Pages

Sunday 8 May 2016

Babywearing Nayla

Aku mula berjinak - jinak dengan babywearing ni selepas melahirkan anak ke 3 aku iaitu Nayla. Kenapa sebelum ni aku tak terfikir pun nak babywearing? Yela, sebelum ni anak 2 je. Kalau nak ke mana - mana, sorang suami aku pegang, sorang lagi aku yang pegang. Tapi, bila anak masuk 3 ni, aku perlukan tangan 'sotong' supaya lebih mudah untuk kami mengawal anak - anak solehah kami yang sedang membesar tu. Sangat struggle ye kalau keluar berjalan, walaupun hanya ke shopping mall nak cari beras je pun -- tapi mood happy boleh bertukar jadi stress. Haha. Sebab tu aku perlukan 'sesuatu' untuk memudahkan kerja aku. Nak pakai stroller je tapi saiznya yang bulky dan agak menyusahkan nak bawak keluar simpan dalam bonet, tambah pulak anak bukannya nak duduk dalam tu pun. Haha. Sebab tu aku cuba cari option lain. Aku pun senang bawak anak, sambil - sambil boleh kawal jugak kakak - kakak dia yang berdua tu (sebab dua - dua tangan dah free kalau babywear Nayla). Aku dan suami pun tak stress, budak - budak pun happy sebab kurang kena marah (harapnya lah, haha).

Sebelum ni pengetahuan aku cetek tentang babywearing ni. Tak tau pun yang penggunaan crotch carrier sangatlah tak ergonomik dan boleh memudaratkan baby. Ada pelbagai cara nak babywearing, bergantung pada usia baby anda. Boleh join group Malaysian Babywearer kat facebook untuk timba ilmu sedikit sebanyak berkenaan babywearing ni. Aku tak berhajat nak menerangkan semuanya di sini. Anda boleh ke sana untuk tau lebih lanjut. Jangan malas. Haha.

Cuma perkara basic yang perlu kita tau (untuk anda yang memang zero knowledge tentang baby carriers):
1. jenis - jenis carrier yang sesuai untuk peringkat umur
2. kumpulan carriers yang ergonomik
3. kumpulan carriers yang tak ergonomik (tidak digalakkan langsung, contohnya crotch carrier)
4. kumpulan carriers yang tak selamat digunakan (used at own risk)

Jom la kita layan gambar - gambar di bawah (diambil dari Malaysian Babywearers FB):


Gambar atas tu adalah contoh crotch carrier. Kedudukan anak tak ergonomik, sebab tidak berada dalam kedudukan "M Shape"/ "knee to knee position" (refer gambar bawah sebelah kanan). Komplikasi seperti "hip dysplasia" boleh berlaku kalau tak ergonomik. Anak pun tak selesa sebenarnya.

Hip dysplasia yang boleh belaku sekiranya menggunakan crotch carrier


Jenis - jenis carrier yang sesuai untuk peringkat umur. 


Rules for babywearing. Nak babywear anak pun ada rules tau. Tak boleh hentam kromo je. Haha.

Disebabkan Nayla pun dah masuk 4 bulan, dan head control dia pun dah ok, maknanya dia sesuai untuk SSC (soft structured carrier). Lagipun kalau nak suruh aku guna wrap ataupun ring sling, aku pun tak reti. Haha. Tau lah kan, aku mestilah nak yang mudah - mudah je. Yang complicated macam wrap bagai tu aku belum terasa nak belajar pakai. Haha. Guna SSC senang. Bila nak guna sarungkan aje ikut step - step dia. Tak sampai 5 minit masukkan anak dah boleh pergi jalan. Haha.

Untuk first SSC aku, aku beli Andrea SSC. Affordable, tak sampai RM 200 pun. Bagi aku ok la tu, takde la mahal sangat. Nak yang RM 100 ke bawah? Banyak je, tapi kebanyakannya crotch carrier ataupun fake SSC. Apa? SSC pun ada yang fake ke? Mesti lah ada. Bahaya sebenarnya beli yang fake. Contohnya Ergobaby. Kalau dah dijual dengan harga RM 100 ke bawah tu, hmm sendiri mau ingatla ye. Memang lah jimat. Tapi kena fikirkan keselamatan anak kita jugak. Tu yang paling penting. Ada kes anak terjatuh dari SSC sebab buckle patah dan macam - macam lagi. Nak ke benda tu jadi kat anak kita? Haaa.. melabur sikit pun takpe asalkan berbaloi demi keselamatan anak, nyawa kita kan. 





Nah. Belanja gambar sikit. Nampak tali bahu kanan tu sedikit longgar. Tak sempat setting. Bolehje ketatkan lagi tu supaya selesa. Tapi ok je. Best je gendong Nayla ni. Tak terasa. Hehe.


Ok. Ada satu perkara aku nak share. Aku beli Andrea SSC ni sebelum aku join group Malaysian Babywearers kat FB tu. Aku beli ni sebab design dia cantik (biasa la mak - mak kan, nak yang cantik saje. Puii). Satu lagi sebab panel dia (tempat letak bontot baby tu) lebih wide. Masa aku nak beli tu ada lagi satu option iaitu Cuddle Me. Tapi panel Cuddle Me lebih kecil. Aku fikir kalau panel wider, baby boleh duduk dalam SSC tu sampai 1 tahun lebih. Kalau Cuddle Me mungkin sekejap je baby boleh duduk. Haa tu la kalau membeli tanpa ilmu (sebab tak tau kewujudan group babywearing ni kat FB huhuhu). 

Rupa - rupanya, SSC Andrea tak approve di group tersebut. Kenapa tak approve? Sebab katanya webbing dia licin, jadi mudah menggelongsor. Pulak dah kan. Tak menepati safety measure yang perlu dititikberatkan katanya. Cuddle Me approve pulak. Waaaa.. Nak nangis tepi bucu katil jap. 

Tapi sebab benda dah beli, guna jela apa yang ada. Janji kena buat extra precaution kalau guna SSC ni. Lagipun aku baru test sekali dua je kat Nayla. Masa kat rumah dia ok je duk dalam benda alah tu. Tapi bila aku cuba kat luar, dia agak mengamuk. Haha. Terpaksa keluarkan dan dukung macam biasa. Mungkin masa tu dia panas, nak tidur atau lapar. Jadi, kena pastikan dia tak mengantuk, tak lapar dan selesa tak panas sebelum dipakaikan SSC. Sekali dua cuba guna mungkin fail, haha. Lain kali kena cuba lagi, sampai dia rasa selesa. Jangan putus asa ye? Haha. **pujuk diri sendiri hukhuk.

Personally, bagi aku babywearing ni seronok. Rasa macam peluk baby je. Setakat aku cuba Andrea ni, agak selesa bila pakai. Janji kena ketatkan mengikut keselesaan kita dan baby. Nak kata webbing licin tu, belum rasa lagi. Setakat ni ok je. Mungkin sebab aku baru guna kejap - kejap je. Tangan kita dua - dua pun free. Agak senang nak buat kerja rumah (kalau baby jenis yang clingy, hehe). Cuma perkara yang aku agak kurang gemar bila memakai SSC ni, pinggang kita macam tercekik. Lagi - lagi untuk orang yang slim melim macam aku ni, rasa macam pinggang kerengga dowh. Haha. Jadi, penyelesaiannya, aku pakai cardigan untuk cover bentuk badan yang makin jelas kalau kita pakai SSC. Haaa, bijak tak aku. Korang pakai cardigan dulu, baru klipkan buckle kat pinggang tu, dalam cardigan. Korang cuba lah. Haha. 

Nasihat aku, sebelum anda nak beli tak kira jenis carrier untuk anak anda, buat la research dahulu. Dapatkan ilmu tentang apa yang boleh, apa yang tak boleh. Join la group Malaysian Babywearers kat FB tu, memang banyak ilmu yang boleh kita dapat. Tapi, kalau anda dah guna ergonomic carrier, janganlah pula pandang rendah pada mereka yang masih guna crotch carrier. Mungkin mereka masih tak tau tentang penggunaan carrier yang betul. Apa pun, kita berbabywearing untuk anak kita dan untuk memudahkan kerja kita kan?

Selamat berbabywearing daripada saya :))

Ps: Saya tak nasihatkan anda untuk beli Andrea SSC buat masa ni. Katanya, pihak mereka sedang membuat penambahbaikan. Mungkin masa akan datang Andrea akan diapprove. Option selain Andrea adalah Cuddle Me :)).






No comments:

Post a Comment