Pages

Sunday 3 July 2016

Raya di Terengganu VS di Johor

Bismillahirrahmanirrahiim, assalamualaikum wbt..

Selamat berpuasa hari yang ke 28 pada semua. Kejap je kan puasa kali ni. Tup tup tinggal 3 hari je lagi hari raya bakal menjelma. Waktu ni dah ramai yang mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut alidilfitri bersama keluarga tercinta. Cuti sekolah pun dah mula kan. Apa pun, dalam kegembiraan kita pulang beraya, kena pastikan keselamatan anak - beranak dalam perjalanan. Baca doa banyak - banyak moga Allah lancarkan perjalanan. Jangan fikir nak cepat sampai je.

Bagi mereka yang belum tahu, aku anak jati Terengganu. Suami pula anak jati Johor, orang Batu Pahat. Sejak 6 tahun kahwin ni, kami masih mengaplikasikan sistem giliran. Haha. Tahun pertama beraya kat kampung aku, tahun kedua giliran kampung suami pulak. Begitulah seterusnya kami ikut turn sampailah beranak pinak ni. Bukan apa, senang kerja. Tak pernah la pulak kami berbalah pasal ni. Tapi sendiri kena faham lah kan. Kena lah banyak bertolak ansur bila dah ada dua famili ni. 

Sebelum kahwin, of course la aku raya kat Terengganu je kan. Bila dah kahwin dengan orang Johor, baru rasa dan alami banyak perbezaan budaya dan cara sambutan hari raya di tempat masing-masing. Memang banyak beza. Ok. Jom aku ceritakan sikit.


Raya di Johor dua tahun lepas. lydia baru 5 bulan

Raya di Terengganu

Keluarga aku tak besar mana, adik beradik 8 orang, ada beberapa orang yang belum berumahtangga. Anak buah dalam 8 orang. On the way hujung tahun ni insyaAllah akan keluar lagi sorang, anak adik perempuan bongsu aku. So, takdela ramai sangat makhluk yang ada waktu hari raya pertama. Ada yang beraya belah suami dia dulu, dan sebagainya. Tapi ok je. Takdelah meriah sangat.

Dari segi juadah raya, masa arwah ayah aku ada dulu (al fatihah untuk arwah ayah), lemang adalah menu wajib yang mesti ada. Ayah je pandai buat lemang. Bila arwah dah takde, takde sape dah yang pandai nak uruskan pembuatan lemang tu. Agak renyah sebenarnya. So, kalu mak aku rasa nak jugak ada lemang, mak tempah je kat orang kampung yang buat lemang. Boleh la juga merasa lemang. Selain lemang, tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah pun wajib ada. Tu kepakaran mak aku lah. Sedap sangat tapai ni, memang laku habis kalau raya. Lagi-lagi disimpan dalam peti ais. Sedap nyehhh. Dah kecur dah air liur aku cakap pasal tapai pagi-pagi ni. Haha. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, mak aku dah mula rajin buat ketupat palas. Yang segitiga tu. Masalah nya, yang pandai bungkus ketupat tu mak aku sorang je. Anak-anak dia yang lain tolong kira jelah, tak pun tolong simpul matikan hujung ketupat tu jadi padat tak terburai. Kemudian tolong potong pendek kan tangkai dia.Tu jelah kerja kitorang, kesian mak aku kan. Haha. Biasa mak akan buat lebih untuk anak-anak dia bawak balik sebagai bekal. Rajin mak aku ni. Terima kasih mak.

Pasal kuih raya pulak, sejak semua anak-anak dara dah berkeluarga ni, kami beli je. Dulu zaman sekolah, zaman universiti, bila nak raya mesti kami yang perempuan ni akan pakat-pakat buat kuih raya. Ala, kuih biasa je. Biskut dahlia (semperit), biskut kelapa, biskut kacang, biskut nescafe dan ada beberapa lagi la biskut basic masa tu. Takde la frambozen kenari bagai tu. Biksut orang kampung je. Buat ada - ada je untuk jamu tetamu. Kami bakar dalam oven bulat tu je. Loyangnya adalah tudung periuk mak. Haha. Seronok pulak ingat kenangan lama. Ada yang hangus, keras lah, rapuh sangat lah. Macam-macam. Haha.

Ok. Habis pasal kuih raya. Baju raya kami jarang nak sedondon, masing-masing beli sendiri kan. Bila sampai pagi raya, sape yang boleh solat tu akan ke masjid lah bersembahyang raya. Yang kat rumah tu reti-reti lah buat air, sediakan makanan. Oh ye. Kami kalau raya pertama kena ada nasik. Biasa kami buat nasi minyak lauk ayam masak merah. Tak pun nasik tomato. Kadang-kadang nasik kuning. Tapi kena ada nasik. Baru lah kenyang. Hehe.

Bila semua dah siap solat, balik rumah bersalam-salaman, bermaaf-maafan, baru lah kami makan apa yang ada. Tak tunggu lama, terus kami ke tanah perkuburan (pakat-pakat dengan sepupu sepapat), baca yasin sedekah doa pada mereka yang dah pergi meninggalkan kita. Kemudian, aktiviti ziarah pun bermula. Biasanya kami akan ke rumah Mak Su dulu (adik mak aku yang paling bongsu). Atok aku dua-dua dah takde. Famili belah ayah aku tak rapat sangat, kampung pun jauh. Adik beradik mak aku semua duduk dekat-dekat. Senang kerja. Yang bestnya kalu raya rumah maksu atau makteh aku, mesti salah sorang akan hidangkan juadah wajib iaitu nasi dagang. Nasi dagang diorang memang sedap. Memang pure Terengganu. Susah aku nak jumpa nasi dagang sesedap tu kat Johor ni. Kami ziarah rumah masing-masing sampailah waktu zohor. Bila dah penat, balik lah pulak. Orang yang datang beraya kat rumah aku tak ramai pun, kami adik-beradik je biasa berkumpul. Sepupu sepapat tu kadang-kadang raya kedua ketiga baru sampai.

Begitulah kisah raya kami kat Terengganu. Takdela meriah sangat. Hehe.



Raya di Johor

Kali pertama aku beraya di kampung suami, agak kejutan budaya juga. Adik-beradik dia ramai, dia anak ke 15 dari 16 orang. Gila tak ramai kan. Haha. Setiap kali raya memang riuh rendah rumah mak mertua aku. Anak buah pun laki aku dah lost track berapa orang. Haha. Ada 30 orang lebih kot. Yela, setiap tahun ada je baby baru keluar. Dah tak heran dah haha. 

Bila dah ramai-ramai macam tu, tidur pun tidur lambak. Ada la port-port yang biasa orang suka, port tersembunyi la bagi aku. Senang nak bukak tudung bila nak tidur. Kalau kau dah tidur tengah laluan orang, jawabnya, bertudung litup la kau sampai pagi. Solehah sangat kan. Haha. Tapi meriah lah, masak pun sama-sama, yang ni tukang kemas, yang ni tukang potong-potong sayur. Yang lepak tak buat apa, kerja bersembang pun ada jugak. Haha. Tapi diorang jenis tak kesah sangat. Dah memang ramai bebenor dah kat dapur tu. Sampai tak tau nak tolong apa dah. 

Malam raya semua dah pakat gosok baju famili masing-masing. Kena ikut giliran kekdahnya. Takut pagi tak menyempat pulak. Belum lagi cerita berebut bilik air. Subuh lagi dah kena mandi. Haha. Pagi raya sebelum solat raya makan dulu. Juadah tradisi belah suami aku ni macam biasa ketupat nasi, makan dengan kuah kacang atau lontong. Ada rendang, kuih lepat dan macam-macam lagi. Beza dengan orang Terengganu, kat johor takde hidangan nasik macam nasi tomato ke, ketupat lontong tu lah makanan utama. So kena makan kenyang-kenyang kalau tak lapar nanti sebab raya pertama biasa takkan jumpa nasik. Haha.

Kemudian, lepas solat raya, macam biasa sesi bersalam-salaman dan sesi bagi duit raya. Pastu, kumpul ramai-ramai depan rumah untuk sesi penggambaran. Dah siap posing, baru lah semua konvoi, dalam 5-6 kereta juga sekali konvoi, pergi beraya ke rumah sedara mara terdekat. Setiap kali serbu rumah orang, ada yang akan lead baca selawat. Bergegar juga rumah. Haha. Dah setel teguk air sket, cuit-cuit balang raya yang ada, sembang sikit-sikit dengan tuan rumah, baru lah semua bergerak ke rumah seterusnya. Repeat balik bacaan selawat tadi. Begitulah seterusnya. Meriah kan? Balik rumah dalam tengahari semua dah lepak kepenatan, perut pun dah kenyang. Bertebaran lah tutup mata ala kadar. Haha. Kalu ada yang nak sambung beraya sila lah. Tapi kami biasanya esokknya sambung balik. Dan biasanya raya ke dua kami dah gerak balik ke Terengganu nak beraya dengan orang sana pulak.



Haaa.. agak berbeza kat situ cara sambutan raya di kedua-dua negeri. Bergantung juga sebenarnya. Lagi ramai famili members, lagi riuh rendah dan meriah. Yelah, jumpa pun setahun sekali. Masa tu la nak memanfaatkan masa yang ada untuk merapatkan kembali silaturrahim, berkongsi cerita, bermaaf-maafan dan sebagainya. Bagi aku, raya di Terengganu atau di Johor sama saja. As long as kita masih ada famili, mak ayah adik beradik tersayang, bagaimana pun cara sambutannya tak jadi masalah. Yang penting -- BALIK. Tu je kadang-kadang cara kita nak appreciate mak kita. Diorang ni sebenarnya rindu kat anak cucu je. So, balik lah ye. Tak kesah la giliran sape pun raya tahun ni. Janji balik kan. Mintak ampun jangan lupa tau. Sedekah sikit setakat yang mampu. Rumah compang camping berlendir sana sini tak usah la dikutuk dikeji. Kat situ jugaklah kita membesar kecik-kecik dulu kan.

Ok lah. Dah panjang sangat lah pulak. Apa pun, selamat memanfaatkan ramadhan yang berbaki dua tiga hari je lagi ni. Tak lupa jugak, selamat hari raya, maaf zahir batin :)