Pages

Monday 9 May 2016

Co- sleeping (sleep sharing) bersama anak, pening nak susun katil?

Co- sleeping (tidur bersama) dengan anak mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai anak kecil. Bila anak seorang sahaja mungkin tak ada masalah sangat bila nak tidur malam. Katil queen pun boleh muat 3 beranak. Kalau anak tu masih kecil dan tak kisah tidur dalam baby cot, boleh la sediakan baby cot di tepi katil utama. Kadang-kadang masa Sofiya dulu dia tidur dalam buai je. Dah lena betul baru angkat letak tepi kita. Tu pun masa anak belum pandai pusing-pusing. Dah besar sikit kena rapatkan katil ke dinding. Nanti ada pulak yang jatuh gedebuk tengah-tengah malam. Tak ke haru. Haha.

Bila Lydia dah keluar, penghuni katil bertambah jadi 4 orang. Ok, bertambah sesak la nampaknya. Haha. Dulu kami tidak tinggal di rumah sendiri (tinggal bersama kakak ipar, rumah kakak ipar punya). Bilik agak sempit sebenarnya. Ruang tepi katil muat-muat untuk solat sahaja. Jadi, kami masih guna katil queen yang sama. Cuma bila dah berempat terpaksa tidur melintang (kadang-kadang abahnya terpaksa tidur bawah bentang toto). Haha. Untuk anak-anak ok lagi. Tapi untuk mak ayah mereka yang agak panjang ni kaki terpaksa la terjuntai. Lebih-lebih lagi abahnya yang tinggi macam galah tu. Penat kot bila bangun pagi. Haha.

Bila dapat rezeki pindah ke rumah sendiri baru lah lega sikit. Kami beli katil king satu set (second hand je), dan letak di master bedroom. Murah je set katil ni, tilam king (hotel punya) yang masih elok beserta dgn katil king dapat harga lebih kurang RM 500 je. Berbaloi- baloi kan? Dah hampir 2 tahun kami guna, sangat puas hati. Tau la tilam hotel camane. Tip top. Haha. Muatlah kami 4 beranak.

Tapi lama kelamaan terasa juga sempitnya. Kena tahan nafas bila nak tidur. Tak boleh berpusing-pusing sangat sebab kawasan terhad. Haha. Sebagai solusinya, kami angkut katil bilik sebelah (queen) dan gabungkan dengan katil king yang sedia ada di master bedroom. Maka nya jadi luaslah tempat budak-budak bergolek. Baru lah lega. Bila dah bertambah seorang lagi anak pun masih muat dan luas.


Macam ni lah rupa bilik kami (lebih kurang). Luas kan? Gambar dari pinterest. Nak tunjuk gambar bilik sendiri malu. Ahaks.



Yang ni la biasa jadi kalau semua dah nak berkumpul satu katil. Haha. Dah anjing tu kenapa nak menyibuk jugak kan?

Yang ni pun ok juga.


Cuma nak pasang cadar yang sama katil king dan queen pada masa yang sama adalah agak sukar. Bagi anda yang mempunyai banyak masa deko bilik bolehla cari cadar yang matching setiap kali tiba masa menukar cadar. Ataupun cari aje bedspread yang besar yang boleh cover keseluruhan katil. Baru lah rasa seronok nak baring. Yelah, tengok katil dan bilik yang kemas dan cantik pun merupakan satu terapi yang boleh membuatkan mood kita happy sepanjang hari. Walaupun sleep sharing dengan anak, tiada alasan untuk membiarkan tempat tidur kita lintang pukang tidak berkemas. 

Ada quote mengatakan "Want to change the world? Start by making your bed everyday".

So true. Kalau kita dah kemas katil kita setiap pagi, semua selimut dilipat elok, bantal disusun rapi, anda sebenarnya telah berjaya menyelesaikan tugas pertama pada hari tersebut. Dan itu sebenarnya menjadi titik tolak (a small sense of pride) untuk kita menyelesaikan kerja-kerja yang lain (mengemas rumah, dapur dan sebagainya). Nampak macam benda kecil saja, tapi sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.

"if you can't do the little things right, you will never do the big things right" Haaa kannnn. Jadi, sila kemas katil anda hari-hari, suami pun kena bantu isteri kalau isteri tak sempat. Baru la bila malam nak tidur rasa tenang tengok katil berkemas rapi.

Co-sleeping ada pro dan kontranya. Tu cerita lain lah. Kalau anak dah besar, dah masuk 6 tahun contohnya, mungkin dah kena latih tidur di bilik sendiri, belajar berdikari. Boleh deko bilik anak dengan kartun kegemaran mereka contohnya, untuk menarik minat mereka tidur sendiri. Untuk mereka yang mempunyai bayi kecil (yang masih menyusu badan), tidur bersama bayi memudahkan si ibu untuk menyusu anak di tengah malam. Macam Nayla yang baru 4 bulan tu, tempat tidur dia paling hujung, dan aku tidur di sebelahnya sahaja. Memudahkan aku, menyusu sambil baring pun boleh. Badan pun tak penat. Kena pastikan juga kakak-kakaknya yang lain tidur jauh sikit daripada baby. Yelah, faham-fahamlah mereka tidur macam mana-- lintang pukang tak hengat. Kadang-kadang kaki Sofiya ada atas muka mak nya, kepala Lydia pulak dekat kaki. Haha. Kita pulak jangan lah tidur mati, kena pastikan keselamatan anak yang masih kecil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kerjasama dengan suami memang penting. Masing-masing perlu faham memahami. 

Sekian untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment