Pages

Sunday 17 April 2016

Pengalaman bersalin anak ke 3 (Nayla) secara Caesarian section -- part 1

Pengalaman mengandung, melahirkan serta berpantang anak ke 3 kami iaitu Nayla sangat mencabar. Dari awal mengandung lagi aku telah diuji dgn mual2 & mabuk yg agak teruk. Masa tu bulan puasa 2015. Dah kena tinggal puasa 5 hari sebab tak tahan menggigil kelaparan serta tiada tenaga (sebab muntah). Buka puasa pun ala kadar disebabkan tiada selera. Ada sekali tu aku cuma buka puasa dgn 3 sudu nasi goreng kampung. Minum air je banyak. Kes tekak langsung tak boleh terima. Sampaikan waktu raya aku dah kurus kering (lost almost 5kg). Dahla memang pada asalnya aku memang dah kering kerempeng. Apala nasib. Haha. Seddeyyyyy.

very the small

Kemudian, apabila masuk bulan ke 3 kandungan (masa tu morning sickness dah berkurang), aku mengalami bleeding. Seingat aku masa tu aku tengah baring tidur atas sofa depan TV. Tiba2 rasa macam ada something keluar (hmm aku suspect keputihan je). Bila aku bangun berdiri nak masuk ke bilik (Lydia nangis baru bangun tidur), perasan ada benda meleleh ke lantai. Sah. Darah merah menitik2 kau. Dah kenapa kan? Risau juga aku takut abortion. Tapi perut takde sakit pulak. Malam tu kami pergi scan. Aku ingatkan memang baby dah takde. Alhamdulillah masih ada, heartbeat masih elok & follow date macam biasa. Cuma macam ada artefact sket dekat plasenta yg aku pun tak tau apa. Doktor yg scan tu pun kurang pasti apa benda tu. Last2, kami pergi check up di Klinik Pakar Perdana. Katanya tu adalah 'Subchorionic Hematoma"-- sejenis bleeding di bawah placenta disebabkan ketidakseimbangan hormon. Masa tu aku masa menyusukan anak kedua aku iaitu Lydia (tapi susu dah berkurangan sejak pregnant 3rd baby). Lydia masa tu baru setahun 3 bulan. Aku dinasihatkan utk stop breastfeeding serta merta. Sedihla juga. Baru ingat nak cukupkan 2 tahun menyusu. Hasrat tak tercapai. Takpelah, dah sampai setahun lebih fully breastfeed tu pun dah cukup bagus. Nasib baik waktu tu Lydia dah boleh terima susu formula sikit2. Tapi malam2 dia masih nak ngempeng--lepas gian orang tua kata. Haha.

subchorionic hematoma, pendarahan bawah uri

Bleeding tu cuma sekali je. Alhamdulillah takde subsequent bleeding. Sampaila kandungan aku masuk 32 minggu, aku bleeding lagi sekali. Perasan masa bangun subuh, toilet bowl merah dengan darah (masa buang air kecil). Dah kenapa pulak kan. Kandungan dah besar, scan sebelum ni plasenta elok aje upper segment. Petang tu terus aku ke klinik pakar yg sama. Selepas scan dan make sure baby dan placenta ok takde masalah  (no more subchorionic hematoma), dia proceed dgn speculum examination pulak. Agak memalukan bila doktor lelaki cek kawasan bawah kita tapi nak wat camane. Redha aje lah. Rupa2nya terlalu banyak vaginal discharge yang menyebabkan cervix aku fragile dan subsequently cause bleeding. Aku diberikan supp miconazole dan antibiotics. Alhamdulillah lepas daripada tu dah takde bleeding.

Sampaila kandungan masuk 35 minggu, aku leaking pulak (pecah ketuban). Bangun je dari katil pagi tu nak solat subuh rasa macam ada gush of water keluar sampai lencun kain aku. Memang aku tau tu sah2 leaking. Kalau terkencing kita akan rasa dan of course ada bau hancing. Keputihan pulak takkan sampai banyak sampai lencun. Air ketuban ni dia clear dan takde bau. Masa tu hari jumaat. Petang baru aku ke hospital (aku dah prepare baju siap2 in case kena warded). Selepas diperiksa (speculum, VE), memang betul aku leaking (positive cough reflex). Aku kemudian di scan. Air ketuban aku masih ok (AFI=11), cuma apa yg mengejutkan dan membimbangkan aku adalah kedudukan baby aku songsang! (breech). Dah bila pulak dia pusing2 sebab serial scan sebelum ni semua ok (cephalic). Redha jela memang aku tak tau nak kata apa. Aku kena admit utk further monitoring--sebab kalau continue leaking tambah pula ada sign of infection (chorioamnionitis) aku mungkin akan dibedah segera (emergency caesar). Kena pulak inject dexamethasone (2 dos) utk matangkan paru2 anak. Cuma aku takleh lupa IM Dexa sakit memang tahap nak tercabut bontot. Sakit gila dowh. Huhu. Tobat taknak dah. 4 hari jugak aku mundar-mandir di wad. Bosan gila dah tahap sawan. Haha. Kesian laki aku petang2 bawak anak2 datang melawat. Hari ke 4 bila dah 3 hari berturut2 takde leaking (sebenarnya ada je sikit2 tapi aku auta haha), CTG ok, takde contraction, scan oleh pakar pun ok (AFI masih 11), aku dibenarkan utk discharge. So hari Rabu aku balik rumah (memang gembira tak terkata lah haha). Aku sambung MC dan diberi rehat sampai Isnin depan utk next check up.

masa diorang dtg visit umi kt wad. tgk umi tu muka sedih je haha.

Dalam 3 hari aku bersuka ria kat rumah, sampai lah hari jumaat 1 Januari 2016 (new year), aku rasa lain macam. Lain macam tu macam sakit perut tapi macam tak pasti sakit perut contraction nak beranak ke? Haha. Serius lain sakit dia compare dgn anak pertama dan kedua aku. Siap pagi tu kami sempat lagi bawak anak2 mandi kolam kat Taman U. Aku ada cakap kat laki aku, "bang, rasa macam dah sakit perut la, tapi boleh tahan lagi". Dia dah cuak jugak. Haha. Tapi aku maintain je buat macam takde apa2. Boleh ketawa2 lagi tengok anak seronok mandi kolam. Balik tengahari tu kami singgah tapau nasik kat Lubuk Selera je. Nak masak macam tak larat. Lepas laki aku solat jumaat, aku duk depan TV sambil tengok cerita hindustan (Kabhi Khusyi Kabhi Gham), sambil makan nasik bungkus berlaukkan sambal ikan keli. Dalam pukul 3 macam tu aku rasa sakit perut aku dah lain macam, macam ditarik2 pinggang aku. Sah memang contraction pain la ni. Terus aku cakap kat laki aku "bang, dah sakit sangat ni tak tahan". Sambil cakap sambil keluar air mata. Haha drama. Dah memang sakit nak wat camane. Heeee. Sampaikan nasik pun tak sempat habis. Terus kami siap2 barang2 nak ke hospital. Anak2 macam "eh baby umi dah nak keluar ke?" haha. Anak2 kami mintak tolong kakak ipar aku jagakan. Nasib baik rumah dekat.

sempat lg layan anak main kolam sebelum beranak haha

Sampai je kat HSA, aku naik ke screening room utk ibu mengandung. Ramaila plk patient masa tu. Lama jugak aku mundar mandir depan kaunter. Sampai terkeluar juga air mata menahan sakit. Haha. Drama lagi. Show dah keluar masa tu. Aku memang tak putus2 doa janganlah aku terberanak kat situ. Lama jugak nak tunggu aku dipanggil dan diperiksa. Selepas CTG dibuat, aku diperiksa oleh HO utk step seterusnya iaitu VE check. Malangnya HO ni HO baru kot (mungkin sedang tagging). VE dibuat beberapa kali tapi masih tak dapat dipastikan bukaan Os. Akhirnya MO diconsult (MO yg sama yg scan aku masa leaking minggu lepas). Dia kenal aku. Bila dia yg buat VE, terperanjat semua orang (of course aku la terutamanya) sebab katanya bukaan dah 8cm, dapat rasa dua kaki baby kat bawah. MasyaAllah, footling breech in labour-- satu emergency yg memerlukan c-sect dilakukan secepat mungkin--kalau tak baby boleh keluar (kaki dulu) yg boleh menyebabkan cord prolapse. Keselamatan baby adalah priority saat ini. OT terus dinotify, aku terus menjadi tumpuan nurse2 dan HO2, segala borang yg perlu disign aku sign. Mereka panggil laki aku tapi laki aku pergi daftar agaknya, takde kat luar. Tak sempat bersalamaan dan mintak ampun dgn dia sebelum aku ditolak ke OT. Sedikit sedih di situ. Aku agak cuak sebenarnya. Walaupun aku mempunyai pengalaman berada di OT tapi situasi kali ni berbeza. Dulu aku seorang doktor, sekarang aku adalah pesakit.

Sampai saja di OT, aku diterangkan oleh MO anaest yg situasi aku sekarang memerlukan aku dibius penuh (GA), memandangkan os sudah 8cm. Tapi aku refuse sebab aku agak takut dibius penuh. Takut bila aku ditidurkan, aku tak berjaya dibangunkan. Haha. Paranoid. Takpe kata MO tersebut. Setelah aku sign itu ini, diterangkan risiko2 spinal yg bakal dilakukan, aku dipindahkan ke katil OT. Aku didudukkan dgn bantuan (sambil tahan contraction pain yg makin menggila), belakang aku dicucuk & dimasukkan ubat bius (prosedur biasa utk spinal anaesthesia). Nasib baik aku kurus orangnya, so agak mudah la proses tu. Selesai sahaja, aku dibaringkan dan disiap2kan utk proses utama iaitu c-sect. Alhamdulillah, MO yg operate aku tu MO perempuan, HO nya juga perempuan. Cuma PPK saja seorang lelaki. Takpela dah emergency apa nak buat. Tak lama kemudian aku rasa kaki aku kebas, cuma rasa org pegang2 dan sentuh2 saja. Tapi sakit takde. Skrin dibentangkan di depan muka aku. Aku cuma dengar orang bercakap2, dan masih dapat berkomunikasi dgn MO anaest dan staff nurse yg sekali sekala memperbetulkan IV Drip aku. Kadang2 aku rasa urat2 kepala aku sakit (normal, spinal headache namanya). Selepas beberapa ketika, baby aku selamat dikeluarkan pada jam 1st januari 2016 jam 5.45 pm. Selepas dibersihkan nurse tunjukkan baby pada aku--baby girl, sihat alhamdulillah, sempurna sifat, berat 2.6kg. Syukur yg amat. Proses selepas itu (keluarkan darah beku dan jahit lapisan2 uterus dan abdomen seterusnya skin) tidak mengambil masa yg lama. Operation tersebut memakan masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Setelah selesai, aku dipindahkan ke recovery room. Aku diberitahu baby terpaksa ditahan dia SCN buat sementara untuk close observation (sedikit tachypnoiec with accessory muscle use). Ok takpe asalkan baby aku takde apa2. Keadaan tersebut biasanya sekejap je. Selepas 30 minit di recovery (aku dah boleh angkat kaki sikit2, luka c-sect langsung belum terasa sakitnya--biasanya selepas 4-6 jam baru akan terasa bila bius tu slowly hilang). Aku ditolak ke wad bersalin kelas satu dan diletakkan di bilik berdua. Mana laki aku ni tak sampai2 haha. Macam tu la setiap kali bersalin. Mesti lambat nampak batang hidung dia. Haha. Dalam pukul 8.30 pm baru laki aku sampai. Katanya dia pergi potong rambut sebab ingatkan operation aku lama. Haha cess. Kemudian dia pergi ke SCN utk melihat baby. Jangan lupa ambik gambar sekali, pesan aku. Haha. Yela tadi pun sekejap sangat aku tengok muka baby baru aku tu. Baby sihat katanya cuma nurse pesan supaya aku memerah susu utk diberikan pada baby. Perah punya perah, ada la colostrum kuning dalam 2ml je dapat. Haha. Bolehla tu daripada takde. Malam tu aku tidur berseorangan sebab baby mash di wad. Suami perlu balik sebab ada 2 lagi anak kat rumah. Haha.

day 1. baru sampai dari wad SCN

Pagi esokknya, aku dah mula bangun perlahan2. Sakit c-sect dah terasa perit dan sengal sebab kesan bius pun dah hilang sepenuhnya. Dalam tengahari, saluran kencing (CBD) pun ditanggalkan sebab aku dah ambulate (perit sangat pakai CBD, nak bergerak pun sangkut). Tengahari tu laki aku datang lagi dan aku dibawa menaiki wheel chair ke wad baby. Comel je baby kena balut dgn lampin hospital dan selimut hospital. Kesian nya anak aku haha. Aku cuba menyusukan baby tapi dia asyik tidurrr je. Dah stimulate pun sama je. Petang tu baby dah boleh discharge kata nurse. Aku balik ke wad aku. Dalam pukul 6.30 pm baru baby dihantar ke wad aku. Malam tu aku bermalam bersama baby. Sekali dua saja dia bangun untuk menyusu. Tapi biasa la kan, awal2 ni baby masih belum pandai sucking. Cuba masukkan jari utk stimulate sucking reflex dia, kata nurse. Alhamdulillah lama lepas tu dia makin pandai suck.

otw balik rumah. dah nampak kuning2 sket

NAYLA BT MOHD FAIZAL
Petang esoknya tu aku dibenarkan discharge (hari kedua). Masa balik tu aku dah nampak anak aku sedikit kemerah2an (mungkin esok lusa akan jaundice). Huhuhu. Sampai je rumah, ambik anak2 aku, excited jugak diorang dapat adik baru. Alhamdulillah Lydia tak jealous tengok umi pegang baby. Cuma agak risau nak jaga luka c-sect. Sebab anak2 kadang2 suka terjah2. Nak ketawa, bersin, batuk pun seksa tahan perit luka c-sect. Mak aku lepas seminggu baru sampai dari Terengganu utk jaga aku masa pantang. Maknanya seminggu pertama tu cuma aku dan suami je ada, so aku buat jela apa yang patut. Nampak rumah berselerak geram nak kemas. Nampak laki kelam kabut masak geram nak tolong. Sebab tu la agaknya terjadi komplikasi yang mengerikan dengan luka c-sect aku. Anda nak tau apa yg jadi? Aku akan cerita di entri seterunsya. Nanti cerita sini panjang2 dah macam novel pulak. Haha.

Ok. Nantikan kisah berpantang aku yg agak tragis. Haha.

3 baby girls umi :)

No comments:

Post a Comment