Pages

Sunday 29 May 2016

Pengalaman bersalin anak ke 2 (Lydia)

Anak pertama dah ada entri, anak ke 3 pun dah. Yang ke 2 nya mana? Haha. Takpelah, aku ceritakanlah juga sebagai kenangan. Mana tau nanti anak-anak dah besar, mereka boleh baca balik betapa susah payahnya ibu nak melahirkan mereka adik-beradik. Tu diaaa aihhh. Haha.

Pengalaman melahirkan Lydia adalah yang paling mudah kalau nak dibandingkan mereka 3 beradik. Bukan maksud aku nak bandingkan anak-anak aku. Cuma nya, melahirkan Lydia adalah yang paling senang. Ketiga-tiga pengalaman melahirkan memang la ada susah payahnya. Sakit nya sama sahaja. Sakit nak bersalin, apa lagi yang boleh kita kata kan, memang lah SAKIT. Haha. Orang perempuan je yang tau perasaan ni. Ehem. 

Dari awal mengandungkan Lydia alhamdulillah takde banyak masalah. Aku follow up biasa macam anak pertama di klinik kerajaan (masa tu aku masih lagi staf di hospital kerajaan). Hemoglobin, uri, tumbesaran baby alhamdulillah semuanya ok. Cuma sama seperti pengalaman melahirkan Sofiya 2 tahun sebelum tu, Lydia ni pun terlebih hari dari EDD. Sofiya aku post date 6 hari, Lydia pula post date 5 hari. Sepatutnya due date 4 Januari 2014. Lydia lahir 9 Januari 2014. Hehehe.

Sama juga jalan ceritanya macam kelahiran Sofiya, aku start sakit main-main (irregular contraction) sejak pagi around pukul 8 pada 9 Januari itu. Masih lagi boleh melakukan kerja-kerja rumah seperti basuh baju, jemur baju, sapu rumah, masak? Entah lupa masak ke tak. Haha. Masa tu aku dah ambil cuti bersalin awal 2 minggu. Baby pulak decide nak keluar lewat. Haih la. Haha. 

Contraction bertambah kuat menjelang waktu maghrib sampai ke malam sebelum tidur. Sempat lagi pukul 9 tu aku makan nasi goreng kampung kat depan tv (laki aku tapau). Tapi makan dalam keadaan menahan kesakitan. Masa tu seingat aku contraction dah 1 in 30 minutes. Bertambah kuat dan kerap. Suap nasi sesuap, stop kejap tarik nafas sambil tahan sakit. Bila nak tidur malam tu (dalam pukul 10), aku doa-doa la supaya boleh bertahan at least selepas subuh. Haha berangan je. Tak sampai pukul 12 tengah malam aku dah kejut laki aku cakap dah tak tahan sangat. Dia pun memang tidur-tidur ayam je katanya haha. Selepas bersiap semua benda yang perlu dibawa, dan siap-siap masuk kereta, kami bergegas ke rumah pengasuh Sofiya dulu untuk tinggalkan Sofiya kat situ. Alhamdulillah kami dapat pengasuh yang baik dan tak berkira. Jangan risau katanya, dia akan jaga Sofiya macam anak sendiri. Dan dia doakan supaya proses bersalinku dipermudahkan.

Tanpa melengahkan masa, suami aku terus memecut ke HSA. Macam ribut dia bawak. Cuak katanya. Risau aku terberanak dalam kereta. Haha. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit (tengah malam, kereta tak banyak). Kami tak ke Hospital Kulai seperti sebelum ni, risau takut kena naik ambulan lagi haha. 

Sampai sahaja di bilik saringan, pesakit tak begitu ramai. Selepas didaftar, aku diminta baring untuk pemeriksaan VE. Alhamdulillah HO yang memeriksaku adalah HO perempuan. Os dah 5 cm katanya. Station low. Perghh. Patut lah sakit tak hagak. Haha. Dia terus melakukan ARM (artificial rupture of membrane, aka pecahkan ketuban). Bila ketuban pecah, terus aku rasa tulang pinggulku seperti terbukak. Memang sakit yang amat. Haha. Tak lama lepas tu, aku ditolak menggunakan wheel chair ke labour room. CTG dipasang, IV line pun aku rasa tak sempat pasang. Haha. Sebab beberapa minit lepas tu aku rasa macam nak buang air besar yang amat. Seolah-olah kau sembelit dan benda alah tu dah berada kat hujung-hujung dah. Ini la masanya untuk aku melahirkan. Dah berazam dari awal supaya dapat meneran dengan sepenuh tenaga dan daya. Tak henti-henti mulut aku baca doa nabi Nuh mintak dipermudahkan. 

Masa berjalan dengan begitu pantas. Tak sampai setengah jam aku masuk labour room os aku dah full, nurse dan MO (perempuan) dah ramai-ramai standby untuk mengendalikan proses bersalin aku. Memandangkan ni anak kedua aku, agak mudah bagi aku untuk meneran dengan betul (meneran ikut mulut, sambil kepala anak mesti descend sekali). Alhamdulillah, lebih kurang 15-20 minit bertarung, Lydia pun keluar melihat dunia. Nurse yang conduct delivery tu adalah JM. Ok je takde masalah, cuma ada sedikit tear (1st degree tear) dan juga tear dekat dengan urethral opening (lubang kencing). Baby keluar sahaja terus diletakkan atas perut untuk baby-mother bonding. Alhamdulillah dapat baby girl lagi. Hehe. 

Proses mengeluarkan uri dan darah beku berjalan lancar. Cuma tear yang ada perlu direpair supaya tak berlaku bleeding. Kata MO tersebut, tear di bahagian lubang kencing tu juga perlu dijahit dan LA (ubat bius) tak dapat diberikan. Agak sakit lah part tu tapi redha aje lah yang penting semuanya dah selamat.

Proses bersalin kali ke 2 ni agak special sebab suami aku berpeluang untuk melihat dan menemani aku sepanjang proses tersebut. Tapi seingat aku dalam menahan kesakitan tu, aku cuma dapat rasa dia tolong angkat kepala aku je dan pegang tangan bagi semangat. Suara dia langsung aku tak dengar. Riuh rendah sangat agaknya suara misi dan doktor dalam labour room tu. Haha. Rupa-rupanya katanya dia pening-pening lalat masa tu. Aku pernah tau yang sebelum dia agak alllergic kalau tengok darah ni. Haha. Takpe la suami, yang penting dia berani masuk join sekali crowd mak limah malam tu. Tu pun aku dah appreciate sangat. Nasib baik tak pengsan je huhu :p

Dah selesai semuanya, aku dan baby ditolak menaiki wheel chair ke wad bersalin kelas 1. Tiba masa untuk aku berehat selepas bertarung nyawa melahirkan anak ke 2 kami. Masa tu sakit semua dah tak ada. Cuma rasa letih dan lemah aje. Rasanya proses melahirkan Lydia berlaku begitu pantas. Aku sampai hospital dalam pukul 12 tengah malam, masuk labour room dalam 1 pagi, dalam 1.45 pagi macam tu aku dah selesai bersalin. Kurang dari 2 jam dah lahir Lydia ke dunia. Alhamdulillah sangat auratku juga terjaga kali ni. Daripada HO yang buat VE, masuk ke labour room sampai delivery proses semuanya staf perempuan yang terlibat. Syukur sangat-sangat.

Suami aku suruh balik je pagi tu sebab dia tak boleh stay dalam wad bersama aku, Lagipun masa tu Lydia ok je tidur je haha. Anak dah masuk 2 maknanya aku takde la kekok sangat kalau nak uruskan sorang-sorang. Lagipun nurse ada kalau aku perlukan bantuan. Malam tu aku tak tidur sangat, cuma tutup-tutup mata je. Aku dah pun maklumkan berita kelahiran tersebut kat famili di terengganu. 

Petang esoknya aku boleh discaj kerana takde apa-apa masalah. Kami singgah dulu di rumah pengasuh untuk pick up Sofiya. Respon nya agak terkejut bila tengok aku memangku adik baru. Awal-awal tu Sofiya agak jeles dengan adik dia, yelah selama ni dia sorang je, tiba-tiba dah ada orang lain yang perlu berkongsi umi abah dia. Haha. Tapi fasa tu sekejap je, lama-lama dia jadi terlebih sayang pulak kat baby baru. Yela masa Lydia lahir dia baru 1 tahun 10 bulan :p

Proses berpantang aku adalah yang paling sempoi. Aku berpantang sorang-sorang je kali ni. Mak aku takde tengah jaga anak adik aku kat KL. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Lydia sangat lah baik budaknya. Nangis sikit-sikit kalau nak susu je. Kuning langsung tak de. Maknanya aku tak perlu berulang-alik ke klinik untuk cek kuning nya. Cuma nurse sahaja yang buat home visit. 4 hari pertama kami pulang ke kampung mertuaku di Batu Pahat. Kat sana la aku berurut bagai. Lepas 4 hari kami pulang ke JB sambung pantang sendiri. Pantang tak pantang sangat lah. Haha. Cukup syarat je.

Alhamdulillah juga, rezeki susu ibu aku agak murah. Aku berjaya melengkapkan perjalanan exclusive breastfeeding selama 6 bulan tanpa campur susu fomula. Kemudian aku sambung lagi breasfeed Lydia sampai setahun. Masa tu dia dah makan makanan pejal lah (dari 6 bulan lagi). Aku consistently pam susu untuk stok EBM di tempat kerja. Maksudnya, dari dia lahir sampai setahun lebih dia cuma consume susu ibu dan solid foods sahaja. Masuk sahaja usia dia setahun 3 bulan, susu aku drop bila aku disahkan mengandung anak ke 3. Masa tu la baru aku campurkan susu formula, sampai sekarang :p Nak cerita tentang breasfeeding, aku buat entri lain lah. Sebagai perkongsian sahaja, bukan untuk bermegah-megah. Mana tau bermanfaat. 

Secara kesimpulannya (macam karangan sekolah pulak), proses bersalin ketiga2 anak-anak aku ni memang berbeza-beza. Setiap daripada kita pun mempunyai cerita pengalaman bersalin yang tersendiri kan? Takde kelebihan dan kekurangan pun sebab aku percaya setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahya. Kita je yang kena pandai cari mana himahnya. Buruk yang kita lihat, buruk la yang kita dapat, begitu lah sebaliknya. Apa yang penting, kita bersyukur dan berusaha untuk mendidik amanh Allah itu dengan sebaiknya. Doakan anak-anak aku sihat, bijak dan jadi anak-anak solehah ye. Terima kasih sudi baca :p


LYDIA BT MOHD FAIZAL 

No comments:

Post a Comment