Pages

Monday, 18 April 2016

Pengalaman bersalin anak ke 3 (Nayla) secara Caesarian section -- part 2

Entri ini adalah sambungan entri yang sebelum ni.

Kalau anda baca entri sebelum ni, memang banyak ujian yg aku hadap dari awal mengandungkan Nayla sampai la bersalin. Belum lagi masuk ujian masa berpantang. Haha. Memang agak tragis. Tapi takpe. Aku redha. Anggap je ujian tu semua tanda Allah sayangkan kita untuk uji tahap kesabaran dan keimanan kita. 

"ketika Allah mencintai seorang hamba, Dia memberi ujian/ cubaan agar Allah mendengarkan rintihannya" HR Baihaqi

Ok kita sambung cerita.

Selepas balik daripada wad 2 hari bersalin, cuma suami aje yang ada bersama aku masa awal2 berpantang. Sofiya dan Lydia pergi school/ rumah babysitter. Mak aku belum sampai dari Terengganu, tunggu Kaklong aku cuti sekolah (weekend). So jumaat depan tu baru diorang datang (aku bersalin 1/1/16, mak aku datang 8/1/16). Seminggu jugak aku dan suami je ada kat rumah. Dengan nak kena masak lauk pantang, jaga baby, mandikan baby, susukan baby. Dengan aku nak kena jaga luka c-sect yg perit2. Agak seksa masa tu. Haha. Alhamdulillah laki aku ada, boleh tolong masak nasi, panggang ikan dan buat benda2 simple yg lain. Tapi aku macam biasalah. Kadang2 rasa tak boleh duduk diam. Nampak laki aku terkial2 kat dapur aku rasa nak tolong jugak buat benda2 simple. Rumah bersepah sangat aku pun terasa nak kemas sebab mata serabut tengok. Haha. Orang dalam pantang kena duduk diam je tapi aku tak. Degil sangat sebab tu la luka aku dah seminggu pun masih perit2 dan sakit bila bergerak.

Sampailah hari khamis (7/1/16), masa mandi aku perasan panty aku sedikit basah. Eh? cecair apa pulak ni? Dah risau sket masa tu. Bila aku belek2 luka c-sect aku, ada 1 lubang kecik dalam 0.5mm je, bila aku tekan sket ada yellowish discharge keluar. Aku agak risau juga sebab takut ada infection sebenarnya. Tambahan pulak luka aku masih merah (inflammed) dan sakit2. Nurse datang visit keesokan harinya, dia bekalkan aku gauze dan micropore, dan nasihatkan aku jumpa MO kalau discharge makin banyak. Bila aku tampal gauze dekat luka tu, agak cepat jugak dia soaked dgn yellowish discharge tu. Aku siap tekan2 lagi untuk keluarkan air. Risau takut infection makin teruk. 

Masalah aku belum lagi selesai, Nayla pulak hari ke 3 kuning dah naik. Pertama kali cek AOB 8.6 mmol/dL. Ok la lagi. Kena cek lagi lusanya, makin naik pulak jadi 11. Hari jumaat 8/1/16 (hari mak dan kakak2 aku sampai), AOB naik tinggi sangat sampai 14.5. Dah malam tu kena admit wad pulak untuk phototherapy. Dengan aku yg tak sihat sepenuhnya lagi (luka berair) kena stay sekali dengan baby kat wad (Hosp Kulai). Alhamdulillah diberi bilik sorang je dgn baby tak perlu share dengan orang lain. Privasi la sket. Tapi esoknya Nayla dah boleh discharge bila AOB turun jadi 11. Aku pun susukan baby dengan kerap. Cuma Nayla ni berak tak banyak. Jarang2 sangat. Kadang2 3 hari sekali baru berak. Sebab tu kuning dia degil sangat nak turun.

Kesian kena duk bawah lampu

Hari ahad (10/1/16), kami pergi lagi ke KK Kulai utk cek AOB Nayla dan aku nak jumpa MO sekali nak bertanyakan tentang luka aku yg aku rasa makin teruk (discharge makin banyak, pastu ada rasa gapping bila tekan). Aku masa tu dah on antibiotics (dapat hari khamis sebelumnya). AOB Nayla turun sket je 9.8 dan perlu cek lagi lusa nya. Tiba giliran aku diperiksa MO, dia kata memang ada gapping dan dah jadi wound breakdown. Terkejut aku. Risau sangat masa tu. Dia minta kebenaran aku utk open up the skin yang still intact tu untuk tengok lapisan bawah kot2 ada nanah (pus). Bukak jela... aku masa tu redha je dah pasrah. Haha. Bila dia gunting luka aku sampai ke hujung, mak aihh, memang ternganga terus lah nampak isi daging. Ada la lebar lebih kurang 3cm dan panjang 5cm dengan kedalaman gapping tu 3cm. Korang boleh bayangkan tak betapa besarnya gapping aku tu. Agak ngeri bila tengok. Cuma syukur sangat sebab bila dressing tak berapa sakit. Kata nurse yang cuci tu memang ada nanah sket tapi tak banyak sangat. Masa tu aku rasa macam tak percaya kenapa benda ni boleh jadi kat aku. Camane aku nak hidup dengan luka besar terbukak macam tu. Haha. Aku balik dan disuruh dressing sendiri dengan normal saline secara kerap. Aku mampu buat 2 kali sehari je pagi dan petang. Luka tu aku tak tunjuk siapa2 sebab aku tengok sendiri pun mengerikan, apatah lagi orang lain. Haha. 

Esoknya, aku dirujuk terus ke Gynae HSA. Setelah diperiksa, aku diberikan antibiotik yg lain (augmentine) dan diminta untuk meneruskan normal saline dressing 3 kali sehari. Appoinment seterusnya adalah isnin depan. Dalam pada aku perlu menjaga luka aku yang dah terbuka tu, aku masih lagi perlu ke KK untuk cek AOB Nayla. Selang satu hari. Memang AOB Nayla kejap naik kejap turun. 10-11 mmol/dL. Kesian sangat dia banyak kali kena prick dekat tumit kaki. Nak buat camane, dah terpaksa. Haha. Berak sangat kurang. Tapi alhamdulillah najis kuning macam biasa. Cuma asyik tidur jela si Nayla ni. Biasa la budak kuning memang camtu. Macam2 kami cuba petua untuk turunkan kuning-- mandikan dengan herba cina, bagi air anggur, aku pulak minum susu kambing dan sebagainya. Tapi masih lagi statik AOB dia. Sampaikan aku dah takut nak makan herba2 seperti lada hitam, kunyit, pati haruan (padahal untuk luka). Aku cuma makan ikan haruan panggang yg dilumur dgn garam je hari2 (sampai dah nak termuntah haha). Ikan haruan banyak2 tu pun free je kawan laki aku bagi. Banyak pulak tu. Jenuh pulak nak habiskan. Haha. Tapi bila terkenangkan luka, aku makan jela dengan pasrah. Haha.

Peneman setia. umi penat pangku, abah pulak ambik turn

Sampai masa check up seterusnya (18/1/160, aku perasan luka aku dah makin bersih dan cantik. Tisu2 baru (granulation tissue) dah mula tumbuh. Check up minggu sebelumnya banyak slough2 dan pus. MO tu ada offer untuk secondary suturing (jahit semula) tapi aku refuse. Risau wound akan breakdown semula. Haha. Knowing me yang agak renyah ni, tak mustahil luka tu akan terbuka semula. Aku rela tunggu dia cantum sendiri biarpun akan memakan masa yg lama. Disebabkan luka dah makin elok, aku diminta buat Kaltostat Dressing (aku beli kat pharmacy). Kaltostat dressing perlu ditukar 3 hari sekali ataupun kalau dressing tu dah leaking. Seingat aku aku buat 3 kali saja sampai next appoinment (25/1/16). Amazingly memang kaltostat ni banyak membantu speedkan wound healing process. Luka aku dah merapat 2 kali ganda masa appoiment 25/1/16 tu. Siap ada overgrowth (kes terlebih guna kaltostat). Aku stop guna kaltostat bila luka dah merapat (cantum), tinggal dalam 1cm lebar dan 4cm panjang lebih kurang. Tu pun overgrowth of granulation tissue. Mereka pesan kalau overgrowth tissue tu tak epithialized, mereka akan proceed dengan remodelling (mungkin mereka akan trim sket2 tisu2 terlebih tu haha). Dua tiga hari lepas tu, aku perasan overgrowing tissue tu masih tak epithialized (jadi kering merapat then jadi skin terus). Aku dengan gamblenya ambik gunting sendiri (cuci dulu bersih) dan aku trim tisu yang terlebih2 tu sampai rata (agak berdarah2 juga haha tapi tak sakit pun). Amazingly lepas beberapa hari, tisu tu dah mengering (epithialized) dengan bantuan normal saline dressing yg konsisten. Dan alhamdulillah tepat 2 bulan luka c-sect aku dah sembuh sepenuhnya. (Luka dah cantum masa sebulan tapi masih belum kering, perlu dilapik dengan gauze lagi masa tu). Syukur yang amat proses wound healing tu tak mengambil masa yang terlalu lama (aku ada google dan terbaca cerita2 wound breakdown ni, ada yg makan masa 4-5 bulan untuk totally healed). Cuak juga aku. Takut nanti kena extend cuti, dah gaji takde pulak kang haha.

kadang2 mak aku pun ikut kami check up. bosan duk kat rumah katanya

Habis cerita wound breakdown aku. Kalau ada yg pernah mengalami situasi ni memang tak boleh lupa. Trauma kot nak bersalin secara c-sect lagi. Jaundice Nayla pulak sampai sebulan (masa dia inject sebulan tu pun AOB dia masih 9.5). Salah satu faktor adalah sebab Nayla ni borderline prem (36 weeker) dan aku pulak blood group 0+. Sampaikan terpaksa work up untuk prolonged jaundice. Banyak botol darah kena ambik untuk pastikan dia takde penyakit2 yg menyebabkan prolonged jaundice ni (contohnya thyroid, urine infection, TORCHES etc). Tapi alhamdulillah result dia semua ok, normal saja. Syukur pada Allah. Lepas sebulan tu pun kulit dia masih kekuning2an. Tapi tak lama lepas tu dah cerah macam biasa. Haha. Dugaan betul pantang kali ni. Cuma agak kesian kat laki aku setiap dua hari sekali dia kena ambik off petang utk hantar anak bini pegi check up. Terima kasihlah suamiku. Tanpa dia, agak susahla aku sebenarnya haha. I love u lah. 

Day 20. masih nampak kuning. tgk tu abah penat ulang alik

Kalau diberi pilihan untuk bersalin normal atau c-sect, memang aku akan pilih normal je. Sakit bersalin masa tu je. Bila dah keluar baby, zassss sakit tu hilang terus macam tu je. Luka bahagian bawah tak besar mana, dan tak melibatkan lapisan yang tebal berbanding luka c-sect. Baik pun cepat. 

Tips untuk korang (juga pengajaran buat aku) yang bakal bersalin c-sect:

1. kita jangan nak renyah2/ kasar2 sangat buat itu ini. Rehat je jaga baby. Kerja rumah biarlah orang lain yang buat. Sebab tu penting untuk ada pembantu (contohnya mak kita), sebab mak kita boleh tolong masakkan untuk kita. Terima kasih mak. Mak aku datang jaga aku masa pantang lebih kurang 3 minggu. Kena ada orang jaga kita lebih2 lagi kalau kita dah beranak pinak. Mana nak uruskan anak yang lain lagi kan. Memang agak susah kalau pantang sendiri.
2. kena pastikan luka sentiasa kering dan bersih. Lepas mandi anginkan dan lap bersih2 dengan kain bersih.

3. jangan gatal tunduk bangun tunduk bangun kemas rumah semua. Sepah pun sepahlah. Kalau susah kita juga yang menanggung. Masak2 tu bagi je orang lain yg buat.

4. nak ketawa, bersin, batuk, cuba ambil bantal dan tekan kawasan luka kita supaya tekanan tu tak keterlaluan. Kalau sakit sangat boleh ambik painkiller.

5. kalau jalan jangan terlalu laju, luka masih baru (sekurang2nya dalam minggu pertama)

6. jangan angkat barang yg lebih berat dari baby kita. Kalau ada anak lain yang mintak dukung jangan layan ye. Haha. Bakul kain lagi la jangan. Berat kot lagi2 kain yang perlu dijemur.

7. kalau rumah 2 tingkat, jangan gatal nak naik atas pulak. Pantang je kat bawah. 40 hari la kau duduk bawah ye haha.

8. kalau baby kuning tak tinggi ataupun cepat turun, boleh makan pati ikan haruan untuk cepatkan penyembuhan luka (aku sempat minum sebotol je, ada lago 5 botol kat rumah, sape nak pm. haha. Tapi memang tak sedap euwww). Ada ikan haruan makan je hari2 pun takpe. Macam aku dekat 3 minggu jugak mak aku masak ikan haruan. Kalau tak panggang, sup kan aje. Sedap lah juga haha (telan jela tak sedap pun).

9. jangan keluar rumah sangat/ drive kereta sendiri sebelum luka belum betul2 sembuh. Macam aku tak boleh la kan. Selang saru hari kena gi KK. Tapi laki yang bawakkan lah. Aku dukung baby je. 
10. korang ada tips lain nak kongsi? boleh tulis di ruang komen. Mana tau bermanfaat untuk orang lain.

mekaseh mak jaga saya masa pantang

Kalau korang berjaya khatamkan entri aku ni, mesti korang dapat rasa kepayahan aku sejak awal mengandung seterusnya bersalin dan berpantang. Haha. Tragis kan. Huhu. Memang Allah nak uji kami anak beranak. Tapi alhamdulillah kami berjaya lalui tanpa sikit pun penyesalan. Nayla pun sekarang dah masuk 3 bulan lebih, makin sihat budak tu. Minum susu banyak. Nangis pun banyak jugak. Haha. Takpela nakk, asalkan tak sakit2. Umi sekarang pun dah sihat sepenuhnya, dah kerja sebulan lebih dah haha. Alhamdulillah still fully breastfeed my baby. Cita2 kali ni biarlah rezeki Nayla menyusu sampai 2 tahun. Tu yang umi gigih pam hari2 buat stok. Umi pun dah planning baik punya (inject depo la kali ni) yela risau takut sangkut sorang lagi. Haha. Seronok dapat baby, tapi kalau baby dah rapat2, semua masih kecik risau tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya pulak nanti. Tunggu lah lagi 3 tahun ke, cuba dapatkan baby boy pulak (dapat baby girl lagi pun ok je). Dapat je boy, umi tutup kilang terus. Hahaha. 

Ok lah. Sebelum aku membebel sampai ke siam sana baik aku berhenti. Terima kasih sudi baca. Doakan anak2 aku sihat semua ya :))

time diorang tido ni lah rasa dunia ni aman kejap. tapi KEJAP jela hahaha.

suami yg sentiasa bersama susah senang. muah ciked bang. haha




1 comment: