Pages

Sunday 10 April 2016

Dulu Penpal, Sekarang Suami Isteri

Bismillahirrahmaaanirrrahimmm

10 April 2016

Tetiba dah kenapa pulak aku start menulis balik ni kan? entah. rasa macam banyak benar masa lapang sejak hampir setahun aku resign gomen dan kerja private ni. klinik ni pulak suam2 kuku je patient yg datang. so aku ingat aku nak restart blogging yg dah lama terkubur ni. dua tahun lebih kot. haha. hangat2 taik ayam macam tu lah. lagipun bosan juga pusing2 duk bukak fb instagram fb instagram. kadang2 je twitter. aku ni sebenarnya suka update pasal kehidupan kami anak beranak kt instagram especially. tapi a lil bit reserve. tak semua aku akan upload. nanti orang bosan pulak. so mungkin dengan menulis balik kat blog ni aku boleh save our memories, mana tau dah tua2 nanti boleh baca balik then senyum sorang2. haha. loser kan. whatever.

KISAH PERKENALAN AKU DAN SUAMI

Rasa macam nak cerita pasal ni pulak. aku tak pernah tulis di mana2. pernah bercerita je. hehe. first time aku kenal suami aku iaitu faizal ni (aka pyejal) masa tahun 2000. masa tu kami form 4. aku sekolah SMKARA, sekolah berasrama penuh. aku ada kawan rapat masa tu, nama dia Puteri. korang tau la kan. form 4 kan takde exam yg besar & kritikal. PMR dah lepas, SPM plk tahun depan. so takdela ko nak expect aku studyyyy je memanjang sbg preparation utk SPM plk masa tu kan. tak payah nak cemerlang sangat. haha.

So macam biasala hari minggu kalu kami tak balik kampung, kami lepak kat library asrama kat tingkat 3. bukan study sgtla masa tu. kat library ada la majalah2 ilmiah tu kan. seingat aku masa tu aku selak2 majalah Quest. lepak2 dengan puteri tu la. sampaila satu halaman kt bahagian belakang tu ada ahli2 kelab majalah Quest tu (aku tak tau org panggil apa haha). then Puteri ni tiba2 cakap kat aku

"apa kata mung tulis surat kat salah sorg dlm ni"

Alaa dia kan ada nama sekali dgn alamat rumah. dlm tu ada nama, alamat, tarikh lahir je tak silap aku. pastu si puteri tunjukla satu nama ni--

MOHD FAIZAL ABD JALAL

Dia suruh aku tulis surat kat mamat tu. kebetulan pulak aku tengok tarikh lahir dia lebih kurang dengan tarikh lahir aku-- 21 Mac 1984. sama umur dengan kitorang, beza dengan aku 3 bulan je. aku pulak 21 Jun 1984. haha pandai tak aku.

Aku pun lepas tu tulisla surat kat si faizal ni. tak ingat dahla aku tulis apa kan. ala konsep org nak berkenalan la kan. siap biodata tak menahan. haha, tau2la dulu mana ada henfon bagai ni. ada public fon je. tu pn kena guna duit syiling ataupun telco card. masa sekolah plk aku mana pandai nak berkawan2 dgn budak lelaki ni. maklumlah, nerd sket. puiiii. so at least berkenalan secara penpal ni bolehla konon2 isi masa lapang kat sekolah xde buat apa kannn. lagipun dia org Johor, peratusan dia nak ajak aku jumpa tu mmg zero la waktu tu. so selamat la bagi aku. aku boleh fake sket, tipu2 apa yg patut (ampun bangg, haha).

First surat aku hantar kat dia dia balas. excited kemain. ko tau kan perasaan org dapat surat. macam dapat hadiah. hahaha. masa tu dia hantar ke asrama aku la. sama jugak macam aku. first surat dia tulis biodata dia. mak aiiii. adik beradik dia 16 org. dia anak ke 15. power tak. haha. makanan kegemaran dia masa tu dia tulis nasik ayam (xley blah haha). berat pulak -- rahsia katanya. puiiii. haha. ingat balik macam klako. tp aku ingat sampai sekarang tulisan dia cantik. macam pempuan. sama la macam tulisan dia sekarang. haha. ala, biasa budak laki ni tulisan cakar ayam kan. tp dia tak. kemas je.

Kitorang berbalas surat agak lama jugak. berterusan sampai form 5. bagus Faizal ni. rajin nak melayan surat aku. haha. ada sekali tu dia bagi gambar dia. yela dalam majalah Quest tu xde gambar. gambar yg dia bagi tu dia tengah duduk atas buai besi tepi rumah dia (skrg dah xde dh buai tu). seluar slack, baju t shirt. orangnya berkulit cerah ala2 cina, hidung mancung. boleh tahanla hensem org kata. haha. aku pulak xtau nak bagi gambar mana bila dia mintak. maklumla aku ni orgnya biasa2 je. xde la lawo pon. huhu. ntah camane masa balik kampung aku terjumpa gambar kawan akak aku, boleh tahan cunla, tp pakai baju lengan pendek, tengah buat simbol peace. aku mintak ngan akak aku, dia bagi plk tu. haha. aku post gambar tu je kat faizal. x baik kan. haha. tp sekarang dia dah tau dah tu bukan gambar aku. dia dah agak dah katanya. cettt. haha. kantoi lama dah.

Form 5 kami berbalas surat siap bertukar2 soalan SPM kau. cemerlang sgt. haha. everytime sampai surat, kemain tebal dlm sampul, sbb siap dgn soalan. tp okla kan. ada la faedahnya kami berpenpal. haha.

Sampaila aku masuk matrikulasi PJ kami still berbalas surat. ada satu masa tu tengah awal2 zaman kemunculan handphone Nokia 3310. aku pun pakaila satu. mahal jugak first time beli henfon tu. RM 350 kalu x silap. bolehla buat telefon mak kat kampung (walaupun masa tu rumah kami xde telefon lagi, kena call jiran depan rumah mintak tolong panggilkan mak. haha. mekaseh la jiran. sori susahkan). lepas dapat handphone tu, faizal masa tu rasanya buat diploma kat uitm jengka pahang. dia pun pakai henfon jugak. Sagem ke apa. haha. so kitorang SMS jela. tp x selalu sbb masing2 busy kan dah masuk U.

Ok. masa aku kat uia pj la first time jugak aku jumpa bertentang mata dgn mamat bernama Faizal ni. selama ni berutus surat or sms je. cakap telefon macam tak pernah (sbb aku ni pemaluuuu sgt). tp camane tah aku boleh ajak dia jumpa masa 1st yr uia pj tu. sbb aku ada join satu MLM ni, so nak cari org join bawah aku la. hahahaha. xley blah. kami set tempat nak jumpa kat the Mall depan PWTC. masa tu kat PWTC ada pesta buku tak silap aku. of course la nak jumpa dia aku x sorang2. budak baik katakan. puiii. aku bawak kawan aku nama Najmiah ajak teman. kami jumpa kat McD The Mall. first time jumpa dia biasa2 je. senang kenal sbb dah pernah tgk gambar. cuma akula mesti dia nampak "aik apsal lain dari dalam gambar?" hahhaha. dia bawak beg laptop masa tu. kami jumpa kejap je. dan kesudahannya dia x join pon MLM aku. buat2 isi borang je nak sedapkan hati. hahaha. cesssss

Lepas drpd frst meeting kitorang, ada la kot sms sekali sekala tp x selalu. sampaila aku masuk UIA kuantan. seingat aku 2nd year kot. masa tu dia masih dia UITM jengka, rasanyalah. ada satu masa tu, lama sangat dia x kontek aku. sebulan sekali ada kot. tu pon kadang2 aku yg sms dia dulu. bila dia reply katanya kredit xde, nak save utk benda2 penting je (ok fineeee, hhaha). berlagak sgt dia ni tau haha. sampaila satu masa aku balik kampung, kaklong aku pass satu surat kat aku, tapi dah terbukak sebab akak aku dah baca dulu. kurang asam kaklong aku ni. tengok2 rupanya drpd Faizal. dah lama x sms tiba2 bagi surat dah kenapa plk mamat ni kan. aku pn baca sambil golek2 atas katil (drama sket). isi surat tu lbh krg camnila. katanya sorry sebab dah lama x kontek aku, sebab katanya dah ada 'special partner'. partner dia ni katanya nakal sket, & kuat cemburu orgnya. so xleh kontek aku selalu takut partner dia jealous. haha. camtula lbh krg. dia mintak maaf jgk kat aku kot2la aku simpan perasaan kat dia selama ni (tak pun, haha).lepas baca tu aku xdela frust sbb aku xdela anggap dia lebih drpd seorang kawan pon. cuma mungkin masa tu ada sedikit rasa sedihla sebab pasni aku fikir dah xde 'kawan' dah nak sms2 tanya dah makan ke belum, watpe tu. haha. sbb bagi aku Faizal ni budak baik, x suka ambik kesempatan, x gatal macam certain2 budak lelaki kan. pendek kata aku senangla berkawan dgn dia. hmmm.. so thats it. pastu kitorg dah x kontek dah. lama jugak.

Then, camane tah. dekat setahun kot. aku pon dah tukar no lain. tapi aku still save no dia. tangan aku pulak gatal pergi sms dia satu malam tu.

"salam. ingat saya tak"
macam biasala dia tanya aku siapa ni.
pastu aku jawabla "Teruterubozu". ala, watak cerita jepun. masa zaman tulis surat dahulu kala aku selalu guna nickname tu. lepas tu dia pun ingat aku. aku tanyala dia, aku sms ni ada orang marah tak. yela takutla awek dia marah. org dah berpunya kan (yg aku gatal pergi sms dia tu kenapa kann. haha)
"tak, saya seorg je skrg"
nak bagitau dia dah single la tew. haha. katanya awek dia tu yg mintak clash (perkatan2 org couple), so dia layankan aje. malas nak paksa2 org katanya. dah org tak suka kan. katanya. haha.
okla, so dia dah single bolehla aku berkawan dgn dia balik kan. haha. ala sekadar kawan, bukan lebih2 pun.

lama jugak lepas kami berhubung semula, ada satu masa tu dia 'approach' aku. masa tu aku posting Paed, kt Hosp Temerloh. dia kata dia nak relationship kitorg ni pergi lebih jauh, bukan sekadar kawan. tapi dia tak halang aku nak teruskan dgn cita2 aku. kelakar sgt masa ni sbb x de org pon pernah approach aku macam ni sblm ni. classmate main2 tu adalah. haha. aku rasa x keruan (hahhaha). rasa berdebar2, mcm org dilamun cinta. terawang2an sekejap. hahahha puiii. pulak dahh, aku xtau nak bagi jawapan camane. dua tiga hari jgk aku hold x cakap apa2 kata putus. siap mintak opinion kawan aku (Fidah), camane nak respon ni, yg konon2nya aku terima dia as 'boyfriend' aku or teman istimewa. haha. aku cakap jugak akhirnya aku terima. then dia kata, pasni jaga diri & batasan sbb aku dah ada dia. haha. gituuu rupanya org couple. maklumlah. aku kan budak baik. haha

Lama jugak kami bercouple masa 3rd yr tu. dekat setahun kot. dia kat UITM shah alam (ke?). kami couple bukan macam org lain. of course jarangggg sgt berjumpa. (dia kat johor aku kat kuantan). call pn jarang2. sms je tanya kabar. dua hari skali. lama2 jadi seminggu sekali. sampaila satu masa aku rasa perasaan aku kosong, aku rasa xde apa2 perasaan kat dia. sayang sebagai kawan je. (tp masa tu aku rasa aku tak pandai menilai perasaan aku sendiri). maklumla masih belum matang bab cintan cintun ni. dia pernah tanya aku aku ni sebenarnya suka x kat dia. sbb pernah sekali dia jatuh motor. tp bila dia bagitau aku, aku macam x care sgt pn kat dia. ntah. aku pn xtau apa perasaan aku masa tu. sampaila satu masa aku mintak clash dgn dia. sbb kata aku aku syg dia sbg seorang sahabat je. xboleh lebih drpd tu. haha. jahat juge aku ni. tp dia redha je. baik sgt faizal ni. nasib baikla dia sabar je dgn kerenah aku yg ntah pape ni. lepas tu, walaupon kitorg just kawan biasa, kami masih kontek. aku lebih selesa kot macam tu. tak terikat dgn apa2 status.

Then, masa aku 4th year (hujung tahun), dia approach aku sekali lagi. aku plk mudah kesian kat org, aku terima je. dan aku memang single je. tak pernah ada kawan lelaki lain pn masa tu. 7 bulan jugak kami couple utk 2nd time ni, then lagi skali aku mintak clash. haha. apa masalah aku pun aku xtaula. then again, dia redha je dgn keputusan aku. aku sebenarnya lebih pada nak fokus exam profesional yg tinggal beberapa bulan je lagi masa tu. malas nak serabutkan otak dgn perkara2 personal macam tu. tp still kami kontek macam biasa. no hard feelings. best kan. sebab dia baik sgt. aku je masa tu x pandai bersyukur/ appreciate org.

Dia pernah buat surprise masa birthday aku yg ke berapa tah (masa tu kitorg x couple). dia pakat dgn farah (hampeh betol farah). farah bawak aku pegi Teluk Cempedak. pusing2 terpandang Faizal. pandai dia wat surprise. haha. anyways, mmg sweet memories. xleh lupa. sampai terduduk aku pasal terkejut. sungguh x sopan. huhu

Ok. back to our stories lepas final exam 5th year. dia ada sms kata ada hantar surat kt aku ke mahallah kuantan. masa tu last day final pro. sweet x dia hantar surat tu lepas aku dah habis exam sebab x nak otak aku serabut. bayangkan dah sekian lama x hantar surat, tiba2 dia hantar. katanya sbb nak imbas balik awal perkenalan kitorg, simbolik la kiranya. dalam surat tu dia luahkan balik apa yg dia rasa. katanya dia x pernah cuba nak cari pengganti aku. setiap kali dia nampak gambar aku, dia mmg jatuh cinta yg entah ke berapa kali (aww jiwang x hahahahah). katanya dia akan tunggu aku sampai aku terima dia semula. x kisah berapa lama aku nak ambik masa utk fikir, dia akan tunggu. baik sgt dia ni aku bertuah sgt huhuhu.

Sampaila aku start kerja as HO kat HSNZ, aku still x reply surat dia. sampai sekarang kot. haha. satu sebab aku busy kerja, satu lagi sebab aku xtau nak reply apa (masih keliru dgn perasaan sendiri). kesian sgt kalu ingat balik sebab aku tau mesti dia tertunggu2 reply aku. tp dia sabar je. lbh kurang 4-5 bulan lepas dia hantar surat tu, dia ada mintak izin aku nak hadir ke konvo aku. aku ok je. first time la dia jumpa mak kaklong aku. mak aku ok je. budak tu nampak berjurus katanya. haha. masa tu jugak kami jumpa lepas surprise dia buat dekat TC kuantan tu.

Aku xtau camane aku dapat 'hidayah'. dalam bulan 12 tahun 2009 (6 bulan kerja), tiba2 aku rasa nak reply surat dia masa exam pro dulu tu. aku nak jawab luahan hati dia. ecewah. tp aku x bagi surat. aku sms je. kurang asam kan. camni je sms aku--

"kalau saya terima awak sekarang, apa awak nak buat" pastu dia reply--
"saya akan hantar rombongan meminang terus" hehe camtu je. pastu kitorang pon official.

Kenapa aku buat keputusan tiba2 camtu? ntah. sbb aku ni unpredictable. aku sendiri xtau apa yg aku nak. pening kan. haha. tp masa tu aku terfikir, sampai bila aku nak biar dia tertunggu2. aku pulak dh makin tua, org yg sedang menunggu tu pun apa kurangnya. baik, setia, memahami, insyaAllah boleh membimbing aku ke syurga. apa lagi yg aku nak. org dah ada depan mata. terima je. nak tunggu sape lagi. huhu.

Lbh kurang 2 bulan lepas tu, dia hantar rombongan meminang & kami pun selamat bertunang pada 27/2/2010. masa tu aku posting Internal Medicine. dalam tempoh bertunang tu ada la sekali dua kami berjumpa, tetap ditemani teman rapat. contohnya Ncbact. jumpa pun kononnya nak berbincang urusan nikah kahwin. pernah jugak dia dtg rumah aku sorg2, siap makan tengahari kari daging. haha. satu aku puji sifat dia ni, dari awal perkenalan kami, dia x pernah nak menggatal ataupun bersayang2 dgn aku. hahah. mmg dia jaga adab & batasan yg sepatutnya. walaupun dah bertunang.

Then, sampai waktunya dgn izin Allah, kami disatukan pada 16/9/2010 bersamaan 7 Syawal. majlis biasa2 je, tp alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 1st time berduaa2an dgn dia nak ambik gambar peluk2 ala2 pengantin tu pun yaAllah segan ya amat. haha. dia pun nampak segan jugak. maklumla x biasa kan. haha. 1st night dia bermalam kat rumah aku pun aku macam segan nak masuk bilik. macam kekok apsal ada lelaki plk dlm bilik aku ni.rasa macam nak tidur luar pun ada. alhamdulillah ok je pastu hahaha.

Sehari lepas nikah kami naik Myvi Oren aku konon2 berhoneymoon di Cameron Highland. dua hari satu malam je. tp seronokla sebab pergi dgn suami sendiri kan. hahaha. sebelum nikah mmg segan dgn dia. tp sehari dua lepas nikah tu dah x malu dah. hahhaha.

Cuti Cameron, bawah tu Kinabalu


Kitorang PJJ dekat 7 bulan jugak. 3 bulan lepas kawin kami panjat gunung kinabalu. best sgt xleh lupa pengalaman tu. tp kalu suruh panjat lg mmg tobat xnak dah. haha. PJJ best jugak sebab ada masa nak rindu2. jumpa pun 2-3 minggu sekali. lepas tu rezeki aku dapat pindah ke johor. sebulan duk sana aku pun pregnant 1st baby. alhamdulillah. dah dekat 5 tahun aku duk johor, sampai dah beranak 3. haha. alhamdulillah bahagia sgt.

So macam tula kisah cinta kitorang sebelum jadi laki bini sampai beranak pinak ni. memang jodoh aku dgn dia sgt kuat kan? aku terfikir jugak, kalau la dia x sabar dgn aku, agaknya dia dah kawin dgn org lain. ntah2 aku sampai skrg x kawin lagi huhuhu. bersyukur sgt dapat dia sebagai suami. dari sebelum kawin sampai dah anak 3 ni mmg dia penyabar sgt. anak aku no 2 (Lydia) ikut perangai dia. anak sulung aku (Sofiya) tu panas sket, agaknya ikut perangai aku. haha. apa pun semoga hubungan kami ni berpanjangan sampai bila2 & semoga Allah temukan kami semula di syurga nanti. ameennn :))

Terima sudi baca post yg berjela2 ni. sebagai kenangan indah kisah cinta aku dan suami tersayang. doakan kami ye :))
16 September 2010

Majlis sambut menantu yg sempoi2 je. Pengantin pempuan siap pakai spek. Haha

No comments:

Post a Comment