Pages

Monday 16 May 2016

Strom Color Diamond Pan Set, kali pertama shopping di GoShop

Ok. Sejak bila pulak aku terjebak dengan GoShop ni. Haha. Gara-gara selalu sangat ternampak kat tv konon-konon kuali best la, bila goreng telur tak perlu pakai minyak la, langsung tak melekat la. Excited pulak aku nak cuba. Haha. Lagipun periuk lama dah uzur. Dah dua tahun lebih pakai, dah semakin menipis. Kalau masak lama sikit mula la berkerak. Dah tak semangat nak masak guna periuk. Last-last guna kuali je kalau nak masak masakan berkuah. Guna periuk lama tu kalau nak masak sup simple-simple je untuk anak-anak. (eceh, gaya macam rajin masak sangat kannnn, puiii).

Bila tertengok review Strom Color Diamond Pan ni, berkobar-kobar aku nak beli. Jenis spesis mudah terpikat betul. Harap tak mudah terpedaya lah haha. Aku pun suarakan keinginan pada cik abang untuk merembat satu set pan ni. Dia pun ok je. Layan jela bini dia ni haha. Lagipun pada aku harganya affordable. Tak terlalu mahal untuk dapatkan 1 wok 28cm, frying pan 28cm dan egg frying pan 20cm. Hanya RM 149 sahaja untuk satu set. Ok la tu kan. Tengok review pun bagus, rata-rata berpuas hati. Adalah beberapa komen negatif, tapi lumrah lah. Tak semua benda 100% perfect.

Suami aku order melalui www.goshop.com.my je. Order hari isnin, ahad depan baru dapat. Rupa-rupanya GdEx dah datang hari jumaat, tapi tak dapat deliver sebab klinik tutup. Kalau tak dah boleh masak asam pedas guna wok baru hari sabtu tu. Haha. Takpe la, janji selamat sampai dan tak perlu pick up sendiri di ofisnya. Terima sahaja parcel, excited nak tengok kejadian pan set ni. Adakah indah khabar dari rupa? Kali pertama pegang, rasa agak kecewa sebab materialnya agak ringan (sebab pada firasat aku lagi berat lagi tahan lama haha). 

Sampai sahaja di rumah, mak aku buat experiment pertama menggunakan egg frying pan. Korang nak tau telur lekat tak? Jawapannya-- ok, tak lekat. Haha. Excited sebab tak guna minyak langsung. Cuma kalau goreng terlalu lama, telur tu akan menjadi kering seperti crepe. Haha. Tapi okla, dah jimat minyak, boleh kurangkan kolesterol juga. Ececey. Macam poyo je kan.

Petang tu aku masak sup ayam pula menggunakan wok 28cm tu. Yeay, memang best guna wok ni. Aku ingat kuah tak banyak boleh masak, tapi aku berpuas hati sebab sup aku habis dimakan malam tu juga. Kuah banyak. Anak aku pun berselara makan nasi malam tu, tambah telur mata goreng tanpa minyak. Ko rasa? Wok tu yang menyedapkan masakan aku ke, atau pun aku je yang perasan sedap. Haha. Nasib la kau periuk lama, tersadai la kau kat bawah kabinet tu nanti, mereput. Haha.

Overall, aku berpuas hati dengan pan set kali ni. Mungkin tak setanding Tefal, tapi untuk aku yang masak tak selalu sangat ni, sangat ok. Agak ringan, tapi senang dicuci. Tak banyak cekadak sangatlah. Cuma frying pan 20cm tu, sebab dia ringan, handle dia tiba-tiba rasa lebih berat. Mudah tertonggeng (tak tau perkataan apa yang sesuai haha). Yang pasal viral telur melekat tu, aku rasa dia tak pandai goreng telur lah. Haha. Kena tunggu pan tu panas betul-betul, baru pecahkan telur. Tak kan melekat punya. Sikit-sikit tu akan melekat juga kalau dimasak terlalu lama. Janji teknik kena betul. Heaaa. Untuk mengelakkan calar pulak, guna la dengan cermat. Elakkan lah guna sudu besi senduk besi sudip besi segala. Kata nak guna lama. Pandai-pandai lah korang. Hahah. Kalau dalam tv langsung kata takde calar kan, tipu je tu. Sebenarnya kalau perati betul-betul ada je calar sikit-sikit. Mungkin tak ketara lah. 

Over pulak kan review set pan ni. Takpela sekali sekala. Haha. mana la tau korang ada niat nak beli. Aku tolong racunkan korang. Haha. Ada rezeki lebih, boleh la aku beli untuk hadiahkan pada mak aku pulak. Dia pun macam berminat je, walaupun tak cakap. Haha.

Sekian, esok saja. Doakan aku bertambah rajin untuk masak lepas ni. Haha.

8 comments:

  1. goshop.com.my...x pernah try godek2 kat sini biasa kat LAZADA je..so lehla try

    ReplyDelete
  2. even tefal pun after years coated dia peeled off :( yg model baru2 ni better kot sbb marble tp berat nak mampos la..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni pn sama. Lama2 peeled off jugak 😩

      Delete
  3. Thanks bg maklumat ni... Memg tgh berkobar2 nk beli pun... Dia punye blkg memg senang nk cuci ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dh kuar version baru kot strom color diamond pan set ni. Yg saya beli dlu yg plg kecik utk goreng telur tu terlampau kecik. Terjungkit2 kalu duk atas dapur. Then yg lg dua tu awal2 ok. Lama2 sbb selalu sgt guna dia mcm ada terkopek sket surface dia. Mgkin kalo longterm use. Tapi ok je best je masak :p

      Delete
  4. kuali ni safe ke . nk
    beli jugak tp kalau tk selamat macam aluminum rs tk berbaloi nk beli 😂

    ReplyDelete