boleh la nak masuk U orang kata. Lagipun. Dalam family aku, waktu tu aku la anak yang pertama dapat masuk U. Rezeki kan. Dalam pale otak aku waktu tu cuma nak berjaya je. Nak ubah nasib keluarga aku. Dan Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan aku.
Daripada Matric UIA PJ, aku sambung pulak degree aku kat UIA Kuantan. Tak sangka pulak aku ambik medic. Yang sebenarnya, aku takde la minat sangat pun jadi doktor ni. Tapi masa tu. Fikir2 konon2 kerjaya doktor ni macam gempak la jugak. So aku proceed je. Sebab, kalu ikutkan, pada asalnya aku dapat Engineering (kadang2 bila fikir balik macam menyesal jugak tukar course, tapi takpela, dah rezeki aku). Aku ni boleh kata macam ikut konsep - go with the flow - jela. Orang suruh study aku study. Orang suruh buat ni aku buat la. Bukan rebellious. Konon la. So sebab tu la kot aku berjaya habiskan 5 tahun kat medical school (campur matric 7 tahun la).
Alhamdulillah la. Berjaya jugak aku merangkul ijazah MBBS tu. Nak kata mudah, memang tak la. Frankly speaking, susah sangat study medic ni. Aku setiap kali exam (dahla exam melambak2, nak termuntah pun ada), mesti terasa je nak bungkus kain baju nak quit medic. Tapi. Berkat dan rahmat Allah, aku berjaya juga mengharungi perjalanan hidup suka duka selama 7 tahun ni. Alhamdulillah..
Alhamdulillah la. Berjaya jugak aku merangkul ijazah MBBS tu. Nak kata mudah, memang tak la. Frankly speaking, susah sangat study medic ni. Aku setiap kali exam (dahla exam melambak2, nak termuntah pun ada), mesti terasa je nak bungkus kain baju nak quit medic. Tapi. Berkat dan rahmat Allah, aku berjaya juga mengharungi perjalanan hidup suka duka selama 7 tahun ni. Alhamdulillah..
Dah dapat degree.. Melangkah pulak ke alam pekerjaan. Sebenarnya, kalu tanya aku, jadi HO ni (house officer) tak la susah mana. Takla busy mana kalu nak compare dengan zaman dulu2. Tapi of course la kan. Setiap profession ada cabaran tersendiri. Bergantung pada individu itu camane nak tackle dan menghadapinya. Aku yakin ianya banyak bergantung pada personaliti seseorang, attitude, sikap dengan collegues, superiors, bossess, communication skills, stress management skills etc. Tu semuanya perlu untuk seorang doktor terus bertahan. Sebab tak dinafikan. Cabaran memang besar. Yang pastinya, apa yang penting, semuanya kena berasaskan niat yang betul la. Dan Allah tak membebankan seseorang itu lebih dari kemampuannya kan. Walaupun aku sendiri, pernah mengalami 'zaman kegelapan', tapi aku cuba bangkit, cari kembali diri aku yang asal, dan bertaubat terhadap segala dosa yang pernah aku buat. Samaada sengaja atau tak. Dan aku harap sangat. Semoga semuanya kembali seperti asal. Dan aku berniat untuk terus memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri sendiri. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang kan.
Alhamdulillah, pada umur 26 tahun ni jugak, aku selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati. Walaupun pada awalnya, banyak kali jugak kitorang main tarik tali. Selama lebih kurang 10 tahun kitorang kenal, tak sangka dia adalah suamiku sekarang. Alhamdulillah. Memang macam orang kata, kalau dah jodoh, takkan ke mana. Betul. Aku setuju sangat dengan pepatah tu. Semoga rumahtangga kami aman bahagia, dan dirahmati Allah selalu. Amiin.
Cuma satu je misi aku belum tercapai - nak ubah pegangan dan haluan hidup adik beradik aku. Dari dulu lagi, memang aku tak nafikan ada kepincangan dalam keluarga aku (tak perlu kot aku buka pekung di dada kat sini). Aku selalu pasang niat, semoga kami sama2 hidup dalam keberkatan, bahagia dunia akhirat. Tapi banyak kali, apa yang aku cuba lakukan, tak nampak kesannya. Mungkin aku tak sungguh2. Mungkin niat aku tak betul. Tapi insyaAllah. Selagi hayat dikandung badan, aku takkan tinggalkan mereka yang hidup bersama aku sepanjang 26 tahun ni. Semoga Allah beri kesempatan waktu untuk aku teruskan usaha aku. Semoga Allah beri hidayah dan tetapkan iman dalam hati2 kami. Aku, mak, arwah ayah (Al Fatihah untuk ayah), suamiku, adik beradikku. Amiin..
Apapun, yang penting setiap hari kita ada niat untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Ok la. Cukupla untuk hari ni. Belakang aku sakit doh huhu.
Esok saja..
let's switch!!haha.me on the other hand nak sgt jadi doctor. tambah2 mengenangkan time menganggor ni,nyesal je tak pergi indon dulu.
ReplyDeletebut tulah,semua ni kerja tuhan kan :)
Yep.bila fikir sebenarnya ramai je lagi yang menganggur takde keje, lebih baik kita bersyukur je ngan apa yang kita ada.
ReplyDeleteNway,rezki ada di mana2.bumi Allah ni luas.gudluck to u. :D