Pages

Thursday 21 April 2016

Aku dan kopi



Sejak bila aku suka minum kopi pun aku tak perasan. Rasanya sejak aku kerja di Klinik Kesihatan dulu. Ada sorang member aku ni hari2 kalau dia bercakap dengan aku bau kopi keluar dari mulut dia. Haha. Kuat minum kopi budak tu. Katanya dia dah biasa pagi2 bancuh kopi dulu secawan sebelum pergi kerja. Dia offer se peket kopi 3 in 1 kat aku untuk aku cuba. Aku ingat lagi tajuk kopi tu -- Coffee Super. Haha. Lepas ko minum terus ko rasa ko ada superpower. Boleh tengok patient 100 orang tanpa henti. Ok. Aku tipu je. Tengok patient 50 orang non stop pun dah rasa nak baling kerusi ke dinding.

Dulu aku tak suka langsung minum kopi. Lagi2 nescafe 3 in 1 tu. Sebab lepas ko minum tu, ko akan rasa selalu nak pergi toilet nak kencing (caffein kan diuretics). Aku suspek kandungan caffein dia tinggi (aku tak pernah cek pulak). Satu bab yang aku tak tahan adalah bau caffein yang semerbak lepas ko tinggalkan toilet tu. Siapa yang tak suka memang menyampah. Alah, macam ko makan petai sepapan dengan nasik berlaukkan sambal keli, sampai esoknya bau petai tu masih degil nak hilang. Menusuk hidung, menusuk kalbu, menusuk segalanya lah. 

Tapi kopi yang diperkenalkan oleh member aku ni (namanya M) berjaya membuatkan aku nak cuba kopi2 yang lain pula. Agaknya sebab bila aku ke toilet, bau caffein tak berapa kuat. Atau pun takde langsung. Kot? Lagipun kadang2 aku boring juga air apa aku nak bancuh bila tiba waktu rehat masa kerja kerajaan dulu. Asyik teh ais je boring juga khenn (tapi teh ais memang aku minum hari2 kot, terutamanya waktu lunch). Lepas tu aku mula ushar2 jenis2 kopi 3 in 1 yang ada kat shopping mall. Ada macam2 jenis, mahal ngan tak mahal je. Macam2 perisa pun ada juga -- caramel lah, latte lah, mocha lah, dan macam2 lagi. Kopi 3 in 1 macam ni tak menyebabkan aku susah nak tidur malam.


Ni lah kopi super yg kawan aku suka sangat tu. Tapi bagi aku rasanya biasa2 je. Agak cair. Aku suka kopi yang lebih pekat. Baru la ada feel. Haha (aku siap snap gambar harga, kes malas nak buang hehe).

Untuk cubaan pertama aku yang baru nak berjinak2 dengan kopi ni, aku beli kopi yang ini:



Sejak pertama kali aku beli premix white coffee ni, terus aku jatuh cinta. Haha. Bagi aku rasanya sedap dengan perisa hazelnut (ada perisa asli dan dengan campuran krimer juga). Satu lagi sebab secawan kopi tu aku dapat kopi yang pekat. Baru lah ada feel orang kata. Bila ko minum tu ko rasa bagaikan hari ni akan jadi berbunga2, ko akan kekal positif sepanjang hari, dan bersemangat waja. Haha (orang yang suka minum kopi akan faham perasaan aku, atau pun aku je yang hyperbola heaa). Maknanya, dah dekat 2 tahun juga aku setia dengan kopi ni. Ada la juga cuba beli yang lain. Tapi mana2 pun aku akan tetap beli yang ini juga. Ko faham tak apa aku nak cuba sampaikan ni? Hmm. Kopi ni murah je. Lupa la pulak berapa RM. Boleh intai sendiri kat supermarket.

Dulu kalau aku minum nescafe contohnya, malam tu mesti mata aku terkebil2 tak boleh lelap. Tapi sekarang tidak lagi. Ko minum pukul 9 malam pun, pukul 10.30 kalau dah mengantuk akan terlelap juga. Dah jadi addicted aku rasa. Agak kurang bagus di situ. Hmm.. Aku cuba kurangkan habit suka minum kopi ni, lebih2 lagi aku ni sedang menyusukan Nayla yg baru masuk 3 bulan lebih tu. Tapi aku cuba had kan pada satu cawan je sehari. Kadang2 selang sehari. Aku cuba minum kopi selepas aku mengepam susu untuk sesi pagi. Dengan harapan Nayla tak akan merasa susu umi berperisa coffee hazelnut. Kesian pula dia nanti. Aku ada terbaca minum kopi secara berlebihan boleh menyebabkan susu badan anda berkurangan. Tapi setakat ni, alhamdulillah susu masih maintain 15oz sehari untuk dua sesi mengepam (pagi dan tengahari). Ok la tu kan. Sekurang2 nya aku tak perlu campur susu formula lagi untuk Nayla (cita2 nak susukan dia sampai umur 2 tahun katanya. Doakan lah ye).

Aku memang suka kopi, tapi yang 3 in 1 sahaja. Agak tak bagus sebab kandungan gulanya tinggi. Aku teringin juga nak cari kopi yang biasa mak2 kita bancuh kat kampung tu. Tapi nak cari kat kedai runcit ni macam kurang yakin pula. Kopi Jantan lah, Kapal Api lah, Tongkat Ali lah. Takut pula aku nak mencuba. Haha.

Ok. Buat masa ni aku belum berniat untuk berhenti minum kopi sepenuhnya. Dah macam jadi habit perlu bancuh kopi hari2 waktu sarapan pagi. Cuma aku akan had kan pengambilan pada satu cawan sahaja sehari. Juga kena rajin gosok gigi, nanti lama2 gigi ko akan kuning2 bercapuk2 dengan caffein. Dah tak menawan senyuman ko.

Sekian cerita aku dan kopi. Bosan kan? Haha.



Wednesday 20 April 2016

Short getaway di Grand Lexis Port Dickson (17-18 September 2015)

Aku dan husband adalah laki bini yg sempoi je sebenarnya. Kalau sampai tarikh anniversary perkahwinan kami, jarang jugaklah kami nak beromantik macam pasangan lain. Haha. Paling cikai pun kami pergi dinner kat tempat konon2 exclusive sketla tapi bukan dinner berdua ala2 dating tu pun. Anak2 pun kami angkut sekali haha. Apatah lagi nak bagi surprise bunga ke, memang tak lah. *hint sket kat husband kot2 la dia nak bagi bunga pulak tahun ni khennn. Haha.

Sempena wedding anniversary kami yg ke 5 tahun lepas, aku cuba nak buat kelainan sket la. Pergi la 'honeymoon' sekali sekala tapi bawak anak2. Haha. Anak2 mana boleh tinggal kalau nak berjalan. Macam selfish la pulak kan. Destinasi pilihan kami kali ni adalah Grand Lexis Port Dickson. Dah lama juga berangan nak ke sini. Cuma fikirkan bajet yg agak kurang kami tangguhkan. Jadi, bila dah ada peluang (lagipun suami yg nak belanja haha) kami pun cepat2 booking hotel takut penuh pulak sebab tarikh yg kami nak pergi tu hampir weekend. Teringin nak ke sini salah satu sebabnya kerana disediakan private pool setiap bilik. Anak2 aku pulak memang suka sangat main pool ni. Jadi, memang diorang sangat excited lah (termasuklah mak ayah dia ahaks). 

Laki aku book hotel melalui agoda je. Banyak pilihan bilik yg boleh kita book, ikut preference kita lah. Sama ada above the sea, garden living ataupun sky living. Harganya pun memanglah lain2. Memandangkan kami 4 beranak, laki aku pilih Executive Pool Villa (above the sea) yang menyediakan 2 katil king. Seronok sket anak2 aku nak bergolek. Kalau anda pergi berdua je, boleh ambil Deluxe Pool Villa yang menyediakan satu katil sahaja. Ok la kan. Bilik yang kami book harganya untuk 1 malam adalah RM700++. Agak pricy sebenarnya tapi hidup ni tak boleh la nak kedekut sangat haha. Sekali sekala apa salahnya kan. Asalkan anak2 gembira. At least korang dah pernah merasa. Lepas ni tak payah pergi dah haha.

Kami cuma ke sana 2 hari 1 malam je. Cukuplah kan. Pergi lama2 duit pun banyak terbang nanti haha. Pagi 17/9/2015 tu kami bertolak ke PD lebih kurang jam 9 pagi. Masa tu anak masih dua. Baby masih dalam perut haha. Kami sempat singgah di Restoran Asam Pedas Selera Kampung di bandar Melaka untuk makan tengahari. Memang sedap asam pedas kat situ tapi bagi aku makanan dia agak mahal. Mungkin sebab tempat tu dah popular, pernah masuk JJCM TV3. Bila dah kenyang kami terus ke PD. Kalau ikutkan waktu check in adalah jam 3 petang. Kami tiba di sana lebih kurang jam 2 lebih, alhamdulillah dah boleh terus check in. 

Setelah selesai urusan check in, kami dibawa ke bilik hotel dengan menaiki buggy car, free sahaja. Sampai saja di bilik, bila masuk terasa terus excited bila nampak private pool. Cuma Sofiya agak cuak bila aku buka pintu yang mengadap pool tersebut, cuak takut umi terjatuh dalam tu (Sofiya ni memang jenis yg protective). Haha. Siap jerit larang umi bukak pintu tu besar2. Sofiya oh Sofiya. *geleng kapla.
Tengok Sofiya tu berair je mata. Lydia pulak macam biasa cool dan happy haha.

Masuk bilik terus mengadap pool ni. Agak luas. Memang syok la nak mandi manda. 

Bilik dia memang luas. Pantry pun besar. Ada microwave utk panaskan makanan. Kalau datang ramai2 pun boleh kot, bawak toto sendiri tidur bawah. Bukan nak tidur sangat pun kan tapi nak main pool haha. Bilik ni ada 2 katil king. Taknak buang masa, aku kerah anak2 salin baju dan siap sedia terjun pool. Sofiya dah cool sket. Dah tak nangis dah haha. 

Ok. Sekarang dia pulak yg terlebih excited. Haha

Dah nampak kat situ sape yg excited sebenarnya. Bapaknye lah. Haha. Lydia pulak yg cuak. Siap nangis2 taknak masuk air. Lagipun airnya sejuk sangat kot. Part tu yg tak best. Nak berendam lama2 pun menggigil.

Lydia tengah nangis tu. Kesejukan. Haha.

Ok. Excited beno bapaknya haha. Sofiya akhirnya main tepi2 tu je. Walaupun dah ada pelampung. Sejuk sangat katanya.

Abah tengah feeling2 sengsorang

Dah kesejukan ada disediakan air panas untuk bilas badan. Habis nampak tulang serangka anak aku haha. Ada tingkap kecik di situ tapi tak rasa orang luar boleh nampak.

Naik duck pun kat tepi2. Sofiya oh Sofiya

Lydia masa ni dah kesejukan. Aku mandikan terus dan pakaikan baju tidur. Sedap dia berbungkus dalam selimut. Haha

Masa ni dah hampir jam 6. Semua dah naik dan tukar baju. Yg bestnya ada cermin kaca ni. Boleh ushar2 air laut kat bawah. Untung2 ada ikan paus muncul. Lambai ajelah. Hahah


Ok. Tiba masa nak keluar cari tempat makan pulak. Perut dah lapar. Kami jalan je ke kereta yg di park di tingkat atas.

Otw ke kereta ternampak pulak playground yg ada pool jugak ni. Excited la anak2 aku. Sofiya siap ajak mandi lagi.

Posing jap. Belakang tu above the sea punya bilik.
Nampak tak keterujaan di situ. Haha
Dah2. Jomla kita gi isi perut dulu

Kami pusing2 bandar PD. Tak tau pun nak makan kat mana sebenarnya. Pusing punya pusing kami pun singgah je di salah satu cafe di tengah2 bandar PD. Che Det Cafe namanya. Kami makan masakan goreng2 je. Boleh la buat isi perut. Siap tapau lagi nasi goreng untuk breakfast esok (sebab pakej kami tiada breakfast). Ok la kan. Dah siap makan semua dalam jam 8 lebih. Kami pun gerak balik ke hotel.

Pemandangan hotel pada waktu malam
Setibanya kami di hotel, kami ronda2 dulu kawasan sekitar. Agak2 dah penat kami pun balik ke bilik sendiri dan tak lama lepas tu kami terus tidur aje. Sape2 yang hati kental boleh tahan sejuk melampau bolehlah terjun masuk kolam balik. Ko dah bayar mahal2 kan, apa ada hal. Haha. Tapi kami memilih untuk tidur je. Anak2 dah kepenatan. Selimut pulak melambai2. Haha. Tidur ajelah.

Esoknya selepas solat subuh, anak2 dah bangun, kami bawak diorang ke playground semalam. Dah janji katanya. Lagipun air tak sejuk macam dalam bilik kan.

Lydia buat muka selenge dia

Awal lagi, so orang tak ramai. Sofiya pulak main tepi2 je. Dah angkut duck pun taknak mandi betul2.

Si kecik dah sejuk

Muka tu jangan nak poyo sangat Lydia haha

Balik bilik diorang terjun lagi sekali masuk pool. Yela dah nak check out kan. Mainla dulu puas2. Macam biasa la budak2 ni, abah pulak yg kena dukung ahhaha.

Ok, dah sampai masa nak check out. Kita posing dulu.

Call je buggy bagitau no bilik. Nanti diorang datang pick up.

Kami check out dalam pukul 12 tengahari. Banyak lagi destinasi nak kena pergi masa tu. Kebetulan ada urusan di Putrajaya hari sabtu 19/9/16 tu. Jadi, alang2 kami singgah di Ikea Damansara cuci mata (tempat wajib kalau ke KL). Cuci mata jela sebab anak2 dah tantrum. Haha. 

Kesimpulan daripada percutian pendek kami kali ni-- ok la, puas hati, sekadar untuk spend time bersama suami dan anak2. Takdela terperap je kat rumah. Sekali sekali menggembirakan anak2 pun seronok juga. Bagi aku, Grand Lexis PD lagi seronok kalau air kolamnya tak terlalu sejuk. Boleh la kita nak bermandi manda dengan lebih tenang orang kata, tak perlu nak menahan kesejukan yg melampau. Tapi yelah, dah nama private pool dalam bilik beraircond, sudah tentu perkara sebegitu tak dapat elak. Kalau diberi peluang untuk pergi lagi sekali ke sini, mungkin aku akan pilih bilik yg mana pool nya terdedah dgn cahaya matahari (kediaman jenis sky living). Tapi kita kaum perempuan ni la yang kena jaga aurat pulak sebab pool nya terdedah dgn pandangan orang luar, tapi masih di dalam bilik. Tapi ok la untuk anak2 dan orang lelaki :))



Monday 18 April 2016

Pengalaman bersalin anak ke 3 (Nayla) secara Caesarian section -- part 2

Entri ini adalah sambungan entri yang sebelum ni.

Kalau anda baca entri sebelum ni, memang banyak ujian yg aku hadap dari awal mengandungkan Nayla sampai la bersalin. Belum lagi masuk ujian masa berpantang. Haha. Memang agak tragis. Tapi takpe. Aku redha. Anggap je ujian tu semua tanda Allah sayangkan kita untuk uji tahap kesabaran dan keimanan kita. 

"ketika Allah mencintai seorang hamba, Dia memberi ujian/ cubaan agar Allah mendengarkan rintihannya" HR Baihaqi

Ok kita sambung cerita.

Selepas balik daripada wad 2 hari bersalin, cuma suami aje yang ada bersama aku masa awal2 berpantang. Sofiya dan Lydia pergi school/ rumah babysitter. Mak aku belum sampai dari Terengganu, tunggu Kaklong aku cuti sekolah (weekend). So jumaat depan tu baru diorang datang (aku bersalin 1/1/16, mak aku datang 8/1/16). Seminggu jugak aku dan suami je ada kat rumah. Dengan nak kena masak lauk pantang, jaga baby, mandikan baby, susukan baby. Dengan aku nak kena jaga luka c-sect yg perit2. Agak seksa masa tu. Haha. Alhamdulillah laki aku ada, boleh tolong masak nasi, panggang ikan dan buat benda2 simple yg lain. Tapi aku macam biasalah. Kadang2 rasa tak boleh duduk diam. Nampak laki aku terkial2 kat dapur aku rasa nak tolong jugak buat benda2 simple. Rumah bersepah sangat aku pun terasa nak kemas sebab mata serabut tengok. Haha. Orang dalam pantang kena duduk diam je tapi aku tak. Degil sangat sebab tu la luka aku dah seminggu pun masih perit2 dan sakit bila bergerak.

Sampailah hari khamis (7/1/16), masa mandi aku perasan panty aku sedikit basah. Eh? cecair apa pulak ni? Dah risau sket masa tu. Bila aku belek2 luka c-sect aku, ada 1 lubang kecik dalam 0.5mm je, bila aku tekan sket ada yellowish discharge keluar. Aku agak risau juga sebab takut ada infection sebenarnya. Tambahan pulak luka aku masih merah (inflammed) dan sakit2. Nurse datang visit keesokan harinya, dia bekalkan aku gauze dan micropore, dan nasihatkan aku jumpa MO kalau discharge makin banyak. Bila aku tampal gauze dekat luka tu, agak cepat jugak dia soaked dgn yellowish discharge tu. Aku siap tekan2 lagi untuk keluarkan air. Risau takut infection makin teruk. 

Masalah aku belum lagi selesai, Nayla pulak hari ke 3 kuning dah naik. Pertama kali cek AOB 8.6 mmol/dL. Ok la lagi. Kena cek lagi lusanya, makin naik pulak jadi 11. Hari jumaat 8/1/16 (hari mak dan kakak2 aku sampai), AOB naik tinggi sangat sampai 14.5. Dah malam tu kena admit wad pulak untuk phototherapy. Dengan aku yg tak sihat sepenuhnya lagi (luka berair) kena stay sekali dengan baby kat wad (Hosp Kulai). Alhamdulillah diberi bilik sorang je dgn baby tak perlu share dengan orang lain. Privasi la sket. Tapi esoknya Nayla dah boleh discharge bila AOB turun jadi 11. Aku pun susukan baby dengan kerap. Cuma Nayla ni berak tak banyak. Jarang2 sangat. Kadang2 3 hari sekali baru berak. Sebab tu kuning dia degil sangat nak turun.

Kesian kena duk bawah lampu

Hari ahad (10/1/16), kami pergi lagi ke KK Kulai utk cek AOB Nayla dan aku nak jumpa MO sekali nak bertanyakan tentang luka aku yg aku rasa makin teruk (discharge makin banyak, pastu ada rasa gapping bila tekan). Aku masa tu dah on antibiotics (dapat hari khamis sebelumnya). AOB Nayla turun sket je 9.8 dan perlu cek lagi lusa nya. Tiba giliran aku diperiksa MO, dia kata memang ada gapping dan dah jadi wound breakdown. Terkejut aku. Risau sangat masa tu. Dia minta kebenaran aku utk open up the skin yang still intact tu untuk tengok lapisan bawah kot2 ada nanah (pus). Bukak jela... aku masa tu redha je dah pasrah. Haha. Bila dia gunting luka aku sampai ke hujung, mak aihh, memang ternganga terus lah nampak isi daging. Ada la lebar lebih kurang 3cm dan panjang 5cm dengan kedalaman gapping tu 3cm. Korang boleh bayangkan tak betapa besarnya gapping aku tu. Agak ngeri bila tengok. Cuma syukur sangat sebab bila dressing tak berapa sakit. Kata nurse yang cuci tu memang ada nanah sket tapi tak banyak sangat. Masa tu aku rasa macam tak percaya kenapa benda ni boleh jadi kat aku. Camane aku nak hidup dengan luka besar terbukak macam tu. Haha. Aku balik dan disuruh dressing sendiri dengan normal saline secara kerap. Aku mampu buat 2 kali sehari je pagi dan petang. Luka tu aku tak tunjuk siapa2 sebab aku tengok sendiri pun mengerikan, apatah lagi orang lain. Haha. 

Esoknya, aku dirujuk terus ke Gynae HSA. Setelah diperiksa, aku diberikan antibiotik yg lain (augmentine) dan diminta untuk meneruskan normal saline dressing 3 kali sehari. Appoinment seterusnya adalah isnin depan. Dalam pada aku perlu menjaga luka aku yang dah terbuka tu, aku masih lagi perlu ke KK untuk cek AOB Nayla. Selang satu hari. Memang AOB Nayla kejap naik kejap turun. 10-11 mmol/dL. Kesian sangat dia banyak kali kena prick dekat tumit kaki. Nak buat camane, dah terpaksa. Haha. Berak sangat kurang. Tapi alhamdulillah najis kuning macam biasa. Cuma asyik tidur jela si Nayla ni. Biasa la budak kuning memang camtu. Macam2 kami cuba petua untuk turunkan kuning-- mandikan dengan herba cina, bagi air anggur, aku pulak minum susu kambing dan sebagainya. Tapi masih lagi statik AOB dia. Sampaikan aku dah takut nak makan herba2 seperti lada hitam, kunyit, pati haruan (padahal untuk luka). Aku cuma makan ikan haruan panggang yg dilumur dgn garam je hari2 (sampai dah nak termuntah haha). Ikan haruan banyak2 tu pun free je kawan laki aku bagi. Banyak pulak tu. Jenuh pulak nak habiskan. Haha. Tapi bila terkenangkan luka, aku makan jela dengan pasrah. Haha.

Peneman setia. umi penat pangku, abah pulak ambik turn

Sampai masa check up seterusnya (18/1/160, aku perasan luka aku dah makin bersih dan cantik. Tisu2 baru (granulation tissue) dah mula tumbuh. Check up minggu sebelumnya banyak slough2 dan pus. MO tu ada offer untuk secondary suturing (jahit semula) tapi aku refuse. Risau wound akan breakdown semula. Haha. Knowing me yang agak renyah ni, tak mustahil luka tu akan terbuka semula. Aku rela tunggu dia cantum sendiri biarpun akan memakan masa yg lama. Disebabkan luka dah makin elok, aku diminta buat Kaltostat Dressing (aku beli kat pharmacy). Kaltostat dressing perlu ditukar 3 hari sekali ataupun kalau dressing tu dah leaking. Seingat aku aku buat 3 kali saja sampai next appoinment (25/1/16). Amazingly memang kaltostat ni banyak membantu speedkan wound healing process. Luka aku dah merapat 2 kali ganda masa appoiment 25/1/16 tu. Siap ada overgrowth (kes terlebih guna kaltostat). Aku stop guna kaltostat bila luka dah merapat (cantum), tinggal dalam 1cm lebar dan 4cm panjang lebih kurang. Tu pun overgrowth of granulation tissue. Mereka pesan kalau overgrowth tissue tu tak epithialized, mereka akan proceed dengan remodelling (mungkin mereka akan trim sket2 tisu2 terlebih tu haha). Dua tiga hari lepas tu, aku perasan overgrowing tissue tu masih tak epithialized (jadi kering merapat then jadi skin terus). Aku dengan gamblenya ambik gunting sendiri (cuci dulu bersih) dan aku trim tisu yang terlebih2 tu sampai rata (agak berdarah2 juga haha tapi tak sakit pun). Amazingly lepas beberapa hari, tisu tu dah mengering (epithialized) dengan bantuan normal saline dressing yg konsisten. Dan alhamdulillah tepat 2 bulan luka c-sect aku dah sembuh sepenuhnya. (Luka dah cantum masa sebulan tapi masih belum kering, perlu dilapik dengan gauze lagi masa tu). Syukur yang amat proses wound healing tu tak mengambil masa yang terlalu lama (aku ada google dan terbaca cerita2 wound breakdown ni, ada yg makan masa 4-5 bulan untuk totally healed). Cuak juga aku. Takut nanti kena extend cuti, dah gaji takde pulak kang haha.

kadang2 mak aku pun ikut kami check up. bosan duk kat rumah katanya

Habis cerita wound breakdown aku. Kalau ada yg pernah mengalami situasi ni memang tak boleh lupa. Trauma kot nak bersalin secara c-sect lagi. Jaundice Nayla pulak sampai sebulan (masa dia inject sebulan tu pun AOB dia masih 9.5). Salah satu faktor adalah sebab Nayla ni borderline prem (36 weeker) dan aku pulak blood group 0+. Sampaikan terpaksa work up untuk prolonged jaundice. Banyak botol darah kena ambik untuk pastikan dia takde penyakit2 yg menyebabkan prolonged jaundice ni (contohnya thyroid, urine infection, TORCHES etc). Tapi alhamdulillah result dia semua ok, normal saja. Syukur pada Allah. Lepas sebulan tu pun kulit dia masih kekuning2an. Tapi tak lama lepas tu dah cerah macam biasa. Haha. Dugaan betul pantang kali ni. Cuma agak kesian kat laki aku setiap dua hari sekali dia kena ambik off petang utk hantar anak bini pegi check up. Terima kasihlah suamiku. Tanpa dia, agak susahla aku sebenarnya haha. I love u lah. 

Day 20. masih nampak kuning. tgk tu abah penat ulang alik

Kalau diberi pilihan untuk bersalin normal atau c-sect, memang aku akan pilih normal je. Sakit bersalin masa tu je. Bila dah keluar baby, zassss sakit tu hilang terus macam tu je. Luka bahagian bawah tak besar mana, dan tak melibatkan lapisan yang tebal berbanding luka c-sect. Baik pun cepat. 

Tips untuk korang (juga pengajaran buat aku) yang bakal bersalin c-sect:

1. kita jangan nak renyah2/ kasar2 sangat buat itu ini. Rehat je jaga baby. Kerja rumah biarlah orang lain yang buat. Sebab tu penting untuk ada pembantu (contohnya mak kita), sebab mak kita boleh tolong masakkan untuk kita. Terima kasih mak. Mak aku datang jaga aku masa pantang lebih kurang 3 minggu. Kena ada orang jaga kita lebih2 lagi kalau kita dah beranak pinak. Mana nak uruskan anak yang lain lagi kan. Memang agak susah kalau pantang sendiri.
2. kena pastikan luka sentiasa kering dan bersih. Lepas mandi anginkan dan lap bersih2 dengan kain bersih.

3. jangan gatal tunduk bangun tunduk bangun kemas rumah semua. Sepah pun sepahlah. Kalau susah kita juga yang menanggung. Masak2 tu bagi je orang lain yg buat.

4. nak ketawa, bersin, batuk, cuba ambil bantal dan tekan kawasan luka kita supaya tekanan tu tak keterlaluan. Kalau sakit sangat boleh ambik painkiller.

5. kalau jalan jangan terlalu laju, luka masih baru (sekurang2nya dalam minggu pertama)

6. jangan angkat barang yg lebih berat dari baby kita. Kalau ada anak lain yang mintak dukung jangan layan ye. Haha. Bakul kain lagi la jangan. Berat kot lagi2 kain yang perlu dijemur.

7. kalau rumah 2 tingkat, jangan gatal nak naik atas pulak. Pantang je kat bawah. 40 hari la kau duduk bawah ye haha.

8. kalau baby kuning tak tinggi ataupun cepat turun, boleh makan pati ikan haruan untuk cepatkan penyembuhan luka (aku sempat minum sebotol je, ada lago 5 botol kat rumah, sape nak pm. haha. Tapi memang tak sedap euwww). Ada ikan haruan makan je hari2 pun takpe. Macam aku dekat 3 minggu jugak mak aku masak ikan haruan. Kalau tak panggang, sup kan aje. Sedap lah juga haha (telan jela tak sedap pun).

9. jangan keluar rumah sangat/ drive kereta sendiri sebelum luka belum betul2 sembuh. Macam aku tak boleh la kan. Selang saru hari kena gi KK. Tapi laki yang bawakkan lah. Aku dukung baby je. 
10. korang ada tips lain nak kongsi? boleh tulis di ruang komen. Mana tau bermanfaat untuk orang lain.

mekaseh mak jaga saya masa pantang

Kalau korang berjaya khatamkan entri aku ni, mesti korang dapat rasa kepayahan aku sejak awal mengandung seterusnya bersalin dan berpantang. Haha. Tragis kan. Huhu. Memang Allah nak uji kami anak beranak. Tapi alhamdulillah kami berjaya lalui tanpa sikit pun penyesalan. Nayla pun sekarang dah masuk 3 bulan lebih, makin sihat budak tu. Minum susu banyak. Nangis pun banyak jugak. Haha. Takpela nakk, asalkan tak sakit2. Umi sekarang pun dah sihat sepenuhnya, dah kerja sebulan lebih dah haha. Alhamdulillah still fully breastfeed my baby. Cita2 kali ni biarlah rezeki Nayla menyusu sampai 2 tahun. Tu yang umi gigih pam hari2 buat stok. Umi pun dah planning baik punya (inject depo la kali ni) yela risau takut sangkut sorang lagi. Haha. Seronok dapat baby, tapi kalau baby dah rapat2, semua masih kecik risau tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya pulak nanti. Tunggu lah lagi 3 tahun ke, cuba dapatkan baby boy pulak (dapat baby girl lagi pun ok je). Dapat je boy, umi tutup kilang terus. Hahaha. 

Ok lah. Sebelum aku membebel sampai ke siam sana baik aku berhenti. Terima kasih sudi baca. Doakan anak2 aku sihat semua ya :))

time diorang tido ni lah rasa dunia ni aman kejap. tapi KEJAP jela hahaha.

suami yg sentiasa bersama susah senang. muah ciked bang. haha




Sunday 17 April 2016

Pengalaman bersalin anak ke 3 (Nayla) secara Caesarian section -- part 1

Pengalaman mengandung, melahirkan serta berpantang anak ke 3 kami iaitu Nayla sangat mencabar. Dari awal mengandung lagi aku telah diuji dgn mual2 & mabuk yg agak teruk. Masa tu bulan puasa 2015. Dah kena tinggal puasa 5 hari sebab tak tahan menggigil kelaparan serta tiada tenaga (sebab muntah). Buka puasa pun ala kadar disebabkan tiada selera. Ada sekali tu aku cuma buka puasa dgn 3 sudu nasi goreng kampung. Minum air je banyak. Kes tekak langsung tak boleh terima. Sampaikan waktu raya aku dah kurus kering (lost almost 5kg). Dahla memang pada asalnya aku memang dah kering kerempeng. Apala nasib. Haha. Seddeyyyyy.

very the small

Kemudian, apabila masuk bulan ke 3 kandungan (masa tu morning sickness dah berkurang), aku mengalami bleeding. Seingat aku masa tu aku tengah baring tidur atas sofa depan TV. Tiba2 rasa macam ada something keluar (hmm aku suspect keputihan je). Bila aku bangun berdiri nak masuk ke bilik (Lydia nangis baru bangun tidur), perasan ada benda meleleh ke lantai. Sah. Darah merah menitik2 kau. Dah kenapa kan? Risau juga aku takut abortion. Tapi perut takde sakit pulak. Malam tu kami pergi scan. Aku ingatkan memang baby dah takde. Alhamdulillah masih ada, heartbeat masih elok & follow date macam biasa. Cuma macam ada artefact sket dekat plasenta yg aku pun tak tau apa. Doktor yg scan tu pun kurang pasti apa benda tu. Last2, kami pergi check up di Klinik Pakar Perdana. Katanya tu adalah 'Subchorionic Hematoma"-- sejenis bleeding di bawah placenta disebabkan ketidakseimbangan hormon. Masa tu aku masa menyusukan anak kedua aku iaitu Lydia (tapi susu dah berkurangan sejak pregnant 3rd baby). Lydia masa tu baru setahun 3 bulan. Aku dinasihatkan utk stop breastfeeding serta merta. Sedihla juga. Baru ingat nak cukupkan 2 tahun menyusu. Hasrat tak tercapai. Takpelah, dah sampai setahun lebih fully breastfeed tu pun dah cukup bagus. Nasib baik waktu tu Lydia dah boleh terima susu formula sikit2. Tapi malam2 dia masih nak ngempeng--lepas gian orang tua kata. Haha.

subchorionic hematoma, pendarahan bawah uri

Bleeding tu cuma sekali je. Alhamdulillah takde subsequent bleeding. Sampaila kandungan aku masuk 32 minggu, aku bleeding lagi sekali. Perasan masa bangun subuh, toilet bowl merah dengan darah (masa buang air kecil). Dah kenapa pulak kan. Kandungan dah besar, scan sebelum ni plasenta elok aje upper segment. Petang tu terus aku ke klinik pakar yg sama. Selepas scan dan make sure baby dan placenta ok takde masalah  (no more subchorionic hematoma), dia proceed dgn speculum examination pulak. Agak memalukan bila doktor lelaki cek kawasan bawah kita tapi nak wat camane. Redha aje lah. Rupa2nya terlalu banyak vaginal discharge yang menyebabkan cervix aku fragile dan subsequently cause bleeding. Aku diberikan supp miconazole dan antibiotics. Alhamdulillah lepas daripada tu dah takde bleeding.

Sampaila kandungan masuk 35 minggu, aku leaking pulak (pecah ketuban). Bangun je dari katil pagi tu nak solat subuh rasa macam ada gush of water keluar sampai lencun kain aku. Memang aku tau tu sah2 leaking. Kalau terkencing kita akan rasa dan of course ada bau hancing. Keputihan pulak takkan sampai banyak sampai lencun. Air ketuban ni dia clear dan takde bau. Masa tu hari jumaat. Petang baru aku ke hospital (aku dah prepare baju siap2 in case kena warded). Selepas diperiksa (speculum, VE), memang betul aku leaking (positive cough reflex). Aku kemudian di scan. Air ketuban aku masih ok (AFI=11), cuma apa yg mengejutkan dan membimbangkan aku adalah kedudukan baby aku songsang! (breech). Dah bila pulak dia pusing2 sebab serial scan sebelum ni semua ok (cephalic). Redha jela memang aku tak tau nak kata apa. Aku kena admit utk further monitoring--sebab kalau continue leaking tambah pula ada sign of infection (chorioamnionitis) aku mungkin akan dibedah segera (emergency caesar). Kena pulak inject dexamethasone (2 dos) utk matangkan paru2 anak. Cuma aku takleh lupa IM Dexa sakit memang tahap nak tercabut bontot. Sakit gila dowh. Huhu. Tobat taknak dah. 4 hari jugak aku mundar-mandir di wad. Bosan gila dah tahap sawan. Haha. Kesian laki aku petang2 bawak anak2 datang melawat. Hari ke 4 bila dah 3 hari berturut2 takde leaking (sebenarnya ada je sikit2 tapi aku auta haha), CTG ok, takde contraction, scan oleh pakar pun ok (AFI masih 11), aku dibenarkan utk discharge. So hari Rabu aku balik rumah (memang gembira tak terkata lah haha). Aku sambung MC dan diberi rehat sampai Isnin depan utk next check up.

masa diorang dtg visit umi kt wad. tgk umi tu muka sedih je haha.

Dalam 3 hari aku bersuka ria kat rumah, sampai lah hari jumaat 1 Januari 2016 (new year), aku rasa lain macam. Lain macam tu macam sakit perut tapi macam tak pasti sakit perut contraction nak beranak ke? Haha. Serius lain sakit dia compare dgn anak pertama dan kedua aku. Siap pagi tu kami sempat lagi bawak anak2 mandi kolam kat Taman U. Aku ada cakap kat laki aku, "bang, rasa macam dah sakit perut la, tapi boleh tahan lagi". Dia dah cuak jugak. Haha. Tapi aku maintain je buat macam takde apa2. Boleh ketawa2 lagi tengok anak seronok mandi kolam. Balik tengahari tu kami singgah tapau nasik kat Lubuk Selera je. Nak masak macam tak larat. Lepas laki aku solat jumaat, aku duk depan TV sambil tengok cerita hindustan (Kabhi Khusyi Kabhi Gham), sambil makan nasik bungkus berlaukkan sambal ikan keli. Dalam pukul 3 macam tu aku rasa sakit perut aku dah lain macam, macam ditarik2 pinggang aku. Sah memang contraction pain la ni. Terus aku cakap kat laki aku "bang, dah sakit sangat ni tak tahan". Sambil cakap sambil keluar air mata. Haha drama. Dah memang sakit nak wat camane. Heeee. Sampaikan nasik pun tak sempat habis. Terus kami siap2 barang2 nak ke hospital. Anak2 macam "eh baby umi dah nak keluar ke?" haha. Anak2 kami mintak tolong kakak ipar aku jagakan. Nasib baik rumah dekat.

sempat lg layan anak main kolam sebelum beranak haha

Sampai je kat HSA, aku naik ke screening room utk ibu mengandung. Ramaila plk patient masa tu. Lama jugak aku mundar mandir depan kaunter. Sampai terkeluar juga air mata menahan sakit. Haha. Drama lagi. Show dah keluar masa tu. Aku memang tak putus2 doa janganlah aku terberanak kat situ. Lama jugak nak tunggu aku dipanggil dan diperiksa. Selepas CTG dibuat, aku diperiksa oleh HO utk step seterusnya iaitu VE check. Malangnya HO ni HO baru kot (mungkin sedang tagging). VE dibuat beberapa kali tapi masih tak dapat dipastikan bukaan Os. Akhirnya MO diconsult (MO yg sama yg scan aku masa leaking minggu lepas). Dia kenal aku. Bila dia yg buat VE, terperanjat semua orang (of course aku la terutamanya) sebab katanya bukaan dah 8cm, dapat rasa dua kaki baby kat bawah. MasyaAllah, footling breech in labour-- satu emergency yg memerlukan c-sect dilakukan secepat mungkin--kalau tak baby boleh keluar (kaki dulu) yg boleh menyebabkan cord prolapse. Keselamatan baby adalah priority saat ini. OT terus dinotify, aku terus menjadi tumpuan nurse2 dan HO2, segala borang yg perlu disign aku sign. Mereka panggil laki aku tapi laki aku pergi daftar agaknya, takde kat luar. Tak sempat bersalamaan dan mintak ampun dgn dia sebelum aku ditolak ke OT. Sedikit sedih di situ. Aku agak cuak sebenarnya. Walaupun aku mempunyai pengalaman berada di OT tapi situasi kali ni berbeza. Dulu aku seorang doktor, sekarang aku adalah pesakit.

Sampai saja di OT, aku diterangkan oleh MO anaest yg situasi aku sekarang memerlukan aku dibius penuh (GA), memandangkan os sudah 8cm. Tapi aku refuse sebab aku agak takut dibius penuh. Takut bila aku ditidurkan, aku tak berjaya dibangunkan. Haha. Paranoid. Takpe kata MO tersebut. Setelah aku sign itu ini, diterangkan risiko2 spinal yg bakal dilakukan, aku dipindahkan ke katil OT. Aku didudukkan dgn bantuan (sambil tahan contraction pain yg makin menggila), belakang aku dicucuk & dimasukkan ubat bius (prosedur biasa utk spinal anaesthesia). Nasib baik aku kurus orangnya, so agak mudah la proses tu. Selesai sahaja, aku dibaringkan dan disiap2kan utk proses utama iaitu c-sect. Alhamdulillah, MO yg operate aku tu MO perempuan, HO nya juga perempuan. Cuma PPK saja seorang lelaki. Takpela dah emergency apa nak buat. Tak lama kemudian aku rasa kaki aku kebas, cuma rasa org pegang2 dan sentuh2 saja. Tapi sakit takde. Skrin dibentangkan di depan muka aku. Aku cuma dengar orang bercakap2, dan masih dapat berkomunikasi dgn MO anaest dan staff nurse yg sekali sekala memperbetulkan IV Drip aku. Kadang2 aku rasa urat2 kepala aku sakit (normal, spinal headache namanya). Selepas beberapa ketika, baby aku selamat dikeluarkan pada jam 1st januari 2016 jam 5.45 pm. Selepas dibersihkan nurse tunjukkan baby pada aku--baby girl, sihat alhamdulillah, sempurna sifat, berat 2.6kg. Syukur yg amat. Proses selepas itu (keluarkan darah beku dan jahit lapisan2 uterus dan abdomen seterusnya skin) tidak mengambil masa yg lama. Operation tersebut memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Setelah selesai, aku dipindahkan ke recovery room. Aku diberitahu baby terpaksa ditahan dia SCN buat sementara untuk close observation (sedikit tachypnoiec with accessory muscle use). Ok takpe asalkan baby aku takde apa2. Keadaan tersebut biasanya sekejap je. Selepas 30 minit di recovery (aku dah boleh angkat kaki sikit2, luka c-sect langsung belum terasa sakitnya--biasanya selepas 4-6 jam baru akan terasa bila bius tu slowly hilang). Aku ditolak ke wad bersalin kelas satu dan diletakkan di bilik berdua. Mana laki aku ni tak sampai2 haha. Macam tu la setiap kali bersalin. Mesti lambat nampak batang hidung dia. Haha. Dalam pukul 8.30 pm baru laki aku sampai. Katanya dia pergi potong rambut sebab ingatkan operation aku lama. Haha cess. Kemudian dia pergi ke SCN utk melihat baby. Jangan lupa ambik gambar sekali, pesan aku. Haha. Yela tadi pun sekejap sangat aku tengok muka baby baru aku tu. Baby sihat katanya cuma nurse pesan supaya aku memerah susu utk diberikan pada baby. Perah punya perah, ada la colostrum kuning dalam 2ml je dapat. Haha. Bolehla tu daripada takde. Malam tu aku tidur berseorangan sebab baby mash di wad. Suami perlu balik sebab ada 2 lagi anak kat rumah. Haha.

day 1. baru sampai dari wad SCN

Pagi esokknya, aku dah mula bangun perlahan2. Sakit c-sect dah terasa perit dan sengal sebab kesan bius pun dah hilang sepenuhnya. Dalam tengahari, saluran kencing (CBD) pun ditanggalkan sebab aku dah ambulate (perit sangat pakai CBD, nak bergerak pun sangkut). Tengahari tu laki aku datang lagi dan aku dibawa menaiki wheel chair ke wad baby. Comel je baby kena balut dgn lampin hospital dan selimut hospital. Kesian nya anak aku haha. Aku cuba menyusukan baby tapi dia asyik tidurrr je. Dah stimulate pun sama je. Petang tu baby dah boleh discharge kata nurse. Aku balik ke wad aku. Dalam pukul 6.30 pm baru baby dihantar ke wad aku. Malam tu aku bermalam bersama baby. Sekali dua saja dia bangun untuk menyusu. Tapi biasa la kan, awal2 ni baby masih belum pandai sucking. Cuba masukkan jari utk stimulate sucking reflex dia, kata nurse. Alhamdulillah lama lepas tu dia makin pandai suck.

otw balik rumah. dah nampak kuning2 sket

NAYLA BT MOHD FAIZAL
Petang esoknya tu aku dibenarkan discharge (hari kedua). Masa balik tu aku dah nampak anak aku sedikit kemerah2an (mungkin esok lusa akan jaundice). Huhuhu. Sampai je rumah, ambik anak2 aku, excited jugak diorang dapat adik baru. Alhamdulillah Lydia tak jealous tengok umi pegang baby. Cuma agak risau nak jaga luka c-sect. Sebab anak2 kadang2 suka terjah2. Nak ketawa, bersin, batuk pun seksa tahan perit luka c-sect. Mak aku lepas seminggu baru sampai dari Terengganu utk jaga aku masa pantang. Maknanya seminggu pertama tu cuma aku dan suami je ada, so aku buat jela apa yang patut. Nampak rumah berselerak geram nak kemas. Nampak laki kelam kabut masak geram nak tolong. Sebab tu la agaknya terjadi komplikasi yang mengerikan dengan luka c-sect aku. Anda nak tau apa yg jadi? Aku akan cerita di entri seterunsya. Nanti cerita sini panjang2 dah macam novel pulak. Haha.

Ok. Nantikan kisah berpantang aku yg agak tragis. Haha.

3 baby girls umi :)

Thursday 14 April 2016

Sotong Goreng Kunyit Mudah, Cepat & Sedap


Aku suka masak menu ni kalau rasa malas nak masak banyak dua tiga lauk. Kalau anda tengah penat baru balik kerja, tapi malas nak beli makan kat luar (yela bosan juga kan asyik order luar), mana nak layan anak2 lagi-- menu ni adalah salah satu menu termudah, cuma ambil masa lebih kurang 15 minit sahaja (siap boleh cuci pinggan, kemas dapur lagi).

Jom semak resepi yg sangat simple ni:

Sotong Goreng Kunyit (dgn Kacang Panjang & Carrot):

Bahan2:
Sotong 5 ekor - bersihkan & siang bentuk cincin (boleh diganti dgn udang, ayam, daging etc)
Bawang besar 1 ulas - mayang/ hiris nipis
Bawang putih 3 ulas - hiris
Kacang panjang 5 urat - kerat ikut suka
Carrot 1 btg - potong panjang
Cili merah utk hiasan
Sos tiram 2 sb
Serbuk kunyit (ikut banyak mana nak letak)
Lada putih
Garam, gula secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara2 membuatnya:
Sotong yg telah dibersihkan digaul dgn sedikit serbuk kunyit & lada sulah, perap seketika. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang besar & bawang putih yg dihiris. Setelah nampak garing/ naik bau, masukkan sotong yg diperap tadi. Kacau rata sehingga sotong bertukar warna & mengembang. Teruskan masukkan sayur2 yg dipotong tadi & kacau lagi. Boleh tambah air jika agak kering. Seterusnya masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Goreng lagi seketika (jgn terlalu lama nanti sotong akan terlebih kenyal & kurang sedap). Boleh tambah cili merah yg dihiris sebagai hiasan. Kalau rasa nak lebih berkuah tambahkan air lagi, ikut suka anda lah. Boleh tambahkan serbuk kunyit kalau warna kurang menyerlah. Bila rasa sudah seimbang, sayur pun dah hampir lembut, boleh tutupkan api. Sedia utk dihidang bersama telur dadar atau sambal belacan.

Mudahkan? Anak2 pun suka lauk ni. Ada protein & juga sayur. Tak perlu nak masak menu sayur yg lain pula. Dah jimat masa. Lagipun tak pedas. Kalau anda suka pedas, boleh tambahkan cili padi. Kita yang buat dia, so masukkan je apa yg anda suka. Hehe. ok. Selamat mencuba!


Tuesday 12 April 2016

Anak makin ramai, makin kerap marah? Kenapa ye?

Faktor usia la aku rasa. Haha. Tapi tahun ni baru nak masuk 32 tahun (hubby aku dah masuk 32 tahun Mac hari tu). Memang terasa tua siketla walaupun muka awet muda (amboih masuk bakul angkat sendiri). Hahaha. Ni ramai patient cakap ye bukan aku yg cakap. Ececey puiii haha.


2 budak yg selalu kena marah. yg tengah tu belum. haha

Tapi memang aku perasan. Baby ke 3 aku iaitu Nayla dilahirkan awal tahun baru2 ni. 1st Januari 2016 (new year baby). Ko bayangkanlah, dengan anak2 aku yg lain yg masih dikategorikan sebagai toddler, masih x berapa faham sepenuhnya apa yg perlu dibuat apa yg x (yela budak2 besar tu mestila tau main je). Sofiya baru masuk 4 tahun Mac haritu, Lydia pulak masuk 2 tahun. Anak2 aku beza lebih kurang 2 tahun je sorang (memang poor spacing sebab aku x pandai planning haha).

Sofiya perangai dia lebih kurang aku-- cepat panas, manja, kuat menangis jugak (sensitif), kadang2 rebellious (kecik2 dah pandai rebel2 ish3). Tapi dia cepat mesra dengan orang, mudah berkawan. Bab sharing mainan ataupun barang hak milik dia belum sepenuhnya lagi pass. Haha. Ada masa dia susah nak mengalah, asyik nak menang je org kata. Sebab dia anak sulung kot. So dia lebih dominant. Tapi dia sangat protective. Kalau org nak bawak adik dia jalan naik motor contohnya, dia memang x bagi. Adik dia main tepi2 tasik ke (kami parents ada je kat situ memantau), dia jerit adik dia jangan ke tepi sgt. Risau adik dia jatuh. Haha. Bila datang nakal dia kadang2 aku memang geram. Tu yang cepat je melenting aku ni.

Lydia anak kedua aku character dia dgn kakak dia jauh berbeza. Dia lebih ikut perangai abah dia. Lebih cool, sejak kecik x banyak menangis, senang sgt nak jaga. Dia jenis yg berdikari, main sorang2 xpe, x buat bising (kecuali kalau geng dengan kakak dia lain cerita la kan). Dia cepat mengalah kalau berebut apa2 (kecuali handphone, memang dia menang, kakak dia yg kalah haha. Nak tgk surprise egg punya pasal). Dia belum fasih lagi bercakap, ada la sepatah dua dia cakap & dh boleh faham apa org cakap.

Nayla kecik lagi. Baru masuk 3 bulan. Dia agak cranky jugakla budaknya. Especially kalau ngantuk nak tido. Haha. Bulan pertama dia diam je sebab banyak tido. Sebab jaundice dia lambat turun (sampai sebulan jugak ulang alik buat AOB). Masuk bulan kedua dia start nak tidur berbuai je. Kami xde buai current (malas nak beli). Kalu tidur buai asyik nak berenjutt je. Memang x jadi kerja sangatla maknya haha. Kadang2 tu nak tidur malam (kami tidur bilik atas, xde buai dlm bilik tu), dia melalak dulu se round sebab x dapat buai. Terpaksala aku bawak dia turun bawah buaikan & aku pun tidur sekali la kat bawah (panas & banyak nyamuk sketla bilik tu). Nak masuk 3 bulan Nayla makin ok, makin senang tidur malam. Aku susukan sambil baring sampai dia terlelap, Setel kerja aku. Haha. Dia bangun mintak susu dalam pukul 2 pagi & 5 pagi. Ok la sebab aku boleh tidur so x penat sangat. Fuhhh legaaa..


Nayla 3 bulan
Masa pantang cuti 2 bulan aku ok lagi sebab banyak masa sket nak setelkan kerja rumah bagai. tapi bila dah start kerja awal Mac haritu kami dah makin kelam kabut. Sofiya dah masuk preschool (Little Caliph), malam sebelum esoknya aku dah kena siap2kan beg dia--towel, baju pakai petang, underware, air masak etc. Sebab dia ambik daycare so petang pukul 5 baru kami pick up dia. Ada sekali aku terlupa masukkan towel dalam beg, menangis dia kata teacher dia lah. Haha. Umi dah tua nak, makin pelupa. Kesian dia haha. Barang Lydia x banyak sgt perlu prepare sebab mostly keperluan dia dah ditinggalkan kat rumah babysitter. Cuma barang2 baby Nayla banyak sket-- dengan EBM nya. Tu belum lagi masuk nak uruskan kain baju yg x berlipat, cuci botol susu anak (bab ni aku malas sket haha), masak lagi, kemas rumah lagi kalau dah lantai melekit2 bersepah2 mainan sampai terpijak. Kadang2 rumah dah x serupa rumah. Kacau bilau. Haha.

Hmm sebab tula agaknya aku perasan aku dah makin baran, kurang sabar, cepat je melenting bila anak buat hal (terutamanya Sofiya sebab dia paling kakak. Haha). Balik kerja pukul 5 kalu sempat aku masak dulu (simple2 je). Kalu x sempat pam susu tengahari aku pam balik kerja. So kadang2 masak kadang2 beli luar je. Memang jarangggg sangat makan kat kedai sekarang, pening nak handle anak 3. Haha. Nanti x boleh control pulakpenat banyak kerja, baby menangis plk tu pastu kakak2 buat hal), aku selalu je menyesal sebab senang sgt naik suara kat anak2. Padahal anak kecik lagi. Malu je kat suami sebab dia saborrr je
marah pun sket2 je pelan2 je. Aku ni suara dah macam halilintar hahaha. Sila la lempang diri sendiri laju2 huhuhu. Bila anak dah tidur terpandang wajah diorang rasa sayuu dan bersalah sgt sebb selalu marah2. Pastu berazam la esok xnak dah marah2 anak. Tapi x tunggu esoklah, pagi tu jugak dah naik suara kalu anak buat hal malas mandi contohnya. Haha. Apa pun x boleh. Sampaikan Sofiya pernah cakap--

"kenapa umi x sayang Sofiya"

"kenapa umi suka marah Sofiya"

Omak aihh sedih je dengar. Teruk benau umi kau ni haha. Masa tu rasa kesian sgt. Cuba jugak explain balik kenapa umi marah--

"Kalau Sofiya behave xdela umi marah, umi sayang lagi Sofiya ada la"

"x nak behave" balas dia pulak. Dah umi nak melenting plk dengar dia cakap macam tu. Geleng kepala jelah. Tarik nafas dalam2 haha. 

Aku sedar memang tak elok marah2 anak sgt waktu diorg kecik ni. Boleh marah tapi bukan tengking atau mengutuk. Kena tahan diri drpd menghamburkan kata2 yg kurang baik pada anak2. Contohnya "Kamu ni degillah". Haa, mulut ibu ni masin tau. Jangan cakap bukan2 kat anak2. Hehe. Aku pun tengah melatih diri aku x sebut perkara x elok pada diorang. suara aku ni asyik marah & mata terjegil je. Haha. Memang lepas marah tu (yela tengah 





Ok la. Sebelum aku membebel lebih panjang berjela, jomla kita selami tips2 mengawal rasa marah terhadap anak2--

1. Fikirkan kesan daripada apa yg kita lakukan

Kanak-kanak mempunyai memori yang kuat. Kalau kita berkasar terhadap diorang, tak mustahil diorang akan membesar sebagai seorang yang kasar terhadap kita. Sebelum marah diorg, fikir dulu kita suka tak kalau kita dimarahi oleh ibu kita atau org lain. Adakah kita nak anak kita marah kita macam tu pulak bila diorg besar nanti. Apa perasaan kita kalau kita dimarahi macam tu. Mesti kita tak suka kann.  


3. Kenali punca kemarahan kita


Kalau kita penat, rehatla dulu. Kalau lapar, makan la dulu. Kalau bergaduh dgn suami ke contohnya, cuba berbaik dulu. Barula kita x mudah marah/ naik angin. Kalau fikiran, emosi & fizikal kita tenang, insyaAllah kita akan jadi lebih rasional & x mudah marah.


2. Lebih banyak beri kesedaran/ solusi pada diorang drpd memarahi

Kita kena banyak explain/ terangkan pada diorang kenapa x boleh buat ni x boleh buat tu. Memang agak susah pada awalnya tapi lama2 diorg mesti faham kalau kita terangkan berulang kali. Sebab diorang dlm proses pembelajaran. Mestila ada buat salah. Tp kita kena sabar sketla. Contohnya bila anak tumpahkan susu atas lantai--

"xpe, Sofiya gi ambik kain lap, lap sampai bersih, pastu letak balik kain lap tu kat tempat asal" Lama2 anak2 akan buat sendiri kita x payah suruh kalau diorg tumpahkan sesuatu.


3. Sentiasa ingat yg diorang tu masih kecil, ada emosi & keinginan

Yela sebelum ada anak kita mintak kat Allah nak anak. Tapi bila dah dapat anak, kita marah2 dia plk. Lagi2 yg sulung. Sebelum dpt adik2 lain, yg sulung tu la kita tatang2 sayang2. Lepas dpt adik, kita marah2 diorg plk dgn sebab diorg dah besar (padahal kecik lagi sebenarnya). Kita x boleh expect dia ikut semua keinginan & arahan kita sebab diorg bukan robot. Bagi mereka masa. 


4. Tunjukkan kasih sayang pada anak2

Bila anak2 buat nakal atau x dgr cakap, panggil diorg dekat dgn kita, pegang tangan atau bahu diorang, cakap dgn lembut, terangkan apa yg diorg buat tu x betul. Kalau boleh, peluk diorang. Menegur secara perlahan lebih berkesan (anak lebih mendengar kata) berbanding kita marah atau tengking diorg. Tunjukkan yg kita sayang diorg melalui suara, muka & tindakan. Kita perlu tunjuk, barulah diorg tau yg kita sayang diorg. Contohnya--

"umi x suka Sofiya tolak adik macam tu, x baik tolak orang, nanti diorg sakit, kesian kan. Sama jugak kalu org tolak Sofiya, Sofiya sakit la kalu jatuh, kan. Umi sayang Sofiya sebab tu kena main baik2 dgn adik"


5. Jangan menegur secara negatif

Apa yg kita sebut tu satu doa. Apa lagi doa seorang ibu terhadap anak2. Kena fikir semua tu. Jangan sekali2 cakap

"eh kau ni bodohla, dah cakap banyak kali pun x dgr"


Haa x boleh tu. Lebih2 lagi di depan org lain. Jgn jatuhkan maruah. Sebab diorg pun ada perasaan malu. Kesian kan. Kalau kita pun x suka org tegur kita depan org lain. Jatuh air muka. Takut nanti anak2 membesar jadi org yg x yakin dgn diri sendiri, suka salahkan diri sendiri atau pendendam. Haa risau kan. Naudzubillah.


6. Belajar utk minta maaf dgn anak

Kadang2 kita rasa kenapa perlu minta maaf pulak. Kan diorg yg buat salah. Haa. Sebenarnya kalau kita minta maaf dgn anak2, kita sedang mendidik diorg supaya sentiasa mengakui kesalahan & sanggup minta maaf kalau diorg buat salah. Sebab tu kalau nak marah & perlu minta maaf, fikir banyak kali. Nanti anak2 keliru pulak, "umi ni kejap marah kejap sayang, yg mana satu ni". Haaaa


7. Banyakkan berdoa & baca Al Quran

Kita tau kan Al Quran boleh melembutkan hati. Menjadikan diorang lebih mudah mendengar kata. Doa juga sgt penting. Sebelum tidur, bacakan ayat Kursi, 3 Qul & hembuskan pada ubun2 diorang. Niatkan supaya diorg jadi anak yg mendengar kata & sebagainya. Kalau boleh, sebut nama penuh sekali, bisikkan dgn perlahan waktu diorang mamai2 nak tido & nasihat diorang dgn nasihat yg baik. 

Lepas solat, sedekah kan Al Fatihah pada anak2 (juga mak ayah suami & adik beradik kita yg lain). Jangan tinggal amalan ni. InsyaAllah kalau bukan hari ni, kita akan nampak kesannya esok lusa nanti. Juga jangan lupa doa supaya kita dikurniakan kesabaran yg tinggi dalam mendidik anak2. 

Tu la serba sedikit tips yg boleh aku kongsikan. Banyak lagi sebenarnya. Tinggal nak buat atau x nak je. Kita kena sentiasa remind diri kita yg anak2 ni anugerah dari Allah, cahaya mata kita. Cuba bayangkan tiba2 diorang xde, sedih meroyan agaknya kita kan. Kena sentiasa bersyukur yg kita masih punya anak. So, kena sabar k. Haha. Fuh. Cabaran betul membesarkan anak2 ni (lap peluh kat dahi).

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi s.a.w. bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim)

Thanks sudi baca. Sudi2 kanlah tinggalkan komen. Kongsikan tips anda kawal kemarahan terhadap anak anda. Mana tau ada manfaat pada org lain? :))










Monday 11 April 2016

Pengalaman Bersalin Anak Pertama (Sofiya)

SOFIYA BT MOHD FAIZAL
Nama pun anak pertama, mesti la semuanya rasa serba tak kena, sebab kita tak pernah lalui semua tu sebelum tu. Masa mengandung tu pasti tertanya-tanya, camane la agaknya sakit nak bersalin nanti. Lebih kurang sakit senggugut ke? Haha. Takleh bayangkan masa tu. Aku pun seingat aku seumur hidup sekali je masa zaman sekolah kena senggugut. Masa tu kat rumah. Mak suruh jemur kain dah tak mampu sangat. Nak berdiri pun tak boleh. Bongkok baring je. Berpeluh tu tak usah kata la. Sakit sangat senggugut masa tu. Haha. Tapi lepas bersalin anak pertama ni, sakit senggugut tu cuma 50% je kot. Memang sakit yang amat. Haha. Takleh bayangkan? Kena rasa sendiri. Heaaaa..

Aku mengandung anak pertama masa kerja kat Paed HSI. Awal-awal dapat tau UPT positif tu lebih kurang sebulan lepas pindah JB. Terus lekat kau dah duduk dekat dgn suami. Hahaha. Rezeki kan. Alhamdulillah. Tau mengandung tu pun awal-awal aku dah sensitif lain macam. Tak dapat makan tom yam kot malam tu, merajuk terus dengan laki aku. Padahal masa tu dia tak tau lagi pun aku pregnant. So very the manja. Rasa nak lempang laju-laju perangai aku awal-awal mengandung tu. Haha.

Alhamdulillah mengandungkan Sofiya tak banyak dugaan sgt. Masalah pun takde sgt. Baby dan ibu sihat je setiap kali check up. Cuma satu je masalah aku-- sensitif sgt. Mudah menangis. Sebab tu la kot bila Sofiya lahir dia kuat menangis sket. Betul la org kata, emosi ibu waktu mengandung sangat penting. Sebab baby turut merasa apa yg ibu rasa. Sampai sekarang Sofiya dah masuk 4 tahun ni, perangai dia lebih banyak ikut perangai aku--baran, senstitif, tp penyayang. Gituu. x kesah la nakk asalkan Sofiya membesar dgn gembira, jadi org yg berakhlak mulia & sihat akal badan.

Berbalik pada cerita asal. Sampai masa dekat2 tarikh bersalin aku langsung xde tanda apa2. Sepatutnya due date aku 28/3/2012. Seminggu sebelum tu dah ada la 'show' sket2 tapi painful contraction langsung xde. Aku still boleh drive, shopping baju anak sorang2 kat Jusco. Haha. Kalu ikutkan, kalu lebih 6 hari tp masih belum ada tanda2 contraction, leaking atau sebagainya, aku dah kena admit & induce. Sampaila 2/4/16, pagi tu aku dah rasa mild contraction. Sejam sekali lbh kurang. Tp aku still boleh buat kerja rumah, sapu sampah, jemur baju. Petang tu aku gi jalan2 Jusco kejap nak topup baju baby (biasala anak 1st kan, semua nak beli). Maksudnya sakit tu ada tp aku still boleh tahan.

Malam tu aku boleh tidur. Tp masuk jam 1 2 pagi macam tu perasan sakit dah makin kuat & kerap. Aku bangun solat hajat& taubat pun sambil tahan sakit sampai keluar air mata. Lepas solat aku cuba baring. Aku pujuk baby kalu boleh keluarla lepas subuh, umi nak solat subuh dulu. Haha. Boleh plk macam tu kan. Laki aku kat sebelah sedap je tido kroh2. Tp katanya dia tido2 ayam je. Dah standby dah kalu aku ajak gi hospital. Haha yeke tew boleh caye kew.

Masuk pukul 4 pagi aku rasa dah x boleh tahan lagi. Sakit dia mak aih, x blh nak describe. Ko duduk sakit, berdiri pun sakit. Serba x kena dah. Gi toilet 5 minit sekali sebab nak terkencing. Masalahnya adaa je air kencing yg keluar. Haha. Dah x tahan sgt aku pun kejutla laki aku-- jom bang gi spital, dah nak terberanak. Kelam kabut dia. Haha. Aku tukar baju pun dah nak menangis. Bila datang sakit tu pinggang aku macam ditarik2. Masuk je kereta laki aku terus pecut ke Hospital Kulai. Kononnya dekat sket, & laki aku plan nak teman sekali aku bersalin nanti (dgr kata masa tu HSA suami x boleh teman isteri).

Sampai je Hosp Kulai, aku diminta tukar baju pink hosp. Nurse check VE (sakit siot), bukaan dah 4 cm, station dah low. Tp os aku posterior sgt tu yg dia beria seluk. Laki aku tunggu kt luar & dia dah sms kaklong suh bagitau mak aku kata yg aku dah nak bersalin. Lepas siap buat CTG aku diminta pindah ke bilik labour room. Suami aku masuk. Nurse dah buat ARM (lepas ARM tu aku rasa pelvis aku macam regang. Haha). Sakit memang dah x terkata lagi. Aku genggam tangan laki aku sekuat hati. Haha. Mesti sakit. Mulut aku x henti2 baca doa Nabi Nuh. Mintak2 segala dipermudahkan.

Tiba2 sorg MO India datang, katanya CTG aku x reactive (sleeping patern). Dia x nak ambik risk & advice aku utk direfer ke HSA. Aku malas nak layan, suka hati la nak buat apa kan. Dah tengah sakit. Haha. Apa lagi, nurse2 pun prepare aku utk dibawa masuk ambulans utk ke HSA. Suami aku dah gerak dulu utk ambik GL. Masa tu dalam pukul 7 pagi. Waktu org nak pergi kerja kot. Aku ditolak masuk naik ambulans lalu ambulans tu terus meluncur bagai tiada hari esok. Haha. Ko bayangkanla dia bawak macam ribut. Ko pulak dalam tu tengah contraction sakit yg amat--silap haribulan boleh terberanak dlm ambulans. Nurse siap pesan jgn teran. Heaa

Sampai je HSA aku terus ditolak ke labour room. Lepas dipindahkan ke atas katil labour room, x sampai 5 minit kot, aku rasa macam ada benda nak keluar--ibarat sembelit yg besar tu tp dah ada kat hujung2. Haaa. Apa lagi, nurse suruh aku angkat kaki. Menjerit dia sebab os dah full & dah nampak kepala. Diorang terus prepare delivery set. Ada MO india perempuan conduct delivery aku. Beberapa kali teran baby aku masih x keluar. Tenaga dah x berapa nak ada. Muka laki aku x nampak2. Riuh rendah dlm labour room tu suruh aku teran. Last2 MO tu decide nak guna vacuum sebab dah ada tanda2 fetal distress. Aku redha je. X lama lepas tu, dengan bantuan vacuum & epi, baby selamat dilahirkan pada jam 8.41 am 3/4/2012. Alhamdulillah nurse tunjuk jantina baby & bagi aku cium baby sebelum diorg cuci baby. Haha laki aku x sampai2. Sangkut dalam jem agaknya.

Yg ajaibnya, lepas baby out, contraction yg menggila tadi macam berdesup hilang. Dah x sakit. Langsung. Haha. MO tadi repair epi & tear aku pun x sakit sgt. Tiba2 dah siap. X lama lepas tu, aku pun diselimut, baby yg dah siap dibersihkan & dibedung diletakkan kt tepi aku. Daripada muka pintu nampak laki aku melangkah masuk dgn muka xtau nak describe. Haha. Eh? dah ada baby kat sebelah? Haha. Sian dia, lambat sgt. Hahhahha. Laki aku pun azankan baby.

Aku kemudiannya dipindahkan ke wad bersalin kelas pertama. Masa tu badan lemah lagi, nak gi toilet pun huyung hayang. Pandang je muka baby waktu tu rasa macam satu perasaan yg sukar ditafsirkan. Ewah.

Laki aku cakap " dulu Sofiya xde pun, skg dah ada baby"

Haha yela. Dulu kami berdua je. Skrg dah dikurniakan amanah utk menjaga & mendidik seorang anak. 1st time parents memang serba serbi kekok. Nak pegang nak susukan camane. Nak cuci berak baby pun terkial2. Dahla kat wad masa tu x bawak baby wipes. Baby berak kami gi cuci dekat sinki yg sejuk beraircond tu. Melalak la baby. Haha lucu kalu ingat balik.

Tu la pengalaman berharga bersalin anak pertama yg x dapat dilupakan sampai bila2. Berpantang kat Terengganu dgn mak. Ok la kan ada mak tolong jagakan. Habis pantang je terus balik JB. Terkial2 haa nak uruskan sendiri semua benda. Alhamdulillah pengalaman mematangkan kita. At least bersalin anak kedua dah pandai dah sket. Tu yg berani pantang sorg tu. Hehe. Yg tu aku cerita kemudian lah. Hehe.

Satu je nasihat aku pada sape2 yg nak bersalin kali pertama ke, apa yg kita perlu buat masa mengandung--

- jaga emosi, jgn terlalu sensitif
- rajin solat taubat & baca quran
- elakkan perkara maksiat
- rajin makan benda berkhasiat, contohnya kurma (boleh tenangkan baby)
- doa banyak2 pada Allah moga baby sihat sempurna sifat baik akhlak etc
- sebelum bersalin banyak2 mintak ampun banyak2 dgn suami
- jgn lupa mintak ampun jgk dgn mak ayah
- doa jgk supaya masa bersalin dipermudahkan & dipelihara aurat kita dari pandangan lelaki ajnabi (doa la nak semua perempuan je dlm labour room tu)-- it works for me
- jgn skip appointment antenatal, kalu ada problem diorg boleh detect awal & do early intervention

Tu je kot yg boleh aku kongsikan. Pasal air selusuh tu aku xde komen sbb air selusuh utk anak 1st laki aku je yg buat, pastu minum je air zamzam. Hehe. Apapun setiap proses bersalin tu berbeza utk setiap individu & juga utk setiap kandungan. Kalu tanya aku yg dah beranak 3 ni pengalaman bersalin ke tiga2 tu lain2. Pun bergantung pada pain treshold (tahap kesakitan) masing2.

Okla. Terima kasih sudi baca. Doakan anak aku Sofiya (juga Lydia & Nayla) jadi anak yg solehah, mendengar kata, lembut hati dgr nasihat, rajin solat, fasih mengaji al quran, sihat tubuh badan, & selamat dunia akhirat. Ameenn :)




comel sgt dia masa kecik. rambut bnyk