Pages

Wednesday 20 April 2016

Short getaway di Grand Lexis Port Dickson (17-18 September 2015)

Aku dan husband adalah laki bini yg sempoi je sebenarnya. Kalau sampai tarikh anniversary perkahwinan kami, jarang jugaklah kami nak beromantik macam pasangan lain. Haha. Paling cikai pun kami pergi dinner kat tempat konon2 exclusive sketla tapi bukan dinner berdua ala2 dating tu pun. Anak2 pun kami angkut sekali haha. Apatah lagi nak bagi surprise bunga ke, memang tak lah. *hint sket kat husband kot2 la dia nak bagi bunga pulak tahun ni khennn. Haha.

Sempena wedding anniversary kami yg ke 5 tahun lepas, aku cuba nak buat kelainan sket la. Pergi la 'honeymoon' sekali sekala tapi bawak anak2. Haha. Anak2 mana boleh tinggal kalau nak berjalan. Macam selfish la pulak kan. Destinasi pilihan kami kali ni adalah Grand Lexis Port Dickson. Dah lama juga berangan nak ke sini. Cuma fikirkan bajet yg agak kurang kami tangguhkan. Jadi, bila dah ada peluang (lagipun suami yg nak belanja haha) kami pun cepat2 booking hotel takut penuh pulak sebab tarikh yg kami nak pergi tu hampir weekend. Teringin nak ke sini salah satu sebabnya kerana disediakan private pool setiap bilik. Anak2 aku pulak memang suka sangat main pool ni. Jadi, memang diorang sangat excited lah (termasuklah mak ayah dia ahaks). 

Laki aku book hotel melalui agoda je. Banyak pilihan bilik yg boleh kita book, ikut preference kita lah. Sama ada above the sea, garden living ataupun sky living. Harganya pun memanglah lain2. Memandangkan kami 4 beranak, laki aku pilih Executive Pool Villa (above the sea) yang menyediakan 2 katil king. Seronok sket anak2 aku nak bergolek. Kalau anda pergi berdua je, boleh ambil Deluxe Pool Villa yang menyediakan satu katil sahaja. Ok la kan. Bilik yang kami book harganya untuk 1 malam adalah RM700++. Agak pricy sebenarnya tapi hidup ni tak boleh la nak kedekut sangat haha. Sekali sekala apa salahnya kan. Asalkan anak2 gembira. At least korang dah pernah merasa. Lepas ni tak payah pergi dah haha.

Kami cuma ke sana 2 hari 1 malam je. Cukuplah kan. Pergi lama2 duit pun banyak terbang nanti haha. Pagi 17/9/2015 tu kami bertolak ke PD lebih kurang jam 9 pagi. Masa tu anak masih dua. Baby masih dalam perut haha. Kami sempat singgah di Restoran Asam Pedas Selera Kampung di bandar Melaka untuk makan tengahari. Memang sedap asam pedas kat situ tapi bagi aku makanan dia agak mahal. Mungkin sebab tempat tu dah popular, pernah masuk JJCM TV3. Bila dah kenyang kami terus ke PD. Kalau ikutkan waktu check in adalah jam 3 petang. Kami tiba di sana lebih kurang jam 2 lebih, alhamdulillah dah boleh terus check in. 

Setelah selesai urusan check in, kami dibawa ke bilik hotel dengan menaiki buggy car, free sahaja. Sampai saja di bilik, bila masuk terasa terus excited bila nampak private pool. Cuma Sofiya agak cuak bila aku buka pintu yang mengadap pool tersebut, cuak takut umi terjatuh dalam tu (Sofiya ni memang jenis yg protective). Haha. Siap jerit larang umi bukak pintu tu besar2. Sofiya oh Sofiya. *geleng kapla.
Tengok Sofiya tu berair je mata. Lydia pulak macam biasa cool dan happy haha.

Masuk bilik terus mengadap pool ni. Agak luas. Memang syok la nak mandi manda. 

Bilik dia memang luas. Pantry pun besar. Ada microwave utk panaskan makanan. Kalau datang ramai2 pun boleh kot, bawak toto sendiri tidur bawah. Bukan nak tidur sangat pun kan tapi nak main pool haha. Bilik ni ada 2 katil king. Taknak buang masa, aku kerah anak2 salin baju dan siap sedia terjun pool. Sofiya dah cool sket. Dah tak nangis dah haha. 

Ok. Sekarang dia pulak yg terlebih excited. Haha

Dah nampak kat situ sape yg excited sebenarnya. Bapaknye lah. Haha. Lydia pulak yg cuak. Siap nangis2 taknak masuk air. Lagipun airnya sejuk sangat kot. Part tu yg tak best. Nak berendam lama2 pun menggigil.

Lydia tengah nangis tu. Kesejukan. Haha.

Ok. Excited beno bapaknya haha. Sofiya akhirnya main tepi2 tu je. Walaupun dah ada pelampung. Sejuk sangat katanya.

Abah tengah feeling2 sengsorang

Dah kesejukan ada disediakan air panas untuk bilas badan. Habis nampak tulang serangka anak aku haha. Ada tingkap kecik di situ tapi tak rasa orang luar boleh nampak.

Naik duck pun kat tepi2. Sofiya oh Sofiya

Lydia masa ni dah kesejukan. Aku mandikan terus dan pakaikan baju tidur. Sedap dia berbungkus dalam selimut. Haha

Masa ni dah hampir jam 6. Semua dah naik dan tukar baju. Yg bestnya ada cermin kaca ni. Boleh ushar2 air laut kat bawah. Untung2 ada ikan paus muncul. Lambai ajelah. Hahah


Ok. Tiba masa nak keluar cari tempat makan pulak. Perut dah lapar. Kami jalan je ke kereta yg di park di tingkat atas.

Otw ke kereta ternampak pulak playground yg ada pool jugak ni. Excited la anak2 aku. Sofiya siap ajak mandi lagi.

Posing jap. Belakang tu above the sea punya bilik.
Nampak tak keterujaan di situ. Haha
Dah2. Jomla kita gi isi perut dulu

Kami pusing2 bandar PD. Tak tau pun nak makan kat mana sebenarnya. Pusing punya pusing kami pun singgah je di salah satu cafe di tengah2 bandar PD. Che Det Cafe namanya. Kami makan masakan goreng2 je. Boleh la buat isi perut. Siap tapau lagi nasi goreng untuk breakfast esok (sebab pakej kami tiada breakfast). Ok la kan. Dah siap makan semua dalam jam 8 lebih. Kami pun gerak balik ke hotel.

Pemandangan hotel pada waktu malam
Setibanya kami di hotel, kami ronda2 dulu kawasan sekitar. Agak2 dah penat kami pun balik ke bilik sendiri dan tak lama lepas tu kami terus tidur aje. Sape2 yang hati kental boleh tahan sejuk melampau bolehlah terjun masuk kolam balik. Ko dah bayar mahal2 kan, apa ada hal. Haha. Tapi kami memilih untuk tidur je. Anak2 dah kepenatan. Selimut pulak melambai2. Haha. Tidur ajelah.

Esoknya selepas solat subuh, anak2 dah bangun, kami bawak diorang ke playground semalam. Dah janji katanya. Lagipun air tak sejuk macam dalam bilik kan.

Lydia buat muka selenge dia

Awal lagi, so orang tak ramai. Sofiya pulak main tepi2 je. Dah angkut duck pun taknak mandi betul2.

Si kecik dah sejuk

Muka tu jangan nak poyo sangat Lydia haha

Balik bilik diorang terjun lagi sekali masuk pool. Yela dah nak check out kan. Mainla dulu puas2. Macam biasa la budak2 ni, abah pulak yg kena dukung ahhaha.

Ok, dah sampai masa nak check out. Kita posing dulu.

Call je buggy bagitau no bilik. Nanti diorang datang pick up.

Kami check out dalam pukul 12 tengahari. Banyak lagi destinasi nak kena pergi masa tu. Kebetulan ada urusan di Putrajaya hari sabtu 19/9/16 tu. Jadi, alang2 kami singgah di Ikea Damansara cuci mata (tempat wajib kalau ke KL). Cuci mata jela sebab anak2 dah tantrum. Haha. 

Kesimpulan daripada percutian pendek kami kali ni-- ok la, puas hati, sekadar untuk spend time bersama suami dan anak2. Takdela terperap je kat rumah. Sekali sekali menggembirakan anak2 pun seronok juga. Bagi aku, Grand Lexis PD lagi seronok kalau air kolamnya tak terlalu sejuk. Boleh la kita nak bermandi manda dengan lebih tenang orang kata, tak perlu nak menahan kesejukan yg melampau. Tapi yelah, dah nama private pool dalam bilik beraircond, sudah tentu perkara sebegitu tak dapat elak. Kalau diberi peluang untuk pergi lagi sekali ke sini, mungkin aku akan pilih bilik yg mana pool nya terdedah dgn cahaya matahari (kediaman jenis sky living). Tapi kita kaum perempuan ni la yang kena jaga aurat pulak sebab pool nya terdedah dgn pandangan orang luar, tapi masih di dalam bilik. Tapi ok la untuk anak2 dan orang lelaki :))



1 comment:

  1. Wee bestnya ada pool dalam bilik. Boleh tahan juga harganya..tapi macam sis cakap sesekali jangan berkira sangat ye tak.. hehe :)

    ReplyDelete