Pages

Tuesday 4 October 2016

Best ke jadi GP ni?

Eh. Dah lama diam, tiba-tiba muncul. 

Hehe. Lama tak keudara. Mak busy sikit melayan kerenah anak-anak yang berduyun tu (berduyun la tu kalu dah 3 hihihi). Sebenarnya ikut mood nak menulis ni. Kalau tengah bersemangat waja, boleh buat dua tiga entri satu hari. Kalu mood kelaut, tahun depan pun belum tentu boleh muncul. Haa gitcheww skala mood kita. Haha.

Masuk bulan Oktober 2016 ni-- lebih kurang setahun 7 bulan sejak aku bergelar GP (general practitioner). Walaupun bukan bekerja di klinik kepunyaan sendiri, aku tetap nak gelarkan diri aku doktor GP. Hehe. Tak kisahlah. Banyak cerita suka duka sejak aku bukan lagi bergelar penjawat awam. 

Aku takde kawan sangat

Maksud aku kawan-kawan yang boleh hang out lunch sama-sama contohnya. Memang. Kawan aku cuma staff klinik aku je. Haha. Sedih kan hidup aku. Dulu masa kat klinik kesihatan, ramai orang aku boleh buat kawan, sebab colleague pun ramai. Dengan misi-misi lagi. Kat klinik swasta, kawan-kawan aku hanyalah handphone aku. Staff (yang ada hanya 2-3 staff) hanya kawan bersembang masa kerja saja. Dan bila aku balik kerja, kawan setia aku sudah tentu suami dan anak-anak aku. Hehe. Kehidupan aku cuma berkisar di tempat kerja dan rumah.

Rasa lebih relax tanpa tekanan kerja yang bertimbun

Kerja aku cuma perlu merawat pesakit (yang tidak begitu ramai berbanding di KK dulu). Aku tiada kerja-kerja tepi (isi SKT, buat preparation untuk seminar etc). Memang dari segi itu kerja aku sangat enjoy. Masuk kerja pukul 9 pagi, balik pukul 5 petang. Sepanjang 8 jam aku kerja, pendek kata aku tak menghadapi sebarang tekanan. Melainkan tekanan daripada pesakit-pesakit yang kadang-kadang ada juga yang tak faham bahasa (tak semua hehe).

Ilmu tak berkembang

Sebenarnya, pesakit la buku teks doktor. Makin ramai pesakit kita jumpa hari-hari, makin banyak benda yang kita belajar (ye, doktor sebenarnya banyak belajar daripada pesakit). Kalau jumlah pesakit tidak begitu ramai, pengetahuan kita sebenarnya berkisar pada tahap tu sahaja. Tapi, masih bergantung pada usaha kita sendiri untuk menambah pengetahuan sedia ada. Ilmu perubatan sentiasa berkembang. Kadang-kadang boleh berubah. Sebab tu seorang doktor kena alert dengan update-update terkini dalam dunia perubatan. Ini untuk mengelakkan kita merawat pesakit bukan pada tahap optima. Silap haribulan, management kita pun tak berapa berkesan.

Dulu masa di KK/ hospital, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali mesti ada kursus (atau seminar) perubatan yang wajib dihadiri. Kebaikan menghadiri kursus sebegini semestinya boleh menambah (atau refresh ilmu yang sudah mula kita lupa masa belajar dulu). Selain daripada tu, kau boleh escape sekejap dari beban kerja yang menimbun. Haa yang ni memang betul. Kalau kau diberi pilihan untuk duduk terbongkang mendengar talk/ seminar, dengan melihat pesakit 100 orang sehari, yang mana satu agaknya kau pilih. Mestila duduk terbongkang dan tidur. Betul?

Tapi, kalau kau bekerja di klinik swasta, kau takkan dapat semua tu. Goodbye la kursus seminar bagai. Mereput la kau kat klinik sampai kau resign. Haha. Aku tak tau tempat lain macam mana. Tapi kalau kat tempat aku, dekat 2 tahun aku kerja kat sini, langsung takde kursus. Aku cuma bergantung pada ilmu-ilmu sedia ada, buku-buku medical dan sudah tentu google (yang ni penting hehe). Sendu kan hidup aku. *lap hingus. 

Gaji lebih promising

Yela, kalau gaji yang kau dapat di swasta sama saja dengan doktor kerajaan (untuk gred yang sama), tak kan kau sanggup nak resign kerajaan. Betul tak? Tapi perlu diingatkan, working hours pun mungkin akan bertambah kalau kau kerja swasta. Untuk yang masih bekerja kerajaan, kau boleh buat locum, kalau gigih locum, boleh cecah RM 10k sebulan tau (locum sahaja). Reason kenapa aku resign dulu? Nanti-nantilah aku cerita. Gaji adalah salah satu faktornya.

Tapi, doktor swasta tak semestinya duit banyak. Kalau kau tak pandai uruskan kewangan kau, poket bocor juga. Sendiri mau ingatlah. 

Tiada lagi benefit seperti penjawat awam

Sad truth. Tapi sebab ni pilihan aku, kita bersyukur apa adanya. Sedikit yang kita dapat, Allah gantikan dengan sesuatu yang lain. Hikmah saja yang perlu kita cari. Kau masuk hospital kerajaan pun tiada GL (cuma harapkan GL suami, syukur alhamdulillah). Ye. Apa-apa hal, walaupun aku kerja swasta, aku masik prefer untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan (refer pada bersalin ye kawan-kawan). Entahla. Sebab aku selesa di situ. Kalau aku nak cuba dapatkan loan bank pun, ya Rabbi punya lah banyak cekadak bank ni. Kalau penjawat awam, mudah saja. Takpe. Bukan kau nak mintak loan setiap bulan pun kan. Hahaha.

Banyak lagi benefit yang kau takkan dapat. Pandai-pandai lah kau cari.



Aku cerita semua ni tak bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang telah aku buat setahun lepas. Pilihan yang aku buat menentukan  corak hidup aku hari ini. Bekerja di klinik swasta banyak benefit juga. At least aku belajar dan sudah lali dengan selok-belok, ragam pesakit swasta. Awal-awal dulu, bukan sekali dua aku kena komplen. Tapi, aku ambil kritikan tu secara positif, dan cuba atasi kelemahan yang ada. Pengalaman mendewasakan kita orang kata. Hehe. Aku belajar melihat pesakit dari perspektif yang berbeza. Bukan hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Aku belajar untuk banyak bersembang dengan pesakit (walaupun pada dasarnya aku bukanlah seorang yang peramah). Masa kat KK dulu, aku tak berkesempatan nak buat semua tu disebabkan waiting queue yang panjang. Sekarang, aku boleh tau pesakit beli tudung diorang kat mana (haha melampau).

Nantikan 'surprise' daripada aku sedikit masa lagi. Doakan apa yang dirancang menjadi kenyataan dan berjalan lancar. Ameenn. Terima kasih sudi baca.

Sunday 3 July 2016

Raya di Terengganu VS di Johor

Bismillahirrahmanirrahiim, assalamualaikum wbt..

Selamat berpuasa hari yang ke 28 pada semua. Kejap je kan puasa kali ni. Tup tup tinggal 3 hari je lagi hari raya bakal menjelma. Waktu ni dah ramai yang mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut alidilfitri bersama keluarga tercinta. Cuti sekolah pun dah mula kan. Apa pun, dalam kegembiraan kita pulang beraya, kena pastikan keselamatan anak - beranak dalam perjalanan. Baca doa banyak - banyak moga Allah lancarkan perjalanan. Jangan fikir nak cepat sampai je.

Bagi mereka yang belum tahu, aku anak jati Terengganu. Suami pula anak jati Johor, orang Batu Pahat. Sejak 6 tahun kahwin ni, kami masih mengaplikasikan sistem giliran. Haha. Tahun pertama beraya kat kampung aku, tahun kedua giliran kampung suami pulak. Begitulah seterusnya kami ikut turn sampailah beranak pinak ni. Bukan apa, senang kerja. Tak pernah la pulak kami berbalah pasal ni. Tapi sendiri kena faham lah kan. Kena lah banyak bertolak ansur bila dah ada dua famili ni. 

Sebelum kahwin, of course la aku raya kat Terengganu je kan. Bila dah kahwin dengan orang Johor, baru rasa dan alami banyak perbezaan budaya dan cara sambutan hari raya di tempat masing-masing. Memang banyak beza. Ok. Jom aku ceritakan sikit.


Raya di Johor dua tahun lepas. lydia baru 5 bulan

Raya di Terengganu

Keluarga aku tak besar mana, adik beradik 8 orang, ada beberapa orang yang belum berumahtangga. Anak buah dalam 8 orang. On the way hujung tahun ni insyaAllah akan keluar lagi sorang, anak adik perempuan bongsu aku. So, takdela ramai sangat makhluk yang ada waktu hari raya pertama. Ada yang beraya belah suami dia dulu, dan sebagainya. Tapi ok je. Takdelah meriah sangat.

Dari segi juadah raya, masa arwah ayah aku ada dulu (al fatihah untuk arwah ayah), lemang adalah menu wajib yang mesti ada. Ayah je pandai buat lemang. Bila arwah dah takde, takde sape dah yang pandai nak uruskan pembuatan lemang tu. Agak renyah sebenarnya. So, kalu mak aku rasa nak jugak ada lemang, mak tempah je kat orang kampung yang buat lemang. Boleh la juga merasa lemang. Selain lemang, tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah pun wajib ada. Tu kepakaran mak aku lah. Sedap sangat tapai ni, memang laku habis kalau raya. Lagi-lagi disimpan dalam peti ais. Sedap nyehhh. Dah kecur dah air liur aku cakap pasal tapai pagi-pagi ni. Haha. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, mak aku dah mula rajin buat ketupat palas. Yang segitiga tu. Masalah nya, yang pandai bungkus ketupat tu mak aku sorang je. Anak-anak dia yang lain tolong kira jelah, tak pun tolong simpul matikan hujung ketupat tu jadi padat tak terburai. Kemudian tolong potong pendek kan tangkai dia.Tu jelah kerja kitorang, kesian mak aku kan. Haha. Biasa mak akan buat lebih untuk anak-anak dia bawak balik sebagai bekal. Rajin mak aku ni. Terima kasih mak.

Pasal kuih raya pulak, sejak semua anak-anak dara dah berkeluarga ni, kami beli je. Dulu zaman sekolah, zaman universiti, bila nak raya mesti kami yang perempuan ni akan pakat-pakat buat kuih raya. Ala, kuih biasa je. Biskut dahlia (semperit), biskut kelapa, biskut kacang, biskut nescafe dan ada beberapa lagi la biskut basic masa tu. Takde la frambozen kenari bagai tu. Biksut orang kampung je. Buat ada - ada je untuk jamu tetamu. Kami bakar dalam oven bulat tu je. Loyangnya adalah tudung periuk mak. Haha. Seronok pulak ingat kenangan lama. Ada yang hangus, keras lah, rapuh sangat lah. Macam-macam. Haha.

Ok. Habis pasal kuih raya. Baju raya kami jarang nak sedondon, masing-masing beli sendiri kan. Bila sampai pagi raya, sape yang boleh solat tu akan ke masjid lah bersembahyang raya. Yang kat rumah tu reti-reti lah buat air, sediakan makanan. Oh ye. Kami kalau raya pertama kena ada nasik. Biasa kami buat nasi minyak lauk ayam masak merah. Tak pun nasik tomato. Kadang-kadang nasik kuning. Tapi kena ada nasik. Baru lah kenyang. Hehe.

Bila semua dah siap solat, balik rumah bersalam-salaman, bermaaf-maafan, baru lah kami makan apa yang ada. Tak tunggu lama, terus kami ke tanah perkuburan (pakat-pakat dengan sepupu sepapat), baca yasin sedekah doa pada mereka yang dah pergi meninggalkan kita. Kemudian, aktiviti ziarah pun bermula. Biasanya kami akan ke rumah Mak Su dulu (adik mak aku yang paling bongsu). Atok aku dua-dua dah takde. Famili belah ayah aku tak rapat sangat, kampung pun jauh. Adik beradik mak aku semua duduk dekat-dekat. Senang kerja. Yang bestnya kalu raya rumah maksu atau makteh aku, mesti salah sorang akan hidangkan juadah wajib iaitu nasi dagang. Nasi dagang diorang memang sedap. Memang pure Terengganu. Susah aku nak jumpa nasi dagang sesedap tu kat Johor ni. Kami ziarah rumah masing-masing sampailah waktu zohor. Bila dah penat, balik lah pulak. Orang yang datang beraya kat rumah aku tak ramai pun, kami adik-beradik je biasa berkumpul. Sepupu sepapat tu kadang-kadang raya kedua ketiga baru sampai.

Begitulah kisah raya kami kat Terengganu. Takdela meriah sangat. Hehe.



Raya di Johor

Kali pertama aku beraya di kampung suami, agak kejutan budaya juga. Adik-beradik dia ramai, dia anak ke 15 dari 16 orang. Gila tak ramai kan. Haha. Setiap kali raya memang riuh rendah rumah mak mertua aku. Anak buah pun laki aku dah lost track berapa orang. Haha. Ada 30 orang lebih kot. Yela, setiap tahun ada je baby baru keluar. Dah tak heran dah haha. 

Bila dah ramai-ramai macam tu, tidur pun tidur lambak. Ada la port-port yang biasa orang suka, port tersembunyi la bagi aku. Senang nak bukak tudung bila nak tidur. Kalau kau dah tidur tengah laluan orang, jawabnya, bertudung litup la kau sampai pagi. Solehah sangat kan. Haha. Tapi meriah lah, masak pun sama-sama, yang ni tukang kemas, yang ni tukang potong-potong sayur. Yang lepak tak buat apa, kerja bersembang pun ada jugak. Haha. Tapi diorang jenis tak kesah sangat. Dah memang ramai bebenor dah kat dapur tu. Sampai tak tau nak tolong apa dah. 

Malam raya semua dah pakat gosok baju famili masing-masing. Kena ikut giliran kekdahnya. Takut pagi tak menyempat pulak. Belum lagi cerita berebut bilik air. Subuh lagi dah kena mandi. Haha. Pagi raya sebelum solat raya makan dulu. Juadah tradisi belah suami aku ni macam biasa ketupat nasi, makan dengan kuah kacang atau lontong. Ada rendang, kuih lepat dan macam-macam lagi. Beza dengan orang Terengganu, kat johor takde hidangan nasik macam nasi tomato ke, ketupat lontong tu lah makanan utama. So kena makan kenyang-kenyang kalau tak lapar nanti sebab raya pertama biasa takkan jumpa nasik. Haha.

Kemudian, lepas solat raya, macam biasa sesi bersalam-salaman dan sesi bagi duit raya. Pastu, kumpul ramai-ramai depan rumah untuk sesi penggambaran. Dah siap posing, baru lah semua konvoi, dalam 5-6 kereta juga sekali konvoi, pergi beraya ke rumah sedara mara terdekat. Setiap kali serbu rumah orang, ada yang akan lead baca selawat. Bergegar juga rumah. Haha. Dah setel teguk air sket, cuit-cuit balang raya yang ada, sembang sikit-sikit dengan tuan rumah, baru lah semua bergerak ke rumah seterusnya. Repeat balik bacaan selawat tadi. Begitulah seterusnya. Meriah kan? Balik rumah dalam tengahari semua dah lepak kepenatan, perut pun dah kenyang. Bertebaran lah tutup mata ala kadar. Haha. Kalu ada yang nak sambung beraya sila lah. Tapi kami biasanya esokknya sambung balik. Dan biasanya raya ke dua kami dah gerak balik ke Terengganu nak beraya dengan orang sana pulak.



Haaa.. agak berbeza kat situ cara sambutan raya di kedua-dua negeri. Bergantung juga sebenarnya. Lagi ramai famili members, lagi riuh rendah dan meriah. Yelah, jumpa pun setahun sekali. Masa tu la nak memanfaatkan masa yang ada untuk merapatkan kembali silaturrahim, berkongsi cerita, bermaaf-maafan dan sebagainya. Bagi aku, raya di Terengganu atau di Johor sama saja. As long as kita masih ada famili, mak ayah adik beradik tersayang, bagaimana pun cara sambutannya tak jadi masalah. Yang penting -- BALIK. Tu je kadang-kadang cara kita nak appreciate mak kita. Diorang ni sebenarnya rindu kat anak cucu je. So, balik lah ye. Tak kesah la giliran sape pun raya tahun ni. Janji balik kan. Mintak ampun jangan lupa tau. Sedekah sikit setakat yang mampu. Rumah compang camping berlendir sana sini tak usah la dikutuk dikeji. Kat situ jugaklah kita membesar kecik-kecik dulu kan.

Ok lah. Dah panjang sangat lah pulak. Apa pun, selamat memanfaatkan ramadhan yang berbaki dua tiga hari je lagi ni. Tak lupa jugak, selamat hari raya, maaf zahir batin :)


Tuesday 21 June 2016

Ada apa dengan hari jadi (birthday)

Assalamualaikum

Entri ni dah tertunggak. Tapi nak post jugak. Kesahnya 21 Jun lepas birthday aku. Dah tua dah aku. Muka pun dah berkedut. Eyebag penuh. Badan je tak gemuk-gemuk. Haih la. Haha. Tapi untung jugak kan. Baru la orang nampak tak macam anak 3. Macam anak dara gittteww kahkah. Jangan muntah k. Batal puasa aku tak tanggung.

Saja rasa nak bercerita pasal hari lahir. Aku sejak kecil tak heran sangat pasal hari jadi bagai ni. Kadang-kadang terlupa hari jadi sendiri. Mungkin sebab kami orang kampung biasa, dari famili yang sederhana aje, so kami tak kesah sangat pasal hari jadi masing-masing. Mak ayah aku dulu pun orang susah, takde makna nak bazir duit buat sambutan hari jadi ke apa ke. Baik buat beli barang dapur kan. Tapi kami tak kesah pun :)

Ingat lagi masa sekolah rendah, kalau hari jadi kawan sekelas, kami akan dijemput untuk sambutan hari jadi diorang, ala simple-simple je.

"Weh, mari deh petang ni rumoh aku. hari jadi aku ni. Mu dok mari jage. Tak mboh saeng"

Haha. Kerek tol. Bila petang tu kami pun ramai-ramai kayuh basikal ke rumah 'S' contohnya. Tapi yang kelakarnya dalam takde duit tu kami bagi jugak hadiah. Ala hadiah budak-budak. Kotak pensel yang plastik keras tu, bentuk kotak tu. Kalau takde sampul hadiah cantik-cantik, kadang-kadang tu balut dengan kertas putih dalam buku tulisan sekolah tu je. Haha. Kalau takde benda sangat nak bagi, rembat jela pensel sebatang yang agak-agak masih cantik bagi kat tuan punya birthday tu. Ala, budak-budak hingusan, mana nak kesah sangat dapat hadiah apa kan. Haha. Bila sampai rumah si 'S', kami dijamu dengan bihun goreng, keropok dan ada la kuih sikit-sikit. Kek aku lupa ada ke tak. Ada la kot. Haha.

Bila masuk universiti baru lah ada sambutan birthday kecil-kecilan oleh sahabat-sahabat rapat. Kawan kat uni dulu sangat ambil kesah pada kawan yang lain. Siap bagi hadiah kain lagi untuk buat baju kurung. Aku tak kesah la pasal hadiah tu, cuma appreciate sangat ada jugak yang ingat birthday aku yang low profile ni. Haha. Aku memang introvert orangnya. Sebab tu ada certain-certain sahabat yang begitu rapat je yang ingat birthday aku. Terima kasih sahabat. You know who you are :)

Keadaan berubah bila dah kawen. Kita automatik belajar untuk hargai hari-hari istimewa pasangan kita. Salah satu cara untuk merapatkan hubungan suami isteri la kan. Kalau suami lupa, agak sedih jugak. Nampak sangat dia tak kesah pasal kita. Haha. Tak pernah harapkan apa-apa hadiah istimewa pun, cukup sekadar ucapan hari jadi dan doa selamat untuk kita. Tu pun dah cukup besar maknanya. Hehehe. Pang skaleyy.




Birthday surprise daripada suami 2 tahun lepas. Dah kantoi dah umur aku berapa sekarang kan. Opps. Rainbow cake world cup theme siap. Haha. Padahal bini dia mana reti tengok bola ni. Layan je. Hehe.



Yang ni birthday combo 4 beranak bulan April haritu. Lebih pada celebrate birthday Sofiya & Lydia la. Kitorang ngendeng-ngendeng je. Abah dia bulan Mac. Umi bulan Jun. Lydia bulan Januari. Nayla tak masuk geng sebab baru lahir :)


Victoria sandwich cake with robocar poli theme. Order ngan @zyqamazlan. Alhamdulillah sedap kek dia. 


Bila dah makin dewasa, dah berumahtangga ni, dah beranak-pinak, aku mula belajar untuk lebih menghargai orang lain. Biar lah mak abah dia tak merasa sambutan birthday macam budak-budak zaman sekarang, tapi bagi aku, untuk anak-anak, selagi ada kudrat, ada rezeki lebih, akan aku buat juga sambutan kecil-kecilan. Biarpun hanya sepotong kek. Tak perlu majlis grand-grand pun, sekadar beli kek murah-murah, nyanyi-nyanyi sikit pun dah cukup buat diorang happy. Biar diorang belajar menghargai dan dihargai. Sekurang-kurangnya diorang tak merasa inferior atau rasa tak disayangi kalau tengok anak orang lain sambut birthday kemain, tapi kenapa dia tak. Kannn..

Ehh tapi tak bermakna aku kesal sebab kecik-kecik dulu mak aku tak pernah kesah birthday kitorang. Haha. Takde hal pun. Ikut kemampuan masing-masing. Mak ayah kitorang ada cara masing-masing nak tunjuk kasih sayang mereka pada anak-anak. Mereka bekerja keras untuk menyara kami adik-beradik tu pun tanda kasih sayang jugak kan. So, takde kesal sekelumit pun. Hehe. 

Dah panjang pulak aku merapu. Setakat ni jelah. Happy belated birthday untuk aku. Haha. Korang doakan yang baik-baik ye:)

Terima kasih sudi baca.

Thursday 2 June 2016

Ayam buttermilk simple tapi umphh!




Haha ummphh tak ummph sangat lah. Tapi nak bagitau sejak akhir-akhir ni selalu sangat masak menu ni. Tengok lah kalau cik abang cakap dah bosan stop lah masak. (stop masak terus hahaha). 

Takde lah. Kadang-kadang kita dah bosan hari-hari makan ayammm je memanjang. Sekali-sekala ikan lepas tu bila dah tak tau nak makan apa makan la ayam balik. Jarang sekali ketemu la dengan daging lembu pulak. Tapi sangat jarang. Biasanya ayam lah. Murah pun murah kan. Yela murah la sikit banding dengan seafood ke contohnya.

Ayam buttermilk ni mudah sangat buat. Tak sampai 30 minit kat dapur dah boleh menjamu selera. Yang penting bahan cukup. Dan bahannya pun tak la sukar nak dijumpai. Biasanya ada je stok dekat dapur tu kan. Yela tukar la selera orang kata. Takde la pusing-pusing sup ayam, kari ayam, ayam goreng. Kann..

Jom cek resepi. Umi abah suka, anak lagi suka. Tu yang buat rajin nak masak kalau anak makan beria. Tapi tengok mood dan haribulan jugak la kan. Kalau tak nak tu jangan nak paksa sangat la haha.

Ayam buttermilk:

Bahan-bahan:

Ayam dipotong sederhana(separuh/ 1 ekor)--perap dengan garam, serbuk kunyit, serbuk kari
Marjerin (1 senduk)
Susu cair 1 tin
Bawang merah 3 ulas (hiris halus)
Bawang putih 2 ulas (ketuk/ hiris halus)
Daun kari
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

Ayam yang diperap (5 minit cukup), digolek-golek atas tepung gandum dan digoreng seketika sehingga garing/ masak (jadi ala ayam KFC). Dalam kuali berasingan, panas kan marjerin dan tumiskan bawang merah dan putih sehingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati. Kalau taknak berkuah jangan masukkan semua. Aku suka berkuah so aku habiskan 1 tin. Bila dah mendidih, taburkan daun kari (untuk wangikan aje). Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau seketika. Perasakan dengan garam. Dah siap tutup api, sedia untuk dihidangkan. Sedap! Creamy gitu. Kalau nak pedas boleh tambahkan cili padi. Selamat mencuba!


Sunday 29 May 2016

Pengalaman bersalin anak ke 2 (Lydia)

Anak pertama dah ada entri, anak ke 3 pun dah. Yang ke 2 nya mana? Haha. Takpelah, aku ceritakanlah juga sebagai kenangan. Mana tau nanti anak-anak dah besar, mereka boleh baca balik betapa susah payahnya ibu nak melahirkan mereka adik-beradik. Tu diaaa aihhh. Haha.

Pengalaman melahirkan Lydia adalah yang paling mudah kalau nak dibandingkan mereka 3 beradik. Bukan maksud aku nak bandingkan anak-anak aku. Cuma nya, melahirkan Lydia adalah yang paling senang. Ketiga-tiga pengalaman melahirkan memang la ada susah payahnya. Sakit nya sama sahaja. Sakit nak bersalin, apa lagi yang boleh kita kata kan, memang lah SAKIT. Haha. Orang perempuan je yang tau perasaan ni. Ehem. 

Dari awal mengandungkan Lydia alhamdulillah takde banyak masalah. Aku follow up biasa macam anak pertama di klinik kerajaan (masa tu aku masih lagi staf di hospital kerajaan). Hemoglobin, uri, tumbesaran baby alhamdulillah semuanya ok. Cuma sama seperti pengalaman melahirkan Sofiya 2 tahun sebelum tu, Lydia ni pun terlebih hari dari EDD. Sofiya aku post date 6 hari, Lydia pula post date 5 hari. Sepatutnya due date 4 Januari 2014. Lydia lahir 9 Januari 2014. Hehehe.

Sama juga jalan ceritanya macam kelahiran Sofiya, aku start sakit main-main (irregular contraction) sejak pagi around pukul 8 pada 9 Januari itu. Masih lagi boleh melakukan kerja-kerja rumah seperti basuh baju, jemur baju, sapu rumah, masak? Entah lupa masak ke tak. Haha. Masa tu aku dah ambil cuti bersalin awal 2 minggu. Baby pulak decide nak keluar lewat. Haih la. Haha. 

Contraction bertambah kuat menjelang waktu maghrib sampai ke malam sebelum tidur. Sempat lagi pukul 9 tu aku makan nasi goreng kampung kat depan tv (laki aku tapau). Tapi makan dalam keadaan menahan kesakitan. Masa tu seingat aku contraction dah 1 in 30 minutes. Bertambah kuat dan kerap. Suap nasi sesuap, stop kejap tarik nafas sambil tahan sakit. Bila nak tidur malam tu (dalam pukul 10), aku doa-doa la supaya boleh bertahan at least selepas subuh. Haha berangan je. Tak sampai pukul 12 tengah malam aku dah kejut laki aku cakap dah tak tahan sangat. Dia pun memang tidur-tidur ayam je katanya haha. Selepas bersiap semua benda yang perlu dibawa, dan siap-siap masuk kereta, kami bergegas ke rumah pengasuh Sofiya dulu untuk tinggalkan Sofiya kat situ. Alhamdulillah kami dapat pengasuh yang baik dan tak berkira. Jangan risau katanya, dia akan jaga Sofiya macam anak sendiri. Dan dia doakan supaya proses bersalinku dipermudahkan.

Tanpa melengahkan masa, suami aku terus memecut ke HSA. Macam ribut dia bawak. Cuak katanya. Risau aku terberanak dalam kereta. Haha. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit (tengah malam, kereta tak banyak). Kami tak ke Hospital Kulai seperti sebelum ni, risau takut kena naik ambulan lagi haha. 

Sampai sahaja di bilik saringan, pesakit tak begitu ramai. Selepas didaftar, aku diminta baring untuk pemeriksaan VE. Alhamdulillah HO yang memeriksaku adalah HO perempuan. Os dah 5 cm katanya. Station low. Perghh. Patut lah sakit tak hagak. Haha. Dia terus melakukan ARM (artificial rupture of membrane, aka pecahkan ketuban). Bila ketuban pecah, terus aku rasa tulang pinggulku seperti terbukak. Memang sakit yang amat. Haha. Tak lama lepas tu, aku ditolak menggunakan wheel chair ke labour room. CTG dipasang, IV line pun aku rasa tak sempat pasang. Haha. Sebab beberapa minit lepas tu aku rasa macam nak buang air besar yang amat. Seolah-olah kau sembelit dan benda alah tu dah berada kat hujung-hujung dah. Ini la masanya untuk aku melahirkan. Dah berazam dari awal supaya dapat meneran dengan sepenuh tenaga dan daya. Tak henti-henti mulut aku baca doa nabi Nuh mintak dipermudahkan. 

Masa berjalan dengan begitu pantas. Tak sampai setengah jam aku masuk labour room os aku dah full, nurse dan MO (perempuan) dah ramai-ramai standby untuk mengendalikan proses bersalin aku. Memandangkan ni anak kedua aku, agak mudah bagi aku untuk meneran dengan betul (meneran ikut mulut, sambil kepala anak mesti descend sekali). Alhamdulillah, lebih kurang 15-20 minit bertarung, Lydia pun keluar melihat dunia. Nurse yang conduct delivery tu adalah JM. Ok je takde masalah, cuma ada sedikit tear (1st degree tear) dan juga tear dekat dengan urethral opening (lubang kencing). Baby keluar sahaja terus diletakkan atas perut untuk baby-mother bonding. Alhamdulillah dapat baby girl lagi. Hehe. 

Proses mengeluarkan uri dan darah beku berjalan lancar. Cuma tear yang ada perlu direpair supaya tak berlaku bleeding. Kata MO tersebut, tear di bahagian lubang kencing tu juga perlu dijahit dan LA (ubat bius) tak dapat diberikan. Agak sakit lah part tu tapi redha aje lah yang penting semuanya dah selamat.

Proses bersalin kali ke 2 ni agak special sebab suami aku berpeluang untuk melihat dan menemani aku sepanjang proses tersebut. Tapi seingat aku dalam menahan kesakitan tu, aku cuma dapat rasa dia tolong angkat kepala aku je dan pegang tangan bagi semangat. Suara dia langsung aku tak dengar. Riuh rendah sangat agaknya suara misi dan doktor dalam labour room tu. Haha. Rupa-rupanya katanya dia pening-pening lalat masa tu. Aku pernah tau yang sebelum dia agak alllergic kalau tengok darah ni. Haha. Takpe la suami, yang penting dia berani masuk join sekali crowd mak limah malam tu. Tu pun aku dah appreciate sangat. Nasib baik tak pengsan je huhu :p

Dah selesai semuanya, aku dan baby ditolak menaiki wheel chair ke wad bersalin kelas 1. Tiba masa untuk aku berehat selepas bertarung nyawa melahirkan anak ke 2 kami. Masa tu sakit semua dah tak ada. Cuma rasa letih dan lemah aje. Rasanya proses melahirkan Lydia berlaku begitu pantas. Aku sampai hospital dalam pukul 12 tengah malam, masuk labour room dalam 1 pagi, dalam 1.45 pagi macam tu aku dah selesai bersalin. Kurang dari 2 jam dah lahir Lydia ke dunia. Alhamdulillah sangat auratku juga terjaga kali ni. Daripada HO yang buat VE, masuk ke labour room sampai delivery proses semuanya staf perempuan yang terlibat. Syukur sangat-sangat.

Suami aku suruh balik je pagi tu sebab dia tak boleh stay dalam wad bersama aku, Lagipun masa tu Lydia ok je tidur je haha. Anak dah masuk 2 maknanya aku takde la kekok sangat kalau nak uruskan sorang-sorang. Lagipun nurse ada kalau aku perlukan bantuan. Malam tu aku tak tidur sangat, cuma tutup-tutup mata je. Aku dah pun maklumkan berita kelahiran tersebut kat famili di terengganu. 

Petang esoknya aku boleh discaj kerana takde apa-apa masalah. Kami singgah dulu di rumah pengasuh untuk pick up Sofiya. Respon nya agak terkejut bila tengok aku memangku adik baru. Awal-awal tu Sofiya agak jeles dengan adik dia, yelah selama ni dia sorang je, tiba-tiba dah ada orang lain yang perlu berkongsi umi abah dia. Haha. Tapi fasa tu sekejap je, lama-lama dia jadi terlebih sayang pulak kat baby baru. Yela masa Lydia lahir dia baru 1 tahun 10 bulan :p

Proses berpantang aku adalah yang paling sempoi. Aku berpantang sorang-sorang je kali ni. Mak aku takde tengah jaga anak adik aku kat KL. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Lydia sangat lah baik budaknya. Nangis sikit-sikit kalau nak susu je. Kuning langsung tak de. Maknanya aku tak perlu berulang-alik ke klinik untuk cek kuning nya. Cuma nurse sahaja yang buat home visit. 4 hari pertama kami pulang ke kampung mertuaku di Batu Pahat. Kat sana la aku berurut bagai. Lepas 4 hari kami pulang ke JB sambung pantang sendiri. Pantang tak pantang sangat lah. Haha. Cukup syarat je.

Alhamdulillah juga, rezeki susu ibu aku agak murah. Aku berjaya melengkapkan perjalanan exclusive breastfeeding selama 6 bulan tanpa campur susu fomula. Kemudian aku sambung lagi breasfeed Lydia sampai setahun. Masa tu dia dah makan makanan pejal lah (dari 6 bulan lagi). Aku consistently pam susu untuk stok EBM di tempat kerja. Maksudnya, dari dia lahir sampai setahun lebih dia cuma consume susu ibu dan solid foods sahaja. Masuk sahaja usia dia setahun 3 bulan, susu aku drop bila aku disahkan mengandung anak ke 3. Masa tu la baru aku campurkan susu formula, sampai sekarang :p Nak cerita tentang breasfeeding, aku buat entri lain lah. Sebagai perkongsian sahaja, bukan untuk bermegah-megah. Mana tau bermanfaat. 

Secara kesimpulannya (macam karangan sekolah pulak), proses bersalin ketiga2 anak-anak aku ni memang berbeza-beza. Setiap daripada kita pun mempunyai cerita pengalaman bersalin yang tersendiri kan? Takde kelebihan dan kekurangan pun sebab aku percaya setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahya. Kita je yang kena pandai cari mana himahnya. Buruk yang kita lihat, buruk la yang kita dapat, begitu lah sebaliknya. Apa yang penting, kita bersyukur dan berusaha untuk mendidik amanh Allah itu dengan sebaiknya. Doakan anak-anak aku sihat, bijak dan jadi anak-anak solehah ye. Terima kasih sudi baca :p


LYDIA BT MOHD FAIZAL 

Monday 16 May 2016

Strom Color Diamond Pan Set, kali pertama shopping di GoShop

Ok. Sejak bila pulak aku terjebak dengan GoShop ni. Haha. Gara-gara selalu sangat ternampak kat tv konon-konon kuali best la, bila goreng telur tak perlu pakai minyak la, langsung tak melekat la. Excited pulak aku nak cuba. Haha. Lagipun periuk lama dah uzur. Dah dua tahun lebih pakai, dah semakin menipis. Kalau masak lama sikit mula la berkerak. Dah tak semangat nak masak guna periuk. Last-last guna kuali je kalau nak masak masakan berkuah. Guna periuk lama tu kalau nak masak sup simple-simple je untuk anak-anak. (eceh, gaya macam rajin masak sangat kannnn, puiii).

Bila tertengok review Strom Color Diamond Pan ni, berkobar-kobar aku nak beli. Jenis spesis mudah terpikat betul. Harap tak mudah terpedaya lah haha. Aku pun suarakan keinginan pada cik abang untuk merembat satu set pan ni. Dia pun ok je. Layan jela bini dia ni haha. Lagipun pada aku harganya affordable. Tak terlalu mahal untuk dapatkan 1 wok 28cm, frying pan 28cm dan egg frying pan 20cm. Hanya RM 149 sahaja untuk satu set. Ok la tu kan. Tengok review pun bagus, rata-rata berpuas hati. Adalah beberapa komen negatif, tapi lumrah lah. Tak semua benda 100% perfect.

Suami aku order melalui www.goshop.com.my je. Order hari isnin, ahad depan baru dapat. Rupa-rupanya GdEx dah datang hari jumaat, tapi tak dapat deliver sebab klinik tutup. Kalau tak dah boleh masak asam pedas guna wok baru hari sabtu tu. Haha. Takpe la, janji selamat sampai dan tak perlu pick up sendiri di ofisnya. Terima sahaja parcel, excited nak tengok kejadian pan set ni. Adakah indah khabar dari rupa? Kali pertama pegang, rasa agak kecewa sebab materialnya agak ringan (sebab pada firasat aku lagi berat lagi tahan lama haha). 

Sampai sahaja di rumah, mak aku buat experiment pertama menggunakan egg frying pan. Korang nak tau telur lekat tak? Jawapannya-- ok, tak lekat. Haha. Excited sebab tak guna minyak langsung. Cuma kalau goreng terlalu lama, telur tu akan menjadi kering seperti crepe. Haha. Tapi okla, dah jimat minyak, boleh kurangkan kolesterol juga. Ececey. Macam poyo je kan.

Petang tu aku masak sup ayam pula menggunakan wok 28cm tu. Yeay, memang best guna wok ni. Aku ingat kuah tak banyak boleh masak, tapi aku berpuas hati sebab sup aku habis dimakan malam tu juga. Kuah banyak. Anak aku pun berselara makan nasi malam tu, tambah telur mata goreng tanpa minyak. Ko rasa? Wok tu yang menyedapkan masakan aku ke, atau pun aku je yang perasan sedap. Haha. Nasib la kau periuk lama, tersadai la kau kat bawah kabinet tu nanti, mereput. Haha.

Overall, aku berpuas hati dengan pan set kali ni. Mungkin tak setanding Tefal, tapi untuk aku yang masak tak selalu sangat ni, sangat ok. Agak ringan, tapi senang dicuci. Tak banyak cekadak sangatlah. Cuma frying pan 20cm tu, sebab dia ringan, handle dia tiba-tiba rasa lebih berat. Mudah tertonggeng (tak tau perkataan apa yang sesuai haha). Yang pasal viral telur melekat tu, aku rasa dia tak pandai goreng telur lah. Haha. Kena tunggu pan tu panas betul-betul, baru pecahkan telur. Tak kan melekat punya. Sikit-sikit tu akan melekat juga kalau dimasak terlalu lama. Janji teknik kena betul. Heaaa. Untuk mengelakkan calar pulak, guna la dengan cermat. Elakkan lah guna sudu besi senduk besi sudip besi segala. Kata nak guna lama. Pandai-pandai lah korang. Hahah. Kalau dalam tv langsung kata takde calar kan, tipu je tu. Sebenarnya kalau perati betul-betul ada je calar sikit-sikit. Mungkin tak ketara lah. 

Over pulak kan review set pan ni. Takpela sekali sekala. Haha. mana la tau korang ada niat nak beli. Aku tolong racunkan korang. Haha. Ada rezeki lebih, boleh la aku beli untuk hadiahkan pada mak aku pulak. Dia pun macam berminat je, walaupun tak cakap. Haha.

Sekian, esok saja. Doakan aku bertambah rajin untuk masak lepas ni. Haha.

Monday 9 May 2016

Co- sleeping (sleep sharing) bersama anak, pening nak susun katil?

Co- sleeping (tidur bersama) dengan anak mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Bila anak seorang sahaja mungkin tak ada masalah sangat bila nak tidur malam. Katil queen pun boleh muat 3 beranak. Kalau anak tu masih kecil dan tak kisah tidur dalam baby cot, boleh la sediakan baby cot di tepi katil utama. Kadang-kadang masa Sofiya dulu dia tidur dalam buai je. Dah lena betul baru angkat letak tepi kita. Tu pun masa anak belum pandai pusing-pusing. Dah besar sikit kena rapatkan katil ke dinding. Nanti ada pulak yang jatuh gedebuk tengah-tengah malam. Tak ke haru. Haha.

Bila Lydia dah keluar, penghuni katil bertambah jadi 4 orang. Ok, bertambah sesak la nampaknya. Haha. Dulu kami tidak tinggal di rumah sendiri (tinggal bersama kakak ipar, rumah kakak ipar punya). Bilik agak sempit sebenarnya. Ruang tepi katil muat-muat untuk solat sahaja. Jadi, kami masih guna katil queen yang sama. Cuma bila dah berempat terpaksa tidur melintang (kadang-kadang abahnya terpaksa tidur bawah bentang toto). Haha. Untuk anak-anak ok lagi. Tapi untuk mak ayah mereka yang agak panjang ni kaki terpaksa la terjuntai. Lebih-lebih lagi abahnya yang tinggi macam galah tu. Penat kot bila bangun pagi. Haha.

Bila dapat rezeki pindah ke rumah sendiri baru lah lega sikit. Kami beli katil king satu set (second hand je), dan letak di master bedroom. Murah je set katil ni, tilam king (hotel punya) yang masih elok beserta dgn katil king dapat harga lebih kurang RM 500 je. Berbaloi- baloi kan? Dah hampir 2 tahun kami guna, sangat puas hati. Tau la tilam hotel camane. Tip top. Haha. Muatlah kami 4 beranak.

Tapi lama kelamaan terasa juga sempitnya. Kena tahan nafas bila nak tidur. Tak boleh berpusing-pusing sangat sebab kawasan terhad. Haha. Sebagai solusinya, kami angkut katil bilik sebelah (queen) dan gabungkan dengan katil king yang sedia ada di master bedroom. Maka nya jadi luaslah tempat budak-budak bergolek. Baru lah lega. Bila dah bertambah seorang lagi anak pun masih muat dan luas.


Macam ni lah rupa bilik kami (lebih kurang). Luas kan? Gambar dari pinterest. Nak tunjuk gambar bilik sendiri malu. Ahaks.



Yang ni la biasa jadi kalau semua dah nak berkumpul satu katil. Haha. Dah anjing tu kenapa nak menyibuk jugak kan?

Yang ni pun ok juga.


Cuma nak pasang cadar yang sama katil king dan queen pada masa yang sama adalah agak sukar. Bagi anda yang mempunyai banyak masa deko bilik bolehla cari cadar yang matching setiap kali tiba masa menukar cadar. Ataupun cari aje bedspread yang besar yang boleh cover keseluruhan katil. Baru lah rasa seronok nak baring. Yelah, tengok katil dan bilik yang kemas dan cantik pun merupakan satu terapi yang boleh membuatkan mood kita happy sepanjang hari. Walaupun sleep sharing dengan anak, tiada alasan untuk membiarkan tempat tidur kita lintang pukang tidak berkemas. 

Ada quote mengatakan "Want to change the world? Start by making your bed everyday".

So true. Kalau kita dah kemas katil kita setiap pagi, semua selimut dilipat elok, bantal disusun rapi, anda sebenarnya telah berjaya menyelesaikan tugas pertama pada hari tersebut. Dan itu sebenarnya menjadi titik tolak (a small sense of pride) untuk kita menyelesaikan kerja-kerja yang lain (mengemas rumah, dapur dan sebagainya). Nampak macam benda kecil saja, tapi sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.

"if you can't do the little things right, you will never do the big things right" Haaa kannnn. Jadi, sila kemas katil anda hari-hari, suami pun kena bantu isteri kalau isteri tak sempat. Baru la bila malam nak tidur rasa tenang tengok katil berkemas rapi.

Co-sleeping ada pro dan kontranya. Tu cerita lain lah. Kalau anak dah besar, dah masuk 6 tahun contohnya, mungkin dah kena latih tidur di bilik sendiri, belajar berdikari. Boleh deko bilik anak dengan kartun kegemaran mereka contohnya, untuk menarik minat mereka tidur sendiri. Untuk mereka yang mempunyai bayi kecil (yang masih menyusu badan), tidur bersama bayi memudahkan si ibu untuk menyusu anak di tengah malam. Macam Nayla yang baru 4 bulan tu, tempat tidur dia paling hujung, dan aku tidur di sebelahnya sahaja. Memudahkan aku, menyusu sambil baring pun boleh. Badan pun tak penat. Kena pastikan juga kakak-kakaknya yang lain tidur jauh sikit daripada baby. Yelah, faham-fahamlah mereka tidur macam mana-- lintang pukang tak hengat. Kadang-kadang kaki Sofiya ada atas muka mak nya, kepala Lydia pulak dekat kaki. Haha. Kita pulak jangan lah tidur mati, kena pastikan keselamatan anak yang masih kecil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kerjasama dengan suami memang penting. Masing-masing perlu faham memahami. 

Sekian untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat. 

Sunday 8 May 2016

Babywearing Nayla

Aku mula berjinak - jinak dengan babywearing ni selepas melahirkan anak ke 3 aku iaitu Nayla. Kenapa sebelum ni aku tak terfikir pun nak babywearing? Yela, sebelum ni anak 2 je. Kalau nak ke mana - mana, sorang suami aku pegang, sorang lagi aku yang pegang. Tapi, bila anak masuk 3 ni, aku perlukan tangan 'sotong' supaya lebih mudah untuk kami mengawal anak - anak solehah kami yang sedang membesar tu. Sangat struggle ye kalau keluar berjalan, walaupun hanya ke shopping mall nak cari beras je pun -- tapi mood happy boleh bertukar jadi stress. Haha. Sebab tu aku perlukan 'sesuatu' untuk memudahkan kerja aku. Nak pakai stroller je tapi saiznya yang bulky dan agak menyusahkan nak bawak keluar simpan dalam bonet, tambah pulak anak bukannya nak duduk dalam tu pun. Haha. Sebab tu aku cuba cari option lain. Aku pun senang bawak anak, sambil - sambil boleh kawal jugak kakak - kakak dia yang berdua tu (sebab dua - dua tangan dah free kalau babywear Nayla). Aku dan suami pun tak stress, budak - budak pun happy sebab kurang kena marah (harapnya lah, haha).

Sebelum ni pengetahuan aku cetek tentang babywearing ni. Tak tau pun yang penggunaan crotch carrier sangatlah tak ergonomik dan boleh memudaratkan baby. Ada pelbagai cara nak babywearing, bergantung pada usia baby anda. Boleh join group Malaysian Babywearer kat facebook untuk timba ilmu sedikit sebanyak berkenaan babywearing ni. Aku tak berhajat nak menerangkan semuanya di sini. Anda boleh ke sana untuk tau lebih lanjut. Jangan malas. Haha.

Cuma perkara basic yang perlu kita tau (untuk anda yang memang zero knowledge tentang baby carriers):
1. jenis - jenis carrier yang sesuai untuk peringkat umur
2. kumpulan carriers yang ergonomik
3. kumpulan carriers yang tak ergonomik (tidak digalakkan langsung, contohnya crotch carrier)
4. kumpulan carriers yang tak selamat digunakan (used at own risk)

Jom la kita layan gambar - gambar di bawah (diambil dari Malaysian Babywearers FB):


Gambar atas tu adalah contoh crotch carrier. Kedudukan anak tak ergonomik, sebab tidak berada dalam kedudukan "M Shape"/ "knee to knee position" (refer gambar bawah sebelah kanan). Komplikasi seperti "hip dysplasia" boleh berlaku kalau tak ergonomik. Anak pun tak selesa sebenarnya.

Hip dysplasia yang boleh belaku sekiranya menggunakan crotch carrier


Jenis - jenis carrier yang sesuai untuk peringkat umur. 


Rules for babywearing. Nak babywear anak pun ada rules tau. Tak boleh hentam kromo je. Haha.

Disebabkan Nayla pun dah masuk 4 bulan, dan head control dia pun dah ok, maknanya dia sesuai untuk SSC (soft structured carrier). Lagipun kalau nak suruh aku guna wrap ataupun ring sling, aku pun tak reti. Haha. Tau lah kan, aku mestilah nak yang mudah - mudah je. Yang complicated macam wrap bagai tu aku belum terasa nak belajar pakai. Haha. Guna SSC senang. Bila nak guna sarungkan aje ikut step - step dia. Tak sampai 5 minit masukkan anak dah boleh pergi jalan. Haha.

Untuk first SSC aku, aku beli Andrea SSC. Affordable, tak sampai RM 200 pun. Bagi aku ok la tu, takde la mahal sangat. Nak yang RM 100 ke bawah? Banyak je, tapi kebanyakannya crotch carrier ataupun fake SSC. Apa? SSC pun ada yang fake ke? Mesti lah ada. Bahaya sebenarnya beli yang fake. Contohnya Ergobaby. Kalau dah dijual dengan harga RM 100 ke bawah tu, hmm sendiri mau ingatla ye. Memang lah jimat. Tapi kena fikirkan keselamatan anak kita jugak. Tu yang paling penting. Ada kes anak terjatuh dari SSC sebab buckle patah dan macam - macam lagi. Nak ke benda tu jadi kat anak kita? Haaa.. melabur sikit pun takpe asalkan berbaloi demi keselamatan anak, nyawa kita kan. 





Nah. Belanja gambar sikit. Nampak tali bahu kanan tu sedikit longgar. Tak sempat setting. Bolehje ketatkan lagi tu supaya selesa. Tapi ok je. Best je gendong Nayla ni. Tak terasa. Hehe.


Ok. Ada satu perkara aku nak share. Aku beli Andrea SSC ni sebelum aku join group Malaysian Babywearers kat FB tu. Aku beli ni sebab design dia cantik (biasa la mak - mak kan, nak yang cantik saje. Puii). Satu lagi sebab panel dia (tempat letak bontot baby tu) lebih wide. Masa aku nak beli tu ada lagi satu option iaitu Cuddle Me. Tapi panel Cuddle Me lebih kecil. Aku fikir kalau panel wider, baby boleh duduk dalam SSC tu sampai 1 tahun lebih. Kalau Cuddle Me mungkin sekejap je baby boleh duduk. Haa tu la kalau membeli tanpa ilmu (sebab tak tau kewujudan group babywearing ni kat FB huhuhu). 

Rupa - rupanya, SSC Andrea tak approve di group tersebut. Kenapa tak approve? Sebab katanya webbing dia licin, jadi mudah menggelongsor. Pulak dah kan. Tak menepati safety measure yang perlu dititikberatkan katanya. Cuddle Me approve pulak. Waaaa.. Nak nangis tepi bucu katil jap. 

Tapi sebab benda dah beli, guna jela apa yang ada. Janji kena buat extra precaution kalau guna SSC ni. Lagipun aku baru test sekali dua je kat Nayla. Masa kat rumah dia ok je duk dalam benda alah tu. Tapi bila aku cuba kat luar, dia agak mengamuk. Haha. Terpaksa keluarkan dan dukung macam biasa. Mungkin masa tu dia panas, nak tidur atau lapar. Jadi, kena pastikan dia tak mengantuk, tak lapar dan selesa tak panas sebelum dipakaikan SSC. Sekali dua cuba guna mungkin fail, haha. Lain kali kena cuba lagi, sampai dia rasa selesa. Jangan putus asa ye? Haha. **pujuk diri sendiri hukhuk.

Personally, bagi aku babywearing ni seronok. Rasa macam peluk baby je. Setakat aku cuba Andrea ni, agak selesa bila pakai. Janji kena ketatkan mengikut keselesaan kita dan baby. Nak kata webbing licin tu, belum rasa lagi. Setakat ni ok je. Mungkin sebab aku baru guna kejap - kejap je. Tangan kita dua - dua pun free. Agak senang nak buat kerja rumah (kalau baby jenis yang clingy, hehe). Cuma perkara yang aku agak kurang gemar bila memakai SSC ni, pinggang kita macam tercekik. Lagi - lagi untuk orang yang slim melim macam aku ni, rasa macam pinggang kerengga dowh. Haha. Jadi, penyelesaiannya, aku pakai cardigan untuk cover bentuk badan yang makin jelas kalau kita pakai SSC. Haaa, bijak tak aku. Korang pakai cardigan dulu, baru klipkan buckle kat pinggang tu, dalam cardigan. Korang cuba lah. Haha. 

Nasihat aku, sebelum anda nak beli tak kira jenis carrier untuk anak anda, buat la research dahulu. Dapatkan ilmu tentang apa yang boleh, apa yang tak boleh. Join la group Malaysian Babywearers kat FB tu, memang banyak ilmu yang boleh kita dapat. Tapi, kalau anda dah guna ergonomic carrier, janganlah pula pandang rendah pada mereka yang masih guna crotch carrier. Mungkin mereka masih tak tau tentang penggunaan carrier yang betul. Apa pun, kita berbabywearing untuk anak kita dan untuk memudahkan kerja kita kan?

Selamat berbabywearing daripada saya :))

Ps: Saya tak nasihatkan anda untuk beli Andrea SSC buat masa ni. Katanya, pihak mereka sedang membuat penambahbaikan. Mungkin masa akan datang Andrea akan diapprove. Option selain Andrea adalah Cuddle Me :)).






Thursday 21 April 2016

Aku dan kopi



Sejak bila aku suka minum kopi pun aku tak perasan. Rasanya sejak aku kerja di Klinik Kesihatan dulu. Ada sorang member aku ni hari2 kalau dia bercakap dengan aku bau kopi keluar dari mulut dia. Haha. Kuat minum kopi budak tu. Katanya dia dah biasa pagi2 bancuh kopi dulu secawan sebelum pergi kerja. Dia offer se peket kopi 3 in 1 kat aku untuk aku cuba. Aku ingat lagi tajuk kopi tu -- Coffee Super. Haha. Lepas ko minum terus ko rasa ko ada superpower. Boleh tengok patient 100 orang tanpa henti. Ok. Aku tipu je. Tengok patient 50 orang non stop pun dah rasa nak baling kerusi ke dinding.

Dulu aku tak suka langsung minum kopi. Lagi2 nescafe 3 in 1 tu. Sebab lepas ko minum tu, ko akan rasa selalu nak pergi toilet nak kencing (caffein kan diuretics). Aku suspek kandungan caffein dia tinggi (aku tak pernah cek pulak). Satu bab yang aku tak tahan adalah bau caffein yang semerbak lepas ko tinggalkan toilet tu. Siapa yang tak suka memang menyampah. Alah, macam ko makan petai sepapan dengan nasik berlaukkan sambal keli, sampai esoknya bau petai tu masih degil nak hilang. Menusuk hidung, menusuk kalbu, menusuk segalanya lah. 

Tapi kopi yang diperkenalkan oleh member aku ni (namanya M) berjaya membuatkan aku nak cuba kopi2 yang lain pula. Agaknya sebab bila aku ke toilet, bau caffein tak berapa kuat. Atau pun takde langsung. Kot? Lagipun kadang2 aku boring juga air apa aku nak bancuh bila tiba waktu rehat masa kerja kerajaan dulu. Asyik teh ais je boring juga khenn (tapi teh ais memang aku minum hari2 kot, terutamanya waktu lunch). Lepas tu aku mula ushar2 jenis2 kopi 3 in 1 yang ada kat shopping mall. Ada macam2 jenis, mahal ngan tak mahal je. Macam2 perisa pun ada juga -- caramel lah, latte lah, mocha lah, dan macam2 lagi. Kopi 3 in 1 macam ni tak menyebabkan aku susah nak tidur malam.


Ni lah kopi super yg kawan aku suka sangat tu. Tapi bagi aku rasanya biasa2 je. Agak cair. Aku suka kopi yang lebih pekat. Baru la ada feel. Haha (aku siap snap gambar harga, kes malas nak buang hehe).

Untuk cubaan pertama aku yang baru nak berjinak2 dengan kopi ni, aku beli kopi yang ini:



Sejak pertama kali aku beli premix white coffee ni, terus aku jatuh cinta. Haha. Bagi aku rasanya sedap dengan perisa hazelnut (ada perisa asli dan dengan campuran krimer juga). Satu lagi sebab secawan kopi tu aku dapat kopi yang pekat. Baru lah ada feel orang kata. Bila ko minum tu ko rasa bagaikan hari ni akan jadi berbunga2, ko akan kekal positif sepanjang hari, dan bersemangat waja. Haha (orang yang suka minum kopi akan faham perasaan aku, atau pun aku je yang hyperbola heaa). Maknanya, dah dekat 2 tahun juga aku setia dengan kopi ni. Ada la juga cuba beli yang lain. Tapi mana2 pun aku akan tetap beli yang ini juga. Ko faham tak apa aku nak cuba sampaikan ni? Hmm. Kopi ni murah je. Lupa la pulak berapa RM. Boleh intai sendiri kat supermarket.

Dulu kalau aku minum nescafe contohnya, malam tu mesti mata aku terkebil2 tak boleh lelap. Tapi sekarang tidak lagi. Ko minum pukul 9 malam pun, pukul 10.30 kalau dah mengantuk akan terlelap juga. Dah jadi addicted aku rasa. Agak kurang bagus di situ. Hmm.. Aku cuba kurangkan habit suka minum kopi ni, lebih2 lagi aku ni sedang menyusukan Nayla yg baru masuk 3 bulan lebih tu. Tapi aku cuba had kan pada satu cawan je sehari. Kadang2 selang sehari. Aku cuba minum kopi selepas aku mengepam susu untuk sesi pagi. Dengan harapan Nayla tak akan merasa susu umi berperisa coffee hazelnut. Kesian pula dia nanti. Aku ada terbaca minum kopi secara berlebihan boleh menyebabkan susu badan anda berkurangan. Tapi setakat ni, alhamdulillah susu masih maintain 15oz sehari untuk dua sesi mengepam (pagi dan tengahari). Ok la tu kan. Sekurang2 nya aku tak perlu campur susu formula lagi untuk Nayla (cita2 nak susukan dia sampai umur 2 tahun katanya. Doakan lah ye).

Aku memang suka kopi, tapi yang 3 in 1 sahaja. Agak tak bagus sebab kandungan gulanya tinggi. Aku teringin juga nak cari kopi yang biasa mak2 kita bancuh kat kampung tu. Tapi nak cari kat kedai runcit ni macam kurang yakin pula. Kopi Jantan lah, Kapal Api lah, Tongkat Ali lah. Takut pula aku nak mencuba. Haha.

Ok. Buat masa ni aku belum berniat untuk berhenti minum kopi sepenuhnya. Dah macam jadi habit perlu bancuh kopi hari2 waktu sarapan pagi. Cuma aku akan had kan pengambilan pada satu cawan sahaja sehari. Juga kena rajin gosok gigi, nanti lama2 gigi ko akan kuning2 bercapuk2 dengan caffein. Dah tak menawan senyuman ko.

Sekian cerita aku dan kopi. Bosan kan? Haha.



Wednesday 20 April 2016

Short getaway di Grand Lexis Port Dickson (17-18 September 2015)

Aku dan husband adalah laki bini yg sempoi je sebenarnya. Kalau sampai tarikh anniversary perkahwinan kami, jarang jugaklah kami nak beromantik macam pasangan lain. Haha. Paling cikai pun kami pergi dinner kat tempat konon2 exclusive sketla tapi bukan dinner berdua ala2 dating tu pun. Anak2 pun kami angkut sekali haha. Apatah lagi nak bagi surprise bunga ke, memang tak lah. *hint sket kat husband kot2 la dia nak bagi bunga pulak tahun ni khennn. Haha.

Sempena wedding anniversary kami yg ke 5 tahun lepas, aku cuba nak buat kelainan sket la. Pergi la 'honeymoon' sekali sekala tapi bawak anak2. Haha. Anak2 mana boleh tinggal kalau nak berjalan. Macam selfish la pulak kan. Destinasi pilihan kami kali ni adalah Grand Lexis Port Dickson. Dah lama juga berangan nak ke sini. Cuma fikirkan bajet yg agak kurang kami tangguhkan. Jadi, bila dah ada peluang (lagipun suami yg nak belanja haha) kami pun cepat2 booking hotel takut penuh pulak sebab tarikh yg kami nak pergi tu hampir weekend. Teringin nak ke sini salah satu sebabnya kerana disediakan private pool setiap bilik. Anak2 aku pulak memang suka sangat main pool ni. Jadi, memang diorang sangat excited lah (termasuklah mak ayah dia ahaks). 

Laki aku book hotel melalui agoda je. Banyak pilihan bilik yg boleh kita book, ikut preference kita lah. Sama ada above the sea, garden living ataupun sky living. Harganya pun memanglah lain2. Memandangkan kami 4 beranak, laki aku pilih Executive Pool Villa (above the sea) yang menyediakan 2 katil king. Seronok sket anak2 aku nak bergolek. Kalau anda pergi berdua je, boleh ambil Deluxe Pool Villa yang menyediakan satu katil sahaja. Ok la kan. Bilik yang kami book harganya untuk 1 malam adalah RM700++. Agak pricy sebenarnya tapi hidup ni tak boleh la nak kedekut sangat haha. Sekali sekala apa salahnya kan. Asalkan anak2 gembira. At least korang dah pernah merasa. Lepas ni tak payah pergi dah haha.

Kami cuma ke sana 2 hari 1 malam je. Cukuplah kan. Pergi lama2 duit pun banyak terbang nanti haha. Pagi 17/9/2015 tu kami bertolak ke PD lebih kurang jam 9 pagi. Masa tu anak masih dua. Baby masih dalam perut haha. Kami sempat singgah di Restoran Asam Pedas Selera Kampung di bandar Melaka untuk makan tengahari. Memang sedap asam pedas kat situ tapi bagi aku makanan dia agak mahal. Mungkin sebab tempat tu dah popular, pernah masuk JJCM TV3. Bila dah kenyang kami terus ke PD. Kalau ikutkan waktu check in adalah jam 3 petang. Kami tiba di sana lebih kurang jam 2 lebih, alhamdulillah dah boleh terus check in. 

Setelah selesai urusan check in, kami dibawa ke bilik hotel dengan menaiki buggy car, free sahaja. Sampai saja di bilik, bila masuk terasa terus excited bila nampak private pool. Cuma Sofiya agak cuak bila aku buka pintu yang mengadap pool tersebut, cuak takut umi terjatuh dalam tu (Sofiya ni memang jenis yg protective). Haha. Siap jerit larang umi bukak pintu tu besar2. Sofiya oh Sofiya. *geleng kapla.
Tengok Sofiya tu berair je mata. Lydia pulak macam biasa cool dan happy haha.

Masuk bilik terus mengadap pool ni. Agak luas. Memang syok la nak mandi manda. 

Bilik dia memang luas. Pantry pun besar. Ada microwave utk panaskan makanan. Kalau datang ramai2 pun boleh kot, bawak toto sendiri tidur bawah. Bukan nak tidur sangat pun kan tapi nak main pool haha. Bilik ni ada 2 katil king. Taknak buang masa, aku kerah anak2 salin baju dan siap sedia terjun pool. Sofiya dah cool sket. Dah tak nangis dah haha. 

Ok. Sekarang dia pulak yg terlebih excited. Haha

Dah nampak kat situ sape yg excited sebenarnya. Bapaknye lah. Haha. Lydia pulak yg cuak. Siap nangis2 taknak masuk air. Lagipun airnya sejuk sangat kot. Part tu yg tak best. Nak berendam lama2 pun menggigil.

Lydia tengah nangis tu. Kesejukan. Haha.

Ok. Excited beno bapaknya haha. Sofiya akhirnya main tepi2 tu je. Walaupun dah ada pelampung. Sejuk sangat katanya.

Abah tengah feeling2 sengsorang

Dah kesejukan ada disediakan air panas untuk bilas badan. Habis nampak tulang serangka anak aku haha. Ada tingkap kecik di situ tapi tak rasa orang luar boleh nampak.

Naik duck pun kat tepi2. Sofiya oh Sofiya

Lydia masa ni dah kesejukan. Aku mandikan terus dan pakaikan baju tidur. Sedap dia berbungkus dalam selimut. Haha

Masa ni dah hampir jam 6. Semua dah naik dan tukar baju. Yg bestnya ada cermin kaca ni. Boleh ushar2 air laut kat bawah. Untung2 ada ikan paus muncul. Lambai ajelah. Hahah


Ok. Tiba masa nak keluar cari tempat makan pulak. Perut dah lapar. Kami jalan je ke kereta yg di park di tingkat atas.

Otw ke kereta ternampak pulak playground yg ada pool jugak ni. Excited la anak2 aku. Sofiya siap ajak mandi lagi.

Posing jap. Belakang tu above the sea punya bilik.
Nampak tak keterujaan di situ. Haha
Dah2. Jomla kita gi isi perut dulu

Kami pusing2 bandar PD. Tak tau pun nak makan kat mana sebenarnya. Pusing punya pusing kami pun singgah je di salah satu cafe di tengah2 bandar PD. Che Det Cafe namanya. Kami makan masakan goreng2 je. Boleh la buat isi perut. Siap tapau lagi nasi goreng untuk breakfast esok (sebab pakej kami tiada breakfast). Ok la kan. Dah siap makan semua dalam jam 8 lebih. Kami pun gerak balik ke hotel.

Pemandangan hotel pada waktu malam
Setibanya kami di hotel, kami ronda2 dulu kawasan sekitar. Agak2 dah penat kami pun balik ke bilik sendiri dan tak lama lepas tu kami terus tidur aje. Sape2 yang hati kental boleh tahan sejuk melampau bolehlah terjun masuk kolam balik. Ko dah bayar mahal2 kan, apa ada hal. Haha. Tapi kami memilih untuk tidur je. Anak2 dah kepenatan. Selimut pulak melambai2. Haha. Tidur ajelah.

Esoknya selepas solat subuh, anak2 dah bangun, kami bawak diorang ke playground semalam. Dah janji katanya. Lagipun air tak sejuk macam dalam bilik kan.

Lydia buat muka selenge dia

Awal lagi, so orang tak ramai. Sofiya pulak main tepi2 je. Dah angkut duck pun taknak mandi betul2.

Si kecik dah sejuk

Muka tu jangan nak poyo sangat Lydia haha

Balik bilik diorang terjun lagi sekali masuk pool. Yela dah nak check out kan. Mainla dulu puas2. Macam biasa la budak2 ni, abah pulak yg kena dukung ahhaha.

Ok, dah sampai masa nak check out. Kita posing dulu.

Call je buggy bagitau no bilik. Nanti diorang datang pick up.

Kami check out dalam pukul 12 tengahari. Banyak lagi destinasi nak kena pergi masa tu. Kebetulan ada urusan di Putrajaya hari sabtu 19/9/16 tu. Jadi, alang2 kami singgah di Ikea Damansara cuci mata (tempat wajib kalau ke KL). Cuci mata jela sebab anak2 dah tantrum. Haha. 

Kesimpulan daripada percutian pendek kami kali ni-- ok la, puas hati, sekadar untuk spend time bersama suami dan anak2. Takdela terperap je kat rumah. Sekali sekali menggembirakan anak2 pun seronok juga. Bagi aku, Grand Lexis PD lagi seronok kalau air kolamnya tak terlalu sejuk. Boleh la kita nak bermandi manda dengan lebih tenang orang kata, tak perlu nak menahan kesejukan yg melampau. Tapi yelah, dah nama private pool dalam bilik beraircond, sudah tentu perkara sebegitu tak dapat elak. Kalau diberi peluang untuk pergi lagi sekali ke sini, mungkin aku akan pilih bilik yg mana pool nya terdedah dgn cahaya matahari (kediaman jenis sky living). Tapi kita kaum perempuan ni la yang kena jaga aurat pulak sebab pool nya terdedah dgn pandangan orang luar, tapi masih di dalam bilik. Tapi ok la untuk anak2 dan orang lelaki :))



Monday 18 April 2016

Pengalaman bersalin anak ke 3 (Nayla) secara Caesarian section -- part 2

Entri ini adalah sambungan entri yang sebelum ni.

Kalau anda baca entri sebelum ni, memang banyak ujian yg aku hadap dari awal mengandungkan Nayla sampai la bersalin. Belum lagi masuk ujian masa berpantang. Haha. Memang agak tragis. Tapi takpe. Aku redha. Anggap je ujian tu semua tanda Allah sayangkan kita untuk uji tahap kesabaran dan keimanan kita. 

"ketika Allah mencintai seorang hamba, Dia memberi ujian/ cubaan agar Allah mendengarkan rintihannya" HR Baihaqi

Ok kita sambung cerita.

Selepas balik daripada wad 2 hari bersalin, cuma suami aje yang ada bersama aku masa awal2 berpantang. Sofiya dan Lydia pergi school/ rumah babysitter. Mak aku belum sampai dari Terengganu, tunggu Kaklong aku cuti sekolah (weekend). So jumaat depan tu baru diorang datang (aku bersalin 1/1/16, mak aku datang 8/1/16). Seminggu jugak aku dan suami je ada kat rumah. Dengan nak kena masak lauk pantang, jaga baby, mandikan baby, susukan baby. Dengan aku nak kena jaga luka c-sect yg perit2. Agak seksa masa tu. Haha. Alhamdulillah laki aku ada, boleh tolong masak nasi, panggang ikan dan buat benda2 simple yg lain. Tapi aku macam biasalah. Kadang2 rasa tak boleh duduk diam. Nampak laki aku terkial2 kat dapur aku rasa nak tolong jugak buat benda2 simple. Rumah bersepah sangat aku pun terasa nak kemas sebab mata serabut tengok. Haha. Orang dalam pantang kena duduk diam je tapi aku tak. Degil sangat sebab tu la luka aku dah seminggu pun masih perit2 dan sakit bila bergerak.

Sampailah hari khamis (7/1/16), masa mandi aku perasan panty aku sedikit basah. Eh? cecair apa pulak ni? Dah risau sket masa tu. Bila aku belek2 luka c-sect aku, ada 1 lubang kecik dalam 0.5mm je, bila aku tekan sket ada yellowish discharge keluar. Aku agak risau juga sebab takut ada infection sebenarnya. Tambahan pulak luka aku masih merah (inflammed) dan sakit2. Nurse datang visit keesokan harinya, dia bekalkan aku gauze dan micropore, dan nasihatkan aku jumpa MO kalau discharge makin banyak. Bila aku tampal gauze dekat luka tu, agak cepat jugak dia soaked dgn yellowish discharge tu. Aku siap tekan2 lagi untuk keluarkan air. Risau takut infection makin teruk. 

Masalah aku belum lagi selesai, Nayla pulak hari ke 3 kuning dah naik. Pertama kali cek AOB 8.6 mmol/dL. Ok la lagi. Kena cek lagi lusanya, makin naik pulak jadi 11. Hari jumaat 8/1/16 (hari mak dan kakak2 aku sampai), AOB naik tinggi sangat sampai 14.5. Dah malam tu kena admit wad pulak untuk phototherapy. Dengan aku yg tak sihat sepenuhnya lagi (luka berair) kena stay sekali dengan baby kat wad (Hosp Kulai). Alhamdulillah diberi bilik sorang je dgn baby tak perlu share dengan orang lain. Privasi la sket. Tapi esoknya Nayla dah boleh discharge bila AOB turun jadi 11. Aku pun susukan baby dengan kerap. Cuma Nayla ni berak tak banyak. Jarang2 sangat. Kadang2 3 hari sekali baru berak. Sebab tu kuning dia degil sangat nak turun.

Kesian kena duk bawah lampu

Hari ahad (10/1/16), kami pergi lagi ke KK Kulai utk cek AOB Nayla dan aku nak jumpa MO sekali nak bertanyakan tentang luka aku yg aku rasa makin teruk (discharge makin banyak, pastu ada rasa gapping bila tekan). Aku masa tu dah on antibiotics (dapat hari khamis sebelumnya). AOB Nayla turun sket je 9.8 dan perlu cek lagi lusa nya. Tiba giliran aku diperiksa MO, dia kata memang ada gapping dan dah jadi wound breakdown. Terkejut aku. Risau sangat masa tu. Dia minta kebenaran aku utk open up the skin yang still intact tu untuk tengok lapisan bawah kot2 ada nanah (pus). Bukak jela... aku masa tu redha je dah pasrah. Haha. Bila dia gunting luka aku sampai ke hujung, mak aihh, memang ternganga terus lah nampak isi daging. Ada la lebar lebih kurang 3cm dan panjang 5cm dengan kedalaman gapping tu 3cm. Korang boleh bayangkan tak betapa besarnya gapping aku tu. Agak ngeri bila tengok. Cuma syukur sangat sebab bila dressing tak berapa sakit. Kata nurse yang cuci tu memang ada nanah sket tapi tak banyak sangat. Masa tu aku rasa macam tak percaya kenapa benda ni boleh jadi kat aku. Camane aku nak hidup dengan luka besar terbukak macam tu. Haha. Aku balik dan disuruh dressing sendiri dengan normal saline secara kerap. Aku mampu buat 2 kali sehari je pagi dan petang. Luka tu aku tak tunjuk siapa2 sebab aku tengok sendiri pun mengerikan, apatah lagi orang lain. Haha. 

Esoknya, aku dirujuk terus ke Gynae HSA. Setelah diperiksa, aku diberikan antibiotik yg lain (augmentine) dan diminta untuk meneruskan normal saline dressing 3 kali sehari. Appoinment seterusnya adalah isnin depan. Dalam pada aku perlu menjaga luka aku yang dah terbuka tu, aku masih lagi perlu ke KK untuk cek AOB Nayla. Selang satu hari. Memang AOB Nayla kejap naik kejap turun. 10-11 mmol/dL. Kesian sangat dia banyak kali kena prick dekat tumit kaki. Nak buat camane, dah terpaksa. Haha. Berak sangat kurang. Tapi alhamdulillah najis kuning macam biasa. Cuma asyik tidur jela si Nayla ni. Biasa la budak kuning memang camtu. Macam2 kami cuba petua untuk turunkan kuning-- mandikan dengan herba cina, bagi air anggur, aku pulak minum susu kambing dan sebagainya. Tapi masih lagi statik AOB dia. Sampaikan aku dah takut nak makan herba2 seperti lada hitam, kunyit, pati haruan (padahal untuk luka). Aku cuma makan ikan haruan panggang yg dilumur dgn garam je hari2 (sampai dah nak termuntah haha). Ikan haruan banyak2 tu pun free je kawan laki aku bagi. Banyak pulak tu. Jenuh pulak nak habiskan. Haha. Tapi bila terkenangkan luka, aku makan jela dengan pasrah. Haha.

Peneman setia. umi penat pangku, abah pulak ambik turn

Sampai masa check up seterusnya (18/1/160, aku perasan luka aku dah makin bersih dan cantik. Tisu2 baru (granulation tissue) dah mula tumbuh. Check up minggu sebelumnya banyak slough2 dan pus. MO tu ada offer untuk secondary suturing (jahit semula) tapi aku refuse. Risau wound akan breakdown semula. Haha. Knowing me yang agak renyah ni, tak mustahil luka tu akan terbuka semula. Aku rela tunggu dia cantum sendiri biarpun akan memakan masa yg lama. Disebabkan luka dah makin elok, aku diminta buat Kaltostat Dressing (aku beli kat pharmacy). Kaltostat dressing perlu ditukar 3 hari sekali ataupun kalau dressing tu dah leaking. Seingat aku aku buat 3 kali saja sampai next appoinment (25/1/16). Amazingly memang kaltostat ni banyak membantu speedkan wound healing process. Luka aku dah merapat 2 kali ganda masa appoiment 25/1/16 tu. Siap ada overgrowth (kes terlebih guna kaltostat). Aku stop guna kaltostat bila luka dah merapat (cantum), tinggal dalam 1cm lebar dan 4cm panjang lebih kurang. Tu pun overgrowth of granulation tissue. Mereka pesan kalau overgrowth tissue tu tak epithialized, mereka akan proceed dengan remodelling (mungkin mereka akan trim sket2 tisu2 terlebih tu haha). Dua tiga hari lepas tu, aku perasan overgrowing tissue tu masih tak epithialized (jadi kering merapat then jadi skin terus). Aku dengan gamblenya ambik gunting sendiri (cuci dulu bersih) dan aku trim tisu yang terlebih2 tu sampai rata (agak berdarah2 juga haha tapi tak sakit pun). Amazingly lepas beberapa hari, tisu tu dah mengering (epithialized) dengan bantuan normal saline dressing yg konsisten. Dan alhamdulillah tepat 2 bulan luka c-sect aku dah sembuh sepenuhnya. (Luka dah cantum masa sebulan tapi masih belum kering, perlu dilapik dengan gauze lagi masa tu). Syukur yang amat proses wound healing tu tak mengambil masa yang terlalu lama (aku ada google dan terbaca cerita2 wound breakdown ni, ada yg makan masa 4-5 bulan untuk totally healed). Cuak juga aku. Takut nanti kena extend cuti, dah gaji takde pulak kang haha.

kadang2 mak aku pun ikut kami check up. bosan duk kat rumah katanya

Habis cerita wound breakdown aku. Kalau ada yg pernah mengalami situasi ni memang tak boleh lupa. Trauma kot nak bersalin secara c-sect lagi. Jaundice Nayla pulak sampai sebulan (masa dia inject sebulan tu pun AOB dia masih 9.5). Salah satu faktor adalah sebab Nayla ni borderline prem (36 weeker) dan aku pulak blood group 0+. Sampaikan terpaksa work up untuk prolonged jaundice. Banyak botol darah kena ambik untuk pastikan dia takde penyakit2 yg menyebabkan prolonged jaundice ni (contohnya thyroid, urine infection, TORCHES etc). Tapi alhamdulillah result dia semua ok, normal saja. Syukur pada Allah. Lepas sebulan tu pun kulit dia masih kekuning2an. Tapi tak lama lepas tu dah cerah macam biasa. Haha. Dugaan betul pantang kali ni. Cuma agak kesian kat laki aku setiap dua hari sekali dia kena ambik off petang utk hantar anak bini pegi check up. Terima kasihlah suamiku. Tanpa dia, agak susahla aku sebenarnya haha. I love u lah. 

Day 20. masih nampak kuning. tgk tu abah penat ulang alik

Kalau diberi pilihan untuk bersalin normal atau c-sect, memang aku akan pilih normal je. Sakit bersalin masa tu je. Bila dah keluar baby, zassss sakit tu hilang terus macam tu je. Luka bahagian bawah tak besar mana, dan tak melibatkan lapisan yang tebal berbanding luka c-sect. Baik pun cepat. 

Tips untuk korang (juga pengajaran buat aku) yang bakal bersalin c-sect:

1. kita jangan nak renyah2/ kasar2 sangat buat itu ini. Rehat je jaga baby. Kerja rumah biarlah orang lain yang buat. Sebab tu penting untuk ada pembantu (contohnya mak kita), sebab mak kita boleh tolong masakkan untuk kita. Terima kasih mak. Mak aku datang jaga aku masa pantang lebih kurang 3 minggu. Kena ada orang jaga kita lebih2 lagi kalau kita dah beranak pinak. Mana nak uruskan anak yang lain lagi kan. Memang agak susah kalau pantang sendiri.
2. kena pastikan luka sentiasa kering dan bersih. Lepas mandi anginkan dan lap bersih2 dengan kain bersih.

3. jangan gatal tunduk bangun tunduk bangun kemas rumah semua. Sepah pun sepahlah. Kalau susah kita juga yang menanggung. Masak2 tu bagi je orang lain yg buat.

4. nak ketawa, bersin, batuk, cuba ambil bantal dan tekan kawasan luka kita supaya tekanan tu tak keterlaluan. Kalau sakit sangat boleh ambik painkiller.

5. kalau jalan jangan terlalu laju, luka masih baru (sekurang2nya dalam minggu pertama)

6. jangan angkat barang yg lebih berat dari baby kita. Kalau ada anak lain yang mintak dukung jangan layan ye. Haha. Bakul kain lagi la jangan. Berat kot lagi2 kain yang perlu dijemur.

7. kalau rumah 2 tingkat, jangan gatal nak naik atas pulak. Pantang je kat bawah. 40 hari la kau duduk bawah ye haha.

8. kalau baby kuning tak tinggi ataupun cepat turun, boleh makan pati ikan haruan untuk cepatkan penyembuhan luka (aku sempat minum sebotol je, ada lago 5 botol kat rumah, sape nak pm. haha. Tapi memang tak sedap euwww). Ada ikan haruan makan je hari2 pun takpe. Macam aku dekat 3 minggu jugak mak aku masak ikan haruan. Kalau tak panggang, sup kan aje. Sedap lah juga haha (telan jela tak sedap pun).

9. jangan keluar rumah sangat/ drive kereta sendiri sebelum luka belum betul2 sembuh. Macam aku tak boleh la kan. Selang saru hari kena gi KK. Tapi laki yang bawakkan lah. Aku dukung baby je. 
10. korang ada tips lain nak kongsi? boleh tulis di ruang komen. Mana tau bermanfaat untuk orang lain.

mekaseh mak jaga saya masa pantang

Kalau korang berjaya khatamkan entri aku ni, mesti korang dapat rasa kepayahan aku sejak awal mengandung seterusnya bersalin dan berpantang. Haha. Tragis kan. Huhu. Memang Allah nak uji kami anak beranak. Tapi alhamdulillah kami berjaya lalui tanpa sikit pun penyesalan. Nayla pun sekarang dah masuk 3 bulan lebih, makin sihat budak tu. Minum susu banyak. Nangis pun banyak jugak. Haha. Takpela nakk, asalkan tak sakit2. Umi sekarang pun dah sihat sepenuhnya, dah kerja sebulan lebih dah haha. Alhamdulillah still fully breastfeed my baby. Cita2 kali ni biarlah rezeki Nayla menyusu sampai 2 tahun. Tu yang umi gigih pam hari2 buat stok. Umi pun dah planning baik punya (inject depo la kali ni) yela risau takut sangkut sorang lagi. Haha. Seronok dapat baby, tapi kalau baby dah rapat2, semua masih kecik risau tak dapat nak beri perhatian sepenuhnya pulak nanti. Tunggu lah lagi 3 tahun ke, cuba dapatkan baby boy pulak (dapat baby girl lagi pun ok je). Dapat je boy, umi tutup kilang terus. Hahaha. 

Ok lah. Sebelum aku membebel sampai ke siam sana baik aku berhenti. Terima kasih sudi baca. Doakan anak2 aku sihat semua ya :))

time diorang tido ni lah rasa dunia ni aman kejap. tapi KEJAP jela hahaha.

suami yg sentiasa bersama susah senang. muah ciked bang. haha