Pages

Thursday 14 April 2016

Sotong Goreng Kunyit Mudah, Cepat & Sedap


Aku suka masak menu ni kalau rasa malas nak masak banyak dua tiga lauk. Kalau anda tengah penat baru balik kerja, tapi malas nak beli makan kat luar (yela bosan juga kan asyik order luar), mana nak layan anak2 lagi-- menu ni adalah salah satu menu termudah, cuma ambil masa lebih kurang 15 minit sahaja (siap boleh cuci pinggan, kemas dapur lagi).

Jom semak resepi yg sangat simple ni:

Sotong Goreng Kunyit (dgn Kacang Panjang & Carrot):

Bahan2:
Sotong 5 ekor - bersihkan & siang bentuk cincin (boleh diganti dgn udang, ayam, daging etc)
Bawang besar 1 ulas - mayang/ hiris nipis
Bawang putih 3 ulas - hiris
Kacang panjang 5 urat - kerat ikut suka
Carrot 1 btg - potong panjang
Cili merah utk hiasan
Sos tiram 2 sb
Serbuk kunyit (ikut banyak mana nak letak)
Lada putih
Garam, gula secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara2 membuatnya:
Sotong yg telah dibersihkan digaul dgn sedikit serbuk kunyit & lada sulah, perap seketika. Panaskan minyak dlm kuali. Tumiskan bawang besar & bawang putih yg dihiris. Setelah nampak garing/ naik bau, masukkan sotong yg diperap tadi. Kacau rata sehingga sotong bertukar warna & mengembang. Teruskan masukkan sayur2 yg dipotong tadi & kacau lagi. Boleh tambah air jika agak kering. Seterusnya masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Goreng lagi seketika (jgn terlalu lama nanti sotong akan terlebih kenyal & kurang sedap). Boleh tambah cili merah yg dihiris sebagai hiasan. Kalau rasa nak lebih berkuah tambahkan air lagi, ikut suka anda lah. Boleh tambahkan serbuk kunyit kalau warna kurang menyerlah. Bila rasa sudah seimbang, sayur pun dah hampir lembut, boleh tutupkan api. Sedia utk dihidang bersama telur dadar atau sambal belacan.

Mudahkan? Anak2 pun suka lauk ni. Ada protein & juga sayur. Tak perlu nak masak menu sayur yg lain pula. Dah jimat masa. Lagipun tak pedas. Kalau anda suka pedas, boleh tambahkan cili padi. Kita yang buat dia, so masukkan je apa yg anda suka. Hehe. ok. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment